Minyak Masak KIJANG GOLD Berkualiti Tinggi HALAL

APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?

PRODUK MUSLIM HARGA YAHUDI? 

Biasa dengarkan tajuk begini? Segelintir yang tidak tahu hujung pangkal, akan mudah menjatuhkan hukum kepada peniaga Muslim hanya kerana perbezaan harga tanpa mengkaji di sebaliknya. Imej peniaga Muslim sering dihujani dengan negativiti. Minyak Masak KIJANG GOLD

Sama juga dengan topik minyak masak yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas diumumkan kenaikan harga disebabkan minyak sawit mentah (CPO) melebihi RM4,000 per tan metrik pada awal Mac lalu. 

Berikutan kenaikan harga minyak, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, hal ini telah menimbulkan rungutan masyarakat dan pasaran tempatan namun kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi bergantung kepada CPO dan harga pula ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan. 

Kenaikan harga minyak masak ini turut memberi tekanan kepada syarikat pengeluar minyak masak termasuk Minyak Masak Kijang Gold. Produk minyak masak keluaran Purity International Sdn Bhd iaitu syarikat 100% Bumiputera Muslim turut mendapat tempias apabila dilabel sebagai ‘harga Yahudi’ hanya kerana sedikit perbezaan harga.

Minyak Masak KIJANG GOLD

Pengasas Kijang Gold, Puan Hajah Nor Sabimi Mohamed Aluwi berkata, kecaman yang dihebahkan itu tidak benar sama sekali kerana rata-rata pengguna setia produk mereka menganggap harga minyak masak jenama itu sangat berpatutan selaras dengan kualiti.

“Walhal jika dibandingkan jenama lain yang menggunakan sama kualiti, biasanya harga minyak mereka sebenarnya lebih tinggi tetapi mungkin segelintir pengguna boleh menerimanya kerana jenama mereka sudah lama bertapak di pasaran.

“Pemilihan minyak masak perlu dititikberatkan oleh pengguna bukan sahaja daripada faktor harga, malah pemilihan siapa pengeluarnya, kualiti dan jenis minyak yang digunakan. Penting kerana ia bukan sahaja mendatangkan risiko kepada kesihatan, namun kesucian dan kebersihan sesuatu produk juga perlu diambilkira,” katanya. 

Wanita tegas yang juga CFO kepada Purity International ini amat menyarankan agar pengguna memilih produk minyak masak yang sememangnya diyakini keluaran 100% Muslim serta tidak membiarkan diri mereka terjerumus dalam lembah syubhah hanya untuk mendapatkan harga yang murah. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Purity International, Haji Mohd Zaidi Ismail turut menyatakan simpati kepada ramai pengguna minyak masak kerana mereka dikelirukan dengan ‘jenama berbaur Muslim’ di pasaran sedangkan pengeluarnya belum tentu Muslim.

“Banyak juga pengeluar minyak masak menggunakan nama dan mengetengahkan ciri-ciri ‘Islamik’ serta menjual pada harga lebih murah untuk mengumpan sesetengah pengguna Muslim,” kata Mohd Zaidi. 

Jenis minyak masak juga katanya, salah satu aspek yang mempengaruhi harga barangan keperluan itu sendiri. Minyak masak di pasaran tempatan mempunyai 3 jenis minyak yang berbeza iaitu CP10, CP8 dan CP6. Kebanyakan minyak peket atau lebih dikenali sebagai minyak subsidi, menggunakan CP8 atau CP10 kerana gred yang lebih rendah serta murah. 

Segelintir pengeluar yang mementingkan keuntungan akan mencampurkan minyak masak kitar semula dan diletakkan peluntur serta pewarna tiruan yang sememangnya boleh ‘membunuh dalam diam’. 

Minyak Masak KIJANG GOLD Berkualiti Tinggi

Minyak Masak KIJANG GOLD HALAL BERKUALITI TINGGI BMF

Bagaimanapun produk keluaran Kijang Gold menggunakan minyak yang berkualiti premium iaitu CP6 super olein yang baik untuk kesihatan. Penggunaan minyak masak CP6 atau minyak sawit merah bukan sahaja mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin E dan fitosterol, malah dapat mengawal penyakit jantung, katarak, rabun malam, kanser mulut, paru-paru, kulit, hati dan perut. 

Disebabkan itu, pihak Kijang Gold sangat menekankan bahawa minyak masak keluaran mereka sangat bagus dan dijamin suci, halal serta berkhasiat. 

Jenama Kijang Gold mula bertapak di dalam pasaran tempatan pada akhir tahun 2019 dan mula melonjak naik apabila produk mereka mula memasuki pasaran luar termasuk Kemboja, Myanmar, Maldives, Afrika dan Filipina. 

Untuk mendapat maklumat terperinci tentang minyak masak Kijang Gold, sila layari
Facebook Minyak Masak Kijang Gold
Instagram @kijanggold_official
Twitter @kijanggold

#minyakmasakkijanggold #bmf #palmoil #oil #cooking #food #foodporn #minyaksawit #vitamine #healthy #healthyfood #kelantan #malaysia #eats #halal #muslim #viral #trending #foodie #foods #foodstagram #socialmedia 

21 Comments
  • Ardini Humaira
    Posted at 07:23h, 07 April Reply

    Baru tahu ada jenama ni. Thanks kak Nina share. Nanti nak cari Kijang Gold

  • khai artzfar
    Posted at 16:22h, 07 April Reply

    untuk non muslim atau muslim, khai rasa produk ni boleh digunapakai oleh semua. cuma kita yang islam dituntt mencari yang halal, kepada kawan-kawan non muslim jangan risau, boleh je beli. ayuh sapot lokal!

  • farhana jafri
    Posted at 16:40h, 07 April Reply

    tak tahu pulak minyak masak kijang gold ni guna minyak kelapa sawit jenis premium. Bila dah tahu ni memang rasa nak tukar minyak kepada yang berkualiti macam KG

  • Ezna
    Posted at 19:53h, 07 April Reply

    Baru tahu produk ni produk Muslim. Sis selalu beli minyak masak under Felda. Kalau produk ni produk Muslim, insya allah kalau nak beli minyak masak sis beli brand Kijang Gold. Nasib baik Nina buat post ni. Bukak sikit la mata sis.

  • Nadia johari
    Posted at 20:42h, 07 April Reply

    Lepas ni bolehla share dengan orang lain berkenaan minyak ni..Bagus kita support. Mahal berkualiti tak pe.

  • nikkhazami
    Posted at 22:39h, 07 April Reply

    betul. banyak produk muslim yang mahal sekarang. semua letak harga standard barang import. tak paham betul. minyak ni belum pernah cuba lagi

  • Ruby
    Posted at 07:32h, 08 April Reply

    Wahhh minyak masak ni nampak bagus. Tapi tak pernah nampak terjual di pasaraya di KL ni. Produk ni jual kat luar negara aje ke camana eh kak Nina? Macam koko kita, buatan Malaysia dan BMF, tp jual kat luar negara. Dalam Malaysia susah nak jumpa. Unless kita direct pergi kilang sebab ada kedai kecil kat lobby.

  • Wawa Ashihara
    Posted at 07:35h, 08 April Reply

    First time dengar produk Kijang ni… Xtau lak keluaran muslim… Bolehlah support BMF kali ni… Kalau dpt masuk mana2 pasaran lebih luas bgus gk ni

  • Sis Lin
    Posted at 08:26h, 08 April Reply

    Kelmarin cari kat JB belum ada nampak, nanti nak cari tempat lain pulak, tersuka dengan bahan dalam minyak dia tu, bagus ni kann… sama-sama kita support produk Muslim..

  • Ayu Rafikah
    Posted at 09:07h, 08 April Reply

    Bagus bila kita tahu ianya memang betul2 halal. At least kita tak rs was was nak guna utk memasak

  • Yaya Azura
    Posted at 10:26h, 08 April Reply

    Tak perasan pulak brand Kijang ni. Nanti weekend nak beli barang dapur nak cari lah minyak masak Kijang ni.

  • Kitkat Nelfei
    Posted at 10:28h, 08 April Reply

    Tak pernah try brand ni lagi sebelum ni.. Menarik juga ye dah sampai pasaran international!

  • Ummi | Ummi Goes Where?
    Posted at 14:55h, 08 April Reply

    Kalau mahal sebab kualiti bagus dan lebih baik untuk kesihatan, saya tak kisah bayar lebih. Jangan mahal disebabkan jenama je.

  • Dorsett Pink
    Posted at 15:06h, 08 April Reply

    baru tahu masak minyak masak Kijang ni. Hari tu tengok Kak atie Hilmi ada up cerita pasal minyak masak ni. Nice! good info kak nina

  • Rawlins GLAM
    Posted at 16:44h, 08 April Reply

    Itulah yang jadi kecoh bila tak tahu keadaan sebenar kan. Sepatutnya selidik dahulu kenapa harganya mahal dan kenapa harganya murah. Nasib ada artikel ini yang memberi pendedahan. TQ

  • Aisya
    Posted at 09:01h, 09 April Reply

    Sebelum ni tak pernah tau pun ada brand ni.

  • Syafiera
    Posted at 11:25h, 09 April Reply

    tak baik tau fitnah yahudi.. hahaa
    tapi serious talk i tak pernah nampak langsung brand ni..
    selalu guna sri murni
    okay lah nanti nak check out hahaha

  • Grace
    Posted at 15:54h, 09 April Reply

    there are so many “produk muslim” in the market today and they make it an excuse to charge so much more than they should. thanks for sharing this article, learned a lot from it!

  • Sunshine Kelly
    Posted at 08:12h, 10 April Reply

    I heard about this cooking oil brand also, its safe and good for consumption.

  • Azni
    Posted at 08:27h, 10 April Reply

    Hahah kak azni main amik je minyak sbb jarang abis. Asyik order jer kan. Kalau nina tak share pasal minyak ni mmg tak tau pun

  • Sunshine Kelly
    Posted at 12:17h, 26 May Reply

    Thanks for introducing this cooking oil brand, indeed they follow all the rules and regulations.

Post A Comment