Resipi ROTI SAUSAGE GULUNG Menu Mudah Bekal Anak Sekolah

Day18 ROTI SAUSAGE GULUNG Menu Kegemaran Eilhan dan Yana. Wajib ada Sos Black Pepper

Day18 – Menu Mudah Bekal Anak Sekolah hari ni antara menu yang selalu jugak Nina masak. Sebab ianya menu paling simple ringkas dan cepat di masak . Asalnya dulu anak-anak ni suka nau beli roti sausage bila di beri pilihan beli kuih sendiri. Tak tahu kenapa bebudak suka so sejak tu Nina buat sendiri lebih jimat dan dah tahu anak suka makan! Resipi Roti Sausage Gulung

Nina dan Geng suka beri anak peluang pi beli sendiri makanan mereka. So secara tak langsung mereka belajar membuat pilihan dan membuat keputusan sendiri. Kekadang weekend kita bawak anak-anak pi memana gerai dan bagi setiap sorang RM2. Pastu sorang-sorang turun pi beli apa mereka nak beli sendiri.

Banyak benda mereka belajar walau pun sekadar pi sarapan. Terutama sekali cara pengurusan wang dan membuat pilihan. Ada yang hanya beli kuih 1 ketul, ada yang beli makanan berat macam nasi lemak dan ada jugak yang tak beli apa-apa. Nak simpan duit katanya. sebab dia tahu kat rumah dah sedia ada biskut dan roti. HEhe.. Gini laaa anak 5 memacam ragam dan perangai.

Resipi ROTI SAUSAGE GULUNG Menu Mudah Bekal Anak Sekolah

Resipi ROTI SAUSAGE GULUNG
Menu Mudah Bekal Anak Sekolah

Bahan-bahan
8 keping roti
8 sausage
1-2 biji telur
Sedikit susu UHT dalam 3 sudu
sedikit garam
serbuk roti secukupnya – kalau takde takpe. Takyah letak pun sedap
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
1-  Roti di gelekkan rata (Nina pakai termos ajer – hehee…)
2-  Letakkan sausage dan gulung
3-  Celupkan roti dalam telur yang dah dipukul bersama sedikit garam dan susu UHT
4-  Kemudian golekkan/salut roti tadi dengan serbuk roti. Takde serbuk roti skip jer.
5-  Setelah itu goreng (deep fried) hingga keperangan *** pastikan minyak api sederhana kerana roti cepat masak, takut nanti sausage kat dalamnya tak sempat masak tapi roti dah rentung. HAhaa
6-  Toskan dan sedia dihidangkan. Anak-anak Nina paling suka wajib ada sos black pepper. Asyik betul depa makan.

Selamat mencuba! Jaga diri . . . .

3 Comments
  • Nadia joahri
    Posted at 23:57h, 18 March Reply

    Kalau menu macam ni memang mudah..hehehe..anak-anak suka roti sausage ni

  • Azni
    Posted at 18:24h, 19 March Reply

    Kenapalaaaaa … nina ni rajin sangat2 erkk… puas anak anak makan kan

  • Marina
    Posted at 20:41h, 21 March Reply

    Anak-anak confirm. Suka kalau masak gini

Post A Comment