Resipi TEMPE GORENG CRISPY Rangup Sedap Menu Mudah Bekal Sekolah

Day11 TEMPE GORENG CRISPY Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan

Hari ni terlewat bangun. Dalam kekalutan tak done nak fikir untuk bekal sekolah Eilhan dan kakaknya Yana. Capai jer apa sempat. Sambil dok kalut, tangan ni dah capai pisau. Entah apa nak potong pun lupa! HAhaa.. Biasalah MakMak faktor usia pun iyer jugak. Tup tup dah capai tempe. Aarghh . . . Tempe Goreng Crispy mudah cepat jer ni. Resipi TEMPE GORENG CRISPY

Potong-potong, salut kan dengan tepung serbaguna dan goreng garing-garing. Settel sudah menu mudah bekal sekolah Eilhan dan Yana. Derang pun memang suka makan tempe. Tak kisah laaa tempe goreng ke, tempe dimasak Pucuk Ubi Masak Lemak ke, atau Sambal Goreng Pengantin lagi derang suka! Asal ada tempe. Alhamdulillah anak-anak Nina tak cerewet sangat bab makan.

Mungkin sebab Nina tak berapa melayan ragam derang kot masa kecik. Sambil masak dan makan, Nina suka ceritakan khasiat setiap makanan yang kita makan. So sebab dah tahu khasiat nya derang pun makan dengan rela. Macam Eilhan suka makan ulam bayam brazil, pegaga mungkin sebab dia sendiri yang tanam. Seronok tengok hasil tanaman sendiri mungkin faktor utama keterujaan dia nak makan ulam ulaman.

Dan lagi, abahnya pun banyak main peranan. Banyak memberi dorongan dan kata perangsang pada anak-anak bab makan ni. Sambil makan abahnya akan buat muka Mmmm… sedap nya! Kita pun kena ceria sambil makan. Idok ler anak rasa semacam masa dia makan.

Geng selalu pesan, kita kena tahu makan dan nikmati rasa semua makanan. Bila dah rasa, kalau tak sedap kita kena tahu khasiatnya. Macam ubat kan pahit tak sedap tapi ubat lah penawar. So sayur yang pahit tak sedap tu lagi banyak manfaatnya.

Dan Maknya pun menambah ayat perisa

“cer bayangkan kalau kita ni hidup susah, hanya ada ulam jer. Mahu atau tidak kita kena jugak makan. You have no choice so sila makan dan enjoy the food!” Haaa… gitu laaa HAhaaa

Resipi TEMPE GORENG CRISPY Rangup Sedap Menu Mudah Bekal Sekolah

Resipi TEMPE GORENG CRISPY

Bahan
Tempe secukupnya – potong nipis
Tepung Serbaguna / Tepung gandum+tepung beras sikit+garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit Serbuk Kunyit
Minyak Untuk Menggoreng

Cara
1.- Tempe dipotong nipis ikut citarasa, kemudian bancuh adunan tepung serbaguna dan sedikit air dan serbuk kunyit.
2.- Cepup tempe dalam adunan tepung dan goreng hingga masak. Toskan
3.- Hidangkan bersama sos kegemaran.

Senang jer kannn?
Part dessert Nina letak 2 potong Cheesekut . Settel dah bekal sekolah Eilhan dan Yana.

Actually kita tak perlu pun beria sangat bab kenal sekolah anak ni. Macam Nina bukan punya masa yang lama nak dok terperap kat dapur jer.. banyak lagi keje kita dek nonnn ooiiii
So konsep Nina suka yang ringkas, cepat dan mudah disediakan. Paling penting anak gerenti akan makan apa yang kita sediakan dalam bekalnya.

Tak perlu nak ikut apa yang orang lain masak. Kita lebih kenal anak kita dari jauhari dan manikam. Eh! HAhaa
Bukan apa, ada yang beria deko, spend time berejam kat dapur sudahnya kalau anak tak makan memang kita jugak yang stress kecewa meratap sedih pilu kannnn? So why so stress? Kita rasa satu kepuasan bila anak makan habis dan licin. Sama-sama happy best kannn? So just bersederhana! Buat lah apa yang kita suka bukan apa orang suka.

Macam Nina just masak apa yang Nina tahu anak Nina akan makan. Ya anak Nina makan sayur, salad dan tak cerewet makan. Thats why laa itu lah yang Nina sediakan. Andai punya anak yang susah makan sayur, makMak boleh laa blend sayur tu. Contohnya masukkan dalam nugget ke, pancake nasi ke, cucur ke atau dibuat air milk shakes.
Tempe pun sama jugak. Bila digoreng nipis dan garing, kena lak dengan sos kegemaran InsyaAllah sedap jer..

Eh! Panjangnya cerita hari ni. Nak citer pasal tempe jer pun.
Okies, Stay tune korang. Sampai jumpa lagi besok!
Take care dan StaySave..

2 Comments
  • Aisya Ismail
    Posted at 10:55h, 16 March Reply

    Tak ramai budak suka makan tempe. Bagus eilhan tak memilih.

  • Nadia johariq
    Posted at 18:40h, 16 March Reply

    Tempe pun tempe, aslkan ada makanan untuk diaornag..ehhee..tempe pun elok dimakan..

Post A Comment