REsipi MUFFIN Paling Mudah Sedap Gerenti Jadi

Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang

Selalu nya akan jadi blank , aka buntu bila tak tahu nak masak apa untuk sarapan ataupun menu minum petang, Dont worry! Rasanya MakMak surirumah ramai alami rasa blank ni kannn? Resipi MUFFIN paling Sedap Mudah

Nina akan buat muffin. Bagi Nina buat muffin ni mudah sangat. Sebab kaedah cara buat nya tak remeh. Tak perlu mixer pun. Hanya adun bahan kering dan bahan basah pastu kaup balik, bakar siap.

Kira nya buat MUFFIN ni asas buat cake. Dah reti buat confirm dok ulang-ulang buat muffin jer. TIPS buat muffin gerenti jadi yang korang wajib tahu

REsipi MUFFIN Paling Mudah Sedap Gerenti Jadi

Resipi MUFFIN paling Sedap Mudah
MUFFIN VANILLA ALMOND
Menu kudap cepat siap wajib tahu

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
3/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Almond slice – Nina letak kat atas dan dalam sikit.

Cara-caranya

1.- Panaskan oven pada suhu 180c
2.- Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
3.- Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, kacau rata . Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
4.- Kacau rata TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
5.- Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup. Letakkan almond slice kat atas muffin tadi.
6.- Bakar muffin selama 25 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)

Sedia dihidangkan.

Amacam senang jer kannn persediaannya? Nak buat pun cepat sekejap jer. Sesuai juga buat hidangan cepat siap buat sarapan mahupun minum petang. Oh ya, ni pun antara menu terdesak cepat siap kalau tetamu tetiba datang rumah. .. Tapi tatkla PKP ni mana ada sesapa nak datang rumah . iyer tak? Tak pe, masak masak makan sendiri. Settel. HAhaa..

7 Comments
  • Dorsett Pink
    Posted at 13:36h, 24 February Reply

    wahh! sedapnya. bolehlah nak cuba resipi ni

  • Nardnaddy
    Posted at 00:04h, 25 February Reply

    wahhh nampak sedap dengan badam atas tu 🙂

  • farah wahida
    Posted at 09:26h, 25 February Reply

    wahh mudah! cuma tak cukup rajin lagi nak buat huhuhu.

  • Ai
    Posted at 10:26h, 26 February Reply

    Ok senang. Boleh lah try.

  • Ema
    Posted at 04:58h, 28 February Reply

    mudahnya..boleh try lah nanti

  • Sunshine Kelly
    Posted at 11:18h, 28 February Reply

    Senangkan now nak makan muffin boleh terus buat jer tak payah beli mahal mahal kat luar.

  • Nadia johari
    Posted at 01:31h, 05 March Reply

    Nampak macam senang..hehehe..

Post A Comment