Resipi BUBUR PISANG SEDAP MENU MINUM PETANG

Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang

Tatkala PKP ni memang cepat lapar gamaknya. Mungkin sebab tak keluar rumah maka otak dok fikir nak makan sokmo. Korang pun gini tak?
Ker Nina jer! Parah laaa ooii . HAhaaa… Resipi Bubur Pisang Sedap

Selalunya untuk menu minum petang, Nina sediakan menu yang ringkas dan paling penting cepat dimasak. Malas laaa dok lelama kat dapur. Lagi pun bila anak-anak dah mula PdRP memang huru hara laaa secubit Nina ni. Rasa tak cukup nafas pun hado! Sian kita tau

Maka, untuk menu minum petang Nina suka sediakan bubur jer. Pepandai depa nak makan sama roti ke, biskut lemak ke atau enak dimakan begitu saja. Eh! HEhee

BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak. Pisang kannn kaya dengan khasiat dan nutrisi. Untuk kita pun bagus. Kulit pisang tu nanti jangan dibuang. Korang tonyoh kat kulit. Bagus tau melembabkan kulit dan bila rajin buat selalu InsyaAllah boleh memudarkan parut. Kata orang dolu-dolu. Mungkin kot… Asal rajin semua boleh jadi kenyataan!

Baca : Khasiat dan Kelebihan Makan Pisang Bagus Di Amalkan Setiap Hari

Resipi BUBUR PISANG SEDAP MENU MINUM PETANG

Resipi BUBUR PISANG SEDAP

Bahan-bahan
1 biji pisang tanduk
2 helai daun pandan, disimpul (kali nie tak letak pun)
5 sudu besar biji sago (cuci dan toskan)
500 ml air
500 ml santan (Nina guna santan kotak ajer)
Secubit garam
5 sudu besar gula pasir
secubit garam

Cara penyediannya
1- Pisang dipotong sederhana tebal dan ketepikan.
2- Dalam periuk, masukkan gula, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih
3- Kemudian masukkan biji sago dan biar mendidih hingga sago kelihatan jernih.
4- Masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan ..(kalau kuat-kuat nanti pecah lak pisang tuu)
5- Biar mendidih hingga pisang lembut. Kacau sentiasa supaya bubur tak pecah minyak.Masukkan garam secubit dan secukup rasa.Tutup api.
6- Sedia dihidangkan panas atau sejuk. ….

Korang suka menu apa untuk minum petang?
Meh laaa share idea, maklum lah PKP ni sel otak kurang berhubung. Entah lerr . . . Tension kot dok tengok jumlah kes positif yang makin meningkat sekarang. Moga Covid19 cepat lenyap dari muka bumi ini. Aamiinnn . . .

1 Comment
  • jacsnmith
    Posted at 01:49h, 25 January Reply

    Thanks for sharing the article, and more importantly, your personal experienceMindfully using our emotions as data about our inner state and knowing when it’s better to de-escalate by taking a time out are great tools. Appreciate you read https://vidmate.onl/ ing and shar ing your story, since I can certainly relate and I think others can too

Post A Comment