• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri

January 11, 2021 by Nina Mirza Leave a Comment

Sapa suka Muffin? Resipi MUFFIN VANILLA

Ni laaa kudapan yang paling kerap Nina buat sebab method dia senang sangat.

Kaup balik jer bahan basah bersama bahan kering.
Tips dia Jangan Over Mix

Tak payah mixer pun
Hanya perlukan oven, kalau takde oven, air fryer pun buleh.

Tekstur nya lembut, gebu..
Senang dihidangkan sebab style cupcake. Nak buh dalam cup boleh, nak bogel kan dia tanpa dipakaikan baju pun buleh.

Topping pun ikut suka
Apa bahan ada letak jer atas dia as topping.
Chocolate Chips, kismis, cheese, almond atau apa jer.. Ikut laaa selera tekak memasing sebab kita yang nak makan.

Baca : TIPS STEP BY STEP CARA BUAT MUFFIN GEBU GEBAS MOIST ALA KENNY ROGERS GERENTI JADI

Resipi MUFFIN VANILLA Sedap Moist Gebu Mudah Ala Kenny Rogers

Resipi MUFFIN VANILLA Chocolate Chips

Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam

Bahan C
Kismis – Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.

Cara-caranya

1.- Panaskan oven pada suhu 180c-190c
2.- Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
3.- Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk jer
4.- Kemudian tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi. Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)
5.- Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
6.- Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup. Letakkan chocolate chip kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)
7.- Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)

Sedia dihidangkan. Korang suka muffin apa?
Korang boleh jer pelbagai jenis muffin lain. Nah . . . Intai sini 10 Resepi Muffin Mudah Sedap Gebu Gebas Moist Wajib di Cuba!

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi Tagged With: cake, Dessert, menu minum petang, Muffin, Muffin Ala Kenny Rogers, muffin vanilla, resepi mudah, resipi ringkas, tips buat muffin

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Sudah daftar untuk vaksinkan diri korang ?
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN
    By : Tiffin Biru
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • KHASIAT DAN MANFAAT TIMUN JERUK UNTUK KESIHATAN
    By : Saidila Lifestyle
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa