Resipi Kek Paling Mudah Sedap Strawberi Cake Blended

Wajib cuba! Resipi Kek Paling Mudah Sedap Blend jerr… Strawberi Cake

Sapa suka makan strawberi?

Strawberry antara buah mewah yang sedap cantik. Ia juga simbol kasih Sayang. Mungkin sebab rasa dia masam manis. Macam bercinta gak kot… Kejap bermasam muka kejap semuanya manis. Memandai jer Nina ni HAhaaa.. Resipi Kek Paling Mudah 

Resipi Strawberi Kek Paling Mudah Sedap

Okey… Hari ni Nina nak share satu resepi paling paling palinggggg senang! Kek yang tak payah pakai mixer pun. Korang hanya perlu ada blender dan oven. Hurmm… Kita tak de oven, camner? Korang pun boleh Kukus Kek ni. Kalau Kukus pun tak de, buh jer adunan dalam piuk nasi tu. Kalau piuk nasi pun tak de, sila beli jerrr Baca jer sampai habis naaa! Aptb 😂😂

Kek strawberry ni adaptasi chewah… #dramasangat kannn… Ok, kek ni olahan dari Kek Orange Blend paling senang sedap.

Resipi Kek Paling Mudah Sedap Strawberi Cake Blended

Resipi Kek Paling Mudah Sedap
Strawberi Cake Blend

Resepi : Nina Mirza
Rujukan : Resipi Simple Strawberry Cake
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 cawan buah strawberry yang dah di potongan kecik
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
Bahan B:
Beberapa biji buah strawberry dipotong kecil (tak letak pun ok)
1/2 st pewarna pink
2 cawan tepung naik sendiri – diayak dulu

Cara-cara:
1- Panaskan oven 170’C. Alaskan loyang berukuran 7″ dengan dengan baking paper dan sapu sedikit keliling loyang dengan minyak dan ketepikan.
2- Kisar halus semua bahan A. Kemudian masukkan ke dalam bowl.
3- Masukkan ke dalam bowl perisa strawberry dan pewarna pink, kacau rata menggunakan spatula.
4- Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, kacau kaup balik sebati.
5- Kemudian masukkan strawberry yang telah dipotong kecil ke dalam bowl. Kacau rata.
6- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi, bakar selama 1 jam atau sehingga masak.
7- Periksa kek samada dah cukup masak atau belum dengan mencucuk dengan lidi di tengah kek, jika lidi keluar bersih maknanya kek telah masak.
8- Setelah masak, telangkupkan kek atas jaringan, keluar kan posisi asal dan sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang.
9- Sedia dihidangkan

Sangat sesuai ngan topping cream cheese. !!
Adun mix 1/2 ketul cream cheese dan 3 sudu besar gula ising, pukul sampai gebu. Nak lagi sedap perahkan sikit lemon. Wallaaa~

19 Comments
  • Pritam Kaur
    Posted at 06:23h, 30 October Reply

    tepung gandum naik sendiri masud nya tepung gandum dan tepung naik sendiri?

    • Nina Mirza
      Posted at 10:24h, 30 October Reply

      Maaf yaa mengelirukan awak. Jap saya edit. ‘Tepung naik sendiri’

      Kalau nak buat sendiri tepung naik sendiri homemade ini sukatannya

      5 cawan tepung gandum
      2 1/2 sb baking powder
      2 1/2 sk garam halus

      Satukan kesemuanya, gaul rata, simpan dalam bekas kedap udara. Semasa nak guna, ayak 3 kali.

    • Nur Decamellia
      Posted at 17:07h, 30 October Reply

      Halah halah halah curlas gila kek strawberry dia padehal nak buat senang sangat. Pakai blender je pulak tu. Ni kalau ada buah strawberry dlm esbok confirm dah buat. Btw, tq share. Next time nak cuba buat.

  • Aisya Ismail
    Posted at 10:38h, 30 October Reply

    Boleh bake guna air fryer tak? hehehe

    • Nina Mirza
      Posted at 15:14h, 31 October Reply

      Boleh … Try laa nanti share yaa

  • Jia Shin
    Posted at 10:44h, 30 October Reply

    I love to bake but I’m just starting off and this recipe looks simple for beginners like me, can’t wait to give it a try.

  • Farah wahida
    Posted at 10:55h, 30 October Reply

    Terus rasa mcm nk membaking kek . Resepi mudah nak follow lah nt

  • ummi nani
    Posted at 11:00h, 30 October Reply

    wah boleh try kejap lagi.. senang dah mudah nak buat

  • Messarah
    Posted at 17:50h, 30 October Reply

    senang nya boleh blend je nak buat kek nak cuba la

    • Ummi
      Posted at 03:47h, 31 October Reply

      Tapi kita takde blender huhuhu. Takpe nnti nak try guna whisk je. Mungkin jadi kasar sikit la kot tekstur dia.

  • Nadia johari
    Posted at 02:19h, 31 October Reply

    Sedapnya tengok.. Fariza suka kek strawberry ni.. Kita pulak jrg nak membaking

  • Rawlins GLAM
    Posted at 07:39h, 31 October Reply

    Mudah dan pantas. Rawlins suka resipi sebegini yang tak banyak bahan dan tak macam2 karenah. Ini resipi yang Rawlins boleh cuba haha

  • farhana jafri
    Posted at 11:04h, 31 October Reply

    mudah jugak eh resipi kek strawberry ni. Nanti nak try jugak lah, nak buat dua version ada lemon dengan takde tengok mana lagi ngam dekat tekak hehe thanks for the recipe!

  • Grace Ng
    Posted at 13:10h, 31 October Reply

    cantiknyaaa kek strawberi sis. i really love that touch of frosting on the top – it completes the whole look!

  • Moha
    Posted at 08:26h, 02 November Reply

    Wah.. suka resepi senang camni. Nanti try buat. Thanks Kak Nina share resepi..

  • Hayati Suki
    Posted at 14:05h, 02 November Reply

    cara yang mudah nak bbuat kek yang cantik dan menarik. kalau ada strawberi nanti sisyat nak cuba la buat 🙂

  • amie
    Posted at 20:37h, 02 November Reply

    Memang mudah sangatlah nak buat kek kalau semua main lebur dalam blend…senang kerja kan Nina.

  • Aisya
    Posted at 18:11h, 27 February Reply

    Perisa strawberi tu perlu ke tak ye??sebab dlm cara2 ada, tapi dlm senarai bahan takde.. keliru saya

    • Nina Mirza
      Posted at 11:48h, 28 February Reply

      Nak letak buleh, tak nak letak pun ok. Rasa original dah cukup sedap

Post A Comment