Salad antara menu pilihan yang paling ringkas bila bersembang tentang Eat Clean. Dalam menu salad adanya kombinasi fiber, protein dan sumber mineral sebagai pelengkap diet. AL ARD Minyak Zaitun
Eat Clean – Salad menu paling mudah dan ringkas lagi cepat
Semangkuk salad harusnya banyak sayur-sayuran, di adun dengan protein. Nina letak isi ayam yang di grill / bakar dan wajib direnjiskan dengan sedikit olive oil.
Nina share kan kebaikan dan kelebihan amalkan Olive Oil atau nama melayu dia Minyak Zaiton
AL ARD Minyak Zaitun
Kebaikan Kelebihan amalkan Minyak Zaiton
1. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
2. Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
3. Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
4. Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
5. Antioksidan dan antikanser
6. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
7. Membekal vitamin E
8. Mencantikkan kulit dan rambut
9. Kestabilan asid lemak
10. Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
Beli Minyak Zaiton botol kaca gelap terbaik
Dibotolkan dengan gas nitrogen ke dalam botol kaca gelap atau tin aluminium untuk mengelakkan kualiti minyak zaitun terjejas akibat terdedah kepada cahaya matahari dan bagi menjamin kesegarannya.
Segala maklumat yang berkaitan dengan penghasilan minyak dinyatakan di label botol seperti nutrisi, tarikh luput produk (tidak melebihi 24 bulan), maklumat pengeluar, negara asal produk dengan alamat yang lengkap, termasuklah berkenaan tarikh tuaian buah.
Eh eh . . . Tadi awal citer nak share resipi Salad style Nina. Biasa lah Nina, bila dah mula bercerita segala info yang bagus Nina nak kongsikan ngan korang. So take note tau, beli Minyak Zaiton yang jual dalam botol kaca gelap.
Resipi Eat Clean Salad Ayam AL’ARD
Bahan-bahan
Isi dada Ayam perap dengan Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme)
Taburkan dengan cili flakes
Kemudian grill sehingga masak ikut citarasa samada nak well done atau janji isi ayam cukup masak.
Sayur Salad – ikut suka nak letak apa atau apa jer bahan yang ada kat rumah. Tak payah die hard sangat pi beli memacam, hanya letak yang kroang akan makan. Contohnya daun Salad, tomato, timun, bayam brazil, hirisan baby carrots, sedikit hirisan daun ketumbar, perahan lemon sikit, capsicum atau sayur kegemaran korang.
Cara penyediannya
1. Isi Ayam di perap dengan Za’atar Blend dalam 15-30 minit kemudian di grill. Pastu hiris nipis.
2. Cuci bersih dan toskan semua sayuran, susun dalam mangkuk.
3. Renjiskan dengan minyak zaiton Al’Ard dan sedikit perahan lemon. Gaul rata. Kemudian letakkan isi ayam. Taburkan dengan hirisan daun ketumbar . Siap!
Eat Clean AL’Ard Ayam Panggang Mudah Sedap
Bahan-bahan
Isi ayam
Za’atar Blend
Cili Flakes
Minyak Zaitun Al’Ard
Sampingan – Kentang, Carrots, Brokoli
cara penyediaan
1. Ayam diperap bersama Za’atar, cili flakes lebih kurang 13-30 minit.
2. Kemudian panggang ayam bersama kentang, carrots dan brokoli. Korang boleh jer tambah apa saja bahan sampingan kegemaran korang. Kekacang pun sedap! Tabur kan lagi sikit Za’atar dan renjiskan sedikit minyak Zaitun Al’Ard. (Nina panggang dalam magic pan jer)
3. ayam dah masak terus hidangkan.
Tentu korang tertanya-tanya apa tuu Premium Palestinian Za’atar Blend (Thyme) kannn?
Sedap weyhhh Za’atar Blend ni. Rempah ratus yang memberi lebih aroma dan taste dalam masakan. Dalamnya ada Thyme, Sesame, Salt dan Sunflower Oil. Masyarakat timur tengah dah berkurun dok amalkan campuran rempah dan herba ni.
Keistimewaan Za’atar Al’Ard ni terletak pada thyme nya yang ditanam di atas kawasan bukit Palestine mengikut amalan pertanian yang diwarisi secara turun-temurun bahi memastikan thyme yang terhasil adalah lebih segar dan bermutu tinggi selari dengan rasa terbaik di dunia.
Biasanya Za’atar ni dijadikan pencicah roti yang dicelupkan ke dalam minyak zaitun. Selain tu macam Nina buat, sebagai bahan asas perapan daging, ayam, atau seafood. Ada juga di tabur atas doh roti sebelum dibakar, ditabur atas salad macam Nina buat tadi. Oh ya, korang tabur atas pizza atau sos pasta bolognese pun sedap! Ikut laaa citarasa memasing. Kita yang masak dan kita juga yang nak makan kannnn..??
Palestinian Blackseed Paste (Qizha)
Pes ini mengandungi Habatus Sauda dan Bijan yang berkualiti tinggi dan baik untuk kesihatan hasil tanaman dibumi Palestine. Terbuat dari biji nigella yang dihaluskan, memiliki rasa pahit yang tajam dengan sedikit rasa manis.
Biasanya digunakan oleh warga Timur Tengah dan Afrika sebagai penambah rasa manis yang dicampur bersama madu, sirap atau gula juga ditambah bahan lain untuk menjadi hidangan yang enak seperti pai, roti, dan pemanis mulut yang lain.
Biji Habatus Sauda melalui pemprosesan menggunakan mesin dan teknologi terkini di kilang moden yang mematuhi Syarat & Standard Antarabangsa serta mempunyai Persijilan Halal dan ISO-22000.
Cara paling mudah untuk menggunakan Qizha ialah sebagai Sapuan/Spread dengan Roti, seperti jem. Ia akan memberikan rasa lemak lemak pahit. Kalau nak rasa lebih sedap, boleh dicampurkan dengan Madu. Boleh juga campurkan satu sudu teh Qizha bersama Kopi O dan tambah madu lebah secukup rasa.
Nina belum cuba lagi Qizha ni, tapi nanti nak try buh kat dalam air coffee Nina. Tentu lebih sedap!
Kat mana nak beli ?
Sekarang ni semuanya di hujung jari. Mudah sangat! Korang boleh pi order melalui media social Al’Ard di
Website : http://www.alard.my
Facebook: https://www.facebook.com/alardmalaysiaHQ/
Instagram : https://www.instagram.com/alardmalaysia
Atau korang hubungi jer 013 747 6570
“Ambil 2 sudu minyak zaitun setiap hari mampu mengurangkan risiko sakit jantung” – sumber FDA dan EFSA
Jommm amalkan pemakanan sihat! Pelan-pelan pun tak pe atleast kita dah bermula dari dok makan sokmo tanpa ambil tahu risikonya nanti.
Banyak dah menu Eat Clean yang Nina dah share sebelum-sebelum ni.. Pepandai laaa korang selongkar ehh.. Nah, tekan ni Menu Eat Clean Yang Sedap Mudah Simple
thanks sharing resepi. nnt nak trt
sedapnyaaa..bagus menu nya
minyak zaitun al arad ni mmg femes kan.. cara derang hasilkan minyak zaitun ni mcm speselsikit.. tak ingat apa nama caranya tu. and yg bagus derang pakai botol kaler gelap mcm nih
Nampak eksklusif packagingnya… gabungan warna hitam dan emas tu memang sungguh memukau… belum try lagi dah fefeeling classy gitu… hehehehe… resipi Nina pun sungguh menarik untuk dicuba sementelah pula memang tengah berEat Clean ni… nanti bolehlah cuba…
Pergh tiga produk, dengar kak nina cerita dua produk tu yang tabur dkat roti atau pizza denga pes tu macammenarik..
Sedapnye nampak ayam panggang kak nina. Botol minyak zaitun ni cantik sangat.
Bagus amalkan eat clean mcm ni. Kena Jaga kalori jugakkan. Tapi makanan ttp maintain sedap
Cantiknya botel kita suka tengok kalau ada minyak zaitun yang botol macam ni nampak menarik dan juga rasa nak minum macam tu jer hehehe tapi ok kalau ambil sesudu minyak zaitun sehari banyak khasiatnya… Ok lah boleh cuba ni hehehehe..
Salad dengan ayam grill pun dah sedap. Yang perting berkhasiat lagi2 bila guna minyak zaitun yg berkualiti.
I like to use organic olive oil too.. Can use to cook so many different food and keep healthy by eating it.
Nak eat clean ni kena rajin lah kan. Resepi yang kak nina share nampak mudah nak buat. Guna olive oil utk panggang ayam dan renjis dalam salad mmg sedap dan berkhasiat.
Sis kalau minyak zaitun ni pandai makannya dengan ayam panggang macmtu ke, spageti ke, tapi kalau salad tak boleh lerr, terasa minyak dia tu erkkkk… hahahahaa
I m using virgin olive oil for my salad and pasta also, its good for the heart and health.
Banyaknya kelebihan mengambil minyak zaitun as part of the clean diet meal preparation. Nak recommend ni kat family and friends juga la..
sedapnya menu2 kak nina masak guna al ard minyak zaitun.. boleh bukak restoran dah nie
tak pernah lagi guna brand lain untuk olive oil, selalunya beli yang dekat NSK tu je. Boleh try nanti sebab nampak macam pekat minyak dia. Apa rasa letak qizha dalam kopi ek
Minyak zaiton memang banyak khasiat. Sedapnya kak nina jamu gambar makanan. Lapooo
Memang bagus guna minyak zaitom dlm masakan utk kesihatan dan juga kena pandai lih myk zaiton yg berkualiti, resepi pun sedap nti blh cuba
Minyak Zaitun memang banyak manfaat kak. Harga pun pelbagai. Ruby selalu beli paling murah kat pasaraya. Asalkan dapat minyak zaitun. Sebab minyak ni buat ayam bakar, salad dan dressing pun dah sedap. Healthy lifestyle sejak gemuk PKP. Hahahaha
Yup.. Olive oil always debest choice. Heath and yummy factors. Kita mmg akan try hard to EatClean once a week. Salad looks tasty. Lovit. Efharisto sharing it.
Menyelerakan semua resepi kak nina.. nanti nak cuba buatlah..
Tak pandai nak buat sebab takut tak sedap tpi kalau sis masak confirm nak makan. Haha. Ngeri batu hempedu tu sbb mil kena operate. Skrg ni byk pantang makan kena jaga. So kite muda ni kenalah jaga kan.
Baru tahu beli minyak zaitun eloknya botol gelap. Selama ni beli yang nampak minyakny sbb senang nak nampak banyak ke sikit yang tinggal.
Minyak zaitun memang lah bagus untuk kesihatan tetapi kdg bila masak dah biasa ambi minyak biasa haha
sedapnya tengok salad ayam tu. favorite BBL pulak tu. lagi-lagi nak makan western memang wajib guna minyak zaiton baru sedap masakan tu.
Bagus untuk yang nak diet macam Yana. Buat salad boleh . Makan spagethi pun boleh .
I suka guna minyak zaitun ni lumur kat spaghetti.
Kadang-kadang rajin juga guna minya zaitun. tapi costing lah sikit. Hurmm.