• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Seronok! Puashati main Badminton di PUCHONG SPORTS CENTRE Best!

September 4, 2020 by Nina Mirza 17 Comments

Anak-anak Nina suka main badminton untuk aktiviti riadah mereka di waktu petang. Selalunya dok main kat depan rumah jer.. Tapi , kawasan depan rumah ni bukannya selamat mana pun.. Puchong Sports Centre Best Selamat

Yelah … Bukan tempatnya, memang laaa tak selamat!
Sebab depan rumah ni kete dok lalu lalang, jiran berjoging, dengan kanak-kanak lain berbasikal, main kejar-kejar lagi. Opkos memang bahaya!

Baru-baru ni kengkawan KBBA9, Ben Ashaari, Kak Long Saidila pi main badminton courts kat Puchong Sports Centre. Tengok gambar depa, cam best jer courts situ.

Puchong Sports Centre
Best Courts Badminton KL Selangor

Best tak video ni?
Kebetulan last week depa ajak pi main badminton kat situ, apa lagi bak orang mengantuk disorongkan bantal. Eh cam tak kena jer … nak pi bersenam cerita pasal tido lak! HAHaa . . .

Sakan laaa beriadah bersenam berkampung bergether-gether tu ari ngan family dan kengkawan KBBA9. Berpeloh-peloh, lencun weyhh… Walau pun bukan pandai pun main. Asal terbang bulu tangkis tu jadi laaa

Janji dapat bersama family dan kengkawan. Happening!
Aktiviti sihat. Serius puashati main badminton kat sini.

Apa yang BEST di Puchong Sports Centre

Patuh SOP

Sejurus sampai, perkara yang terkesan bab patuh SOP. Bagus!
Di kala zaman Covid19, memang amat titikberatkan bab SOP.

Courts banyakkk ada 32 courts!
Tempat bersih,luas, selesa, selamat

Teruja tengok. Banyak giler courts dia!
Ni laaa pertama kali Nina masuk courts yang amat besar, luas, selesa. Paling best, kat sini bersih tip top! Toilet ohsem.. Bersih! Ada 3 bilik termenung siap shower dan 3 bilik shower. So lepas bersenam nak pi dating pun no problem. Mandi kasi wangi dulu.. (pi tonton video atas tu Nina dah share)

Biar gambar jer berbicara! Chewah . . .  padahal tak reti main pun

Sesuai untuk tournament

Dah tempat all best, sesuai laaa korang nak buat tournament friendship ke, family day sport day ke.. Sesuai sangat!

Disediakan jurulatih profesional

Tak reti main badminton?
Ada disediakan jurulatih profesional. Korang pun boleh join sesi pembelajaran asas main sukan badminton ni atau hantar anak korang belajar kat sini. Manalah tahu, kot rezeki dia berpeluang mewakili Malaysia dalam sukan Badminton ni ker kann..?

Nak berjaya memang kena berusaha dan kena laaa p kat saluran yang tepat. Coach yang betul dan serasi pasti membuahkan hasil. Setidaknya asas yang betul.

Kelengkapan lengkap ada kedai sukan dalam Puchong Sports Centre ni

Puchong Sports Centre

Tak de kelengkapan badminton? No problem..
Kat dalam ni ada kedai peralatan sukan badminton. Dari kasut, raket, bag dan segala berkaitan badminton ada kat sini. Tu ari Nina sempat laaa beli cover handle raket anak Nina yang dah tercabut teruk. RM6 jer dan sekali siap servis pasangkan sekali. Kalau korang nak ketatkan tali raket pun boleh kat sini.

Special offer!
RM28 untuk 2jam setiap hari

Puchong Sports Centre

Business hours
Weekday : 9am – 1am
Weekend : 8am – 12am
Untuk booking
Call / whatsapp : http://www.wasap.my/60108296693/booking 
Waze : Puchong Sports Centre

More info di : Facebook Puchong Sports Centre

Alamat:
Jalan Puchong Utama 2
47100 Puchong Selangor

Best giler together-gether bersama kengkawan dan keluarga! TQ korang . . .

Nanti sesapa nak pi main takde partner boleh laaa pm tepi ajak Nina eh..
Walaupun kita main badminton ni kelaut, tapi seronok main kat sini. Kita kasi lencun baju. Pastu besoknya boleh laaa nikmati lenguh tangan! Feel the pain is beauty of life. Omputeh sekali sekala. HAhaa..

Sian dah  kepenatan.. Seronok tadi depa berdua ni bersukan. Tempat selesa selamat, mama pun lega..  Sampai jer rumah depa dok berzikir nak pi main badminton kat Puchong Sports Centre lagi. Yo laaa… Nanti kita datang main kat sini lagi ehh . . .

Puchong Sports Centr Best Courts Badminton KL Selangor. Ada 32 courts. Tempat bersih, luas, selesa. Harga berpatutan ada promosi 2jam

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review Tagged With: Badminton Courts, Belajar Badminton, Harga Courts Badminton, Jurulatih Coach Sukan, Kat mana, Kuala Lumpur, nak sihat, Puchong Sports Centre, Selangor, Sukan, Tournament

  • Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
    Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
  • 15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
    15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
  • Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
    Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
  • SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
    SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
  • APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
    APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
  • Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
    Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
  • Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
    Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
  • AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
    AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM



Comments

  1. ATIE ZIEYA says

    September 4, 2020 at 2:18 pm

    alahai kesian tidor kepenatan dua bradik tu..tapi mesti diorg happy sbb always ada activities kan

    Reply
  2. LampuHijau says

    September 4, 2020 at 2:21 pm

    Siap ada kelas lagi. Coach dia pun bukan eshe-eshe. Pernah jadi pemain dunia.

    Reply
  3. Tiara Sapphire says

    September 4, 2020 at 2:42 pm

    besar juga sport centre dia. best dapat bersukan sampai tertidur dua beradik tu..hehe

    Reply
  4. Tekkaus says

    September 4, 2020 at 3:43 pm

    Wow begitu banyak badminton court yang terdapat kat situ. Memang besar betul. 🙂

    Reply
  5. Ruby says

    September 4, 2020 at 9:10 pm

    Wah bestnya akak. Kalau dekat dah mak dah kak. Hehehe. Sebab seronok main badminton ni. Teringat zaman sekolah. Hehe

    Reply
  6. Fadima Mooneira says

    September 4, 2020 at 9:11 pm

    Hmm……dah lama x berekreasi. Rindu pula nak buat wall climbing Di Taman Cabaran. Hehehe.

    Reply
  7. Mahamahu says

    September 4, 2020 at 9:14 pm

    Amboi sekarang dah start main badminton nak jadi wakil negara ke hehehehe.. Kita dulu masa kecil main lah dan besar ni tak pandai lak kalau kawan ajak boleh main sekejap jer lepas tu pancit hehehehe jom kita lawan nak…

    Reply
  8. Nadia johari says

    September 5, 2020 at 11:27 am

    Best.. Kelengkapan semua lengkap.. Besar pulak tu. Puas ni main dekt sini

    Reply
  9. Sis Lin says

    September 5, 2020 at 3:01 pm

    Bestnyaa ada geng main badminton, agak lama tak main badminton ni, sekarang bristwalk aje Sis ko.. tu pun muatan berat dah lalu hahahahah

    Reply
  10. Huda says

    September 6, 2020 at 7:43 am

    Seronok yer main badminton dengan geng KBBA9. bila kita gathering ramai2 lagi. rindu nak jmpe semua orang! Kalau dekat ni, huda mmg join, sebab memang suka sangat main badminton

    Reply
  11. Slumberlady says

    September 6, 2020 at 5:22 pm

    Penatnya semua lepas main. Murah dah tu RM28 untuk 2jam. Berbaloi sangat lagiagi bila datang sekeluarga.

    Reply
  12. ayu rafikah says

    September 6, 2020 at 7:36 pm

    hahaha..penat sangat anak2 tu..mmg seronok bermain badminton..dapat keluarkan peluh dan sihatkan badan juga

    Reply
  13. farhana jafri says

    September 6, 2020 at 11:46 pm

    wahhh tak pernah lagi jumpa court badminton siap ada coach! Harga untuk 1 jam main dekat court pun murah. Berbaloi lah!

    Reply
  14. Rawlins GLAM says

    September 7, 2020 at 8:00 am

    Bagus betul perkhidmatan kat sini ye – dah semacam one stop center dah. Ini memudahkan semua kaki sukan untuk beriadah dan mendapatkan bekalan kan.

    Reply
  15. Baizura Bahar says

    September 7, 2020 at 8:19 am

    Banyak betul court dia. Buat family day lawan badminton pun best ni.

    Reply
  16. Ai says

    September 7, 2020 at 11:40 am

    Luas kawasan dia. Luas mata memandang.

    Reply
  17. mazharalti says

    September 10, 2020 at 11:13 pm

    Wah! Bestnya… tetiba terus rindu nak main badminton… tapi takut nak main… hehehehe… zaman belajar dulu memang kaw-kaw main… laaa ni, lepas bersalin ceasar rasa macam ngeri la pulak nak main sebab kena lasak kan… tapi teringin… aduh… nanti nak try la mula balik slow-slow…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI PULUT SERUNDING
    By : Tiffin Biru
  • Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?
    By : Ben Ashaari
  • Dengki Ke ?
    By : Saidila Lifestyle
  • MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA
    By : Sohoque
  • Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!
    By : Hafiz Rahim
  • Jangan Putus Asa
    By : Mama Kembar Tiga
  • KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL
    By : YB Shehan

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa