• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sedap seyhh…! Makan BEST di CAMPUR CAMPUR KITCHEN DPULZE, CYBERJAYA

July 10, 2020 by Nina Mirza 22 Comments

Dah lama nyaaaaaa tak outing! Ya sangat lama sejak PKP dilaksanakan. Dah lama jugak surirumah ni tak keluar jengjalan. Dok terperap jer kat rumah. Huhuuu . . . Sadisnya hidup secebis Nina ni..  Eh! Tak sadis mana pun, akhirnya last week outing together-gether ngan kengkawan. Makan besau di Cyberjaya seyhh.. Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Kat Mana Makan BEST Cyberjaya?

Alang-alang kengkawan ramai dari area belah Cyberjaya maka ku turutkan ke area sana. Kata depa nanti jumpa kat Dpulze Shopping Mall. Eerrkk . . . Harus laaa waze. Tak ku reti nak drive sampai sini dan semestinya Geng akan jadi pak supir ku. Mana dia nak kasi Nina drive jejauh, nak lak tempat tak familiar. Sayang jugak ngan isteri cute dia ni.. Oouuchhh… Muahhh.!!

CAMPUR CAMPUR KITCHEN, Dpulze Shopping Mall Cyberjaya

Ahaa.. Kat sini laaa Nina leyparks ngade ikut ayat Lailerrr Kampung People . Ok yang betul is lepak dengan kengkawan Nina. Ramai..!! Lebih 10 orang hari tu. Ya ampun… Riuh rendah suara kami aje. Gelak sakan macam lupa diri ni mak orang anak 5. HAhaaa… Sesekali ‘Me Time’ memang enjoy!  Thank you Geng. Muaahhh..!! Last Nina share picture reramai eh…

Ok sambung

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

Usai masuk, Campur Campur Kitchen kemas dan simple!  Ruang yang agak luas , selesa. Sesuai untuk gathering sebab adanya meja panjang dan ada jugak untuk couple. Dont worry , sapa nak dating sesuai jer kat sini.

Berkonsepkan minimalis yang santai. Nina suka sebab tak rasa serabut. Dekorasi picture wall menarik! Terselitnya sikit konsep antik dengan adanya dulang-dulang penyeri  restaurant.  Sure intragamers lelaju tuju sini dulu snap gambar masuk kat IG.  Kome ker tuuu? Nina ideok lerr dah tua kekadang segan nak selfie, kalau adapun sekadar menurut kehendak task. Faktor usia kot

Bagusnya adanya logo HALAL di situ. Nampak tak? Nampak tak? Bagus kannn?
Bila ada pensijilan Halal, kita lebih yakin nak makan-makan bersantai kannn? Tabik spring toing toingg sebab empunya restaurant menitikberatkan kewajipan dan tanggugjawab sesama umat. 
Terbaik laaa Campur Campur Kitchen! Kebersihan pun ok. 

Appetizer

Appetizer Crispy Baby Crab Chicken Boxing Campur Kitchen Dpulze CyberjayaAmboi amboi …. Terus terliur bila jer nampak Chicken Boxing dok posing baekkk punya cantik! Tu baru Chicken Boxing..

Bila mai dia punya Crispy Baby Crab > > > > Aduyai
Terus rasa nak terkam makan! Tapi . . . biasalah bila dah outing JJCM dengan kengkawan blogger sila laaa bertabah nunggu depa ambik gambar dulu. Tu laaa, sapa suh pi keluar outing dengan blogger . HAhaaa… Gelak kan diri sendiri. 

Sedap! Both sedap . . . Crispy Baby Crab memang crispy seperti nama dia dan Chicken Boxing tak cukup satu! Huwaaaa . . . Rasa nak order lagi tau. Suka perapan dia, walaupun just nice tak kuat rasa rempah. Love love . .

Makan apa sedap di Campur Campur Kitchen?

Sebab konsep restaurant Campur Campur, so di ada gabungan menu dari Indonesia, Chinese style dan Thai.  Menu pilihan Asean gitu.

Ada lebih 20 menu yang sedap sedap! Malas nak tunjuk gambar menu kat korang sebab tau nanti korang bukan nak belek pun.. Sure korang just nak tahu apa yang Nina dah makan dan apa yang Nina rekemen korang order nanti kannn? 

Campur Campur Kitchen Dpulze Shopping Mall Cyberjaya

Tengok! 
Ni sebahagian jer tau yang kami order. Panjanggggggg… Memacam ada!
Paling Nina teruja tengok Nama dia Indonesia Flying Kick OOpsss..!! Bukan bukan 

Indonesia Flying Fish Rice
Ikan Talapia digoreng just nice garingnya. Musykil sungguh camner ikan Talapia tu depa boleh kasi posing sebegitu rupa. Kreatif kannnn?

Menu nasi depa akan dihidangkan dengan complete set nasi sorang makan bersama kuah kari kentang yang light light sedap, chicken wings 2 ketul, sambal cili ikan bilis dan pilihan lauk. 

Nina tengok kebanyakkan menu di Campur Campur Kitchen akan adanya  kombinasi Salted Egg.  Dah kenapa semua nak di Salted Egg kan?

Tapi korang kena rasa sebab serius Salted Egg di Campur Campur Kitchen sedap! Menepati citarasa tekak dan selera Nina. 

Cuma 

Dinasihatkan hindarkan tergigit cili padi hiasan dia. Merah merah tu bukan sekadar hiasan. KAwwww giler kepedasan dia! Berapi beb
Tapi kalau korang suka pedas, rekemen to try dan feel it the letops berapi! HAhaaa

Apa menu yang Nina suka?

Sejujurnya ini bukan menu yang Nina order tapi Sue Izza yang punya. Tak malu betul Nina ni pi kecek orang punya food. Larikkkkk > > > >
Tapi apedehal share share makan, lagi seronok dapat rasa semua. Tu ari kami semua share share rasa . Enjoy the moment. Love!

Tapi kannnn, serius Nina suka suka sukaaaa sangat Daging Black Pepper dia. Punya laaa lembut, moist jer. Rasa Black Pepper dan sosnya meresap sampai ke dalam daging.  Rekemen korang to try! Ingat tau nama dia Daging Black Pepper Rice

Ni antara menu lain yang kengkawan Nina order dan rata-rata depa pukul kasi rata kata sedap! Dan paling BEST bab portion dia, besar banyak dan mengenyangkan! So yang mana rasa macam perut kecik nak ciput tu sila laaa share. Lebih jimat.

Menu Nasi Goreng  pun ada!
Atas Campur Belacan Chicken Fried Rice
Kiri – Nasi Goreng Salted Egg Chicken and Shrimp – yang ni Nina suka shrimp dia. Ya ampunn . . . Terasa sungguh salted egg dia. 
Kanan- Thai Pineapple Fried Rice with Butter Chicken  – ini sedap, suka sos butter dia.

Arlegic makan nasi?
Ada jer dalam kengkawan kita ni insan terpilih yang tak makan nasi. Kekadang bukan kehendak depa pun nak cerewet makan. Apa pun alasannya – Respek! So ada jer pilihan menu lain yang sedap jugak . . . Janji dapat makan sesama iyer tak?

Western Food in da house! 

Atas kiri – Chicken Chop with Salted Egg – So Sedap! Crunchy, isi moist. Suka salted egg dia yang meresap atas kulit ayam yang rangup tu. Dah kenapa asal ada salted egg jer Nina suka tapi memang salted egg di Campur Campur Kitchen ni sedap padu! Rekemen to try. Dan please take note, cili padi tu pedas giler.

Atas kanan – Butter Chicken Chop. Ok nampak cam biasher-biasher jer kann? Tapi saat korang cecah sos butter dia memang heaven laaaa… Sos tu pembuka selera , penyedap Chicken Chop tu. 

Bawah kiri – Pan Fried Beef Kuey Teow, nampak sedap. Eerrmm… Sedap kot  sebab lupa nak kecek rasa sikit. HAhaaa..  Tak senonoh punya Nina. Hehe

Bawah kanan – Cantonese Kuey Teow with Seafood ni sedap. Rencah seafood meriah. Kat dalam kupang, udang, isi ketam dalam kuah yang real rasa masakan chinese style. Rekemen to try! Portion banyak tau. Kalau suka pedas, tabur laaa cili kicap. Terangkat seyhh

Dessert

Pilihan air dia banyak dan harga berpatutan sangat sebab big cup! Sila laaa minum smapai rasa nak terkencin. HAhaa… Nak rare sila order dalam bekas ala mentol tu. Comel kannn? Hijau tu avacado- fresh fruit di blend so sedap! Sebelah tu tak ingat buah orange mix apa tapi sedap jugak. 

Banana Toast with Chocolate tu serius sedap. Nina suka!
French Toast with Honey simple and nice as you see. Eh , dah kenapa cakap omputeh lak. HAhaaa

Banyak lagi yang best … Nina rasa baik korang tonton jap video yang sempat Nina shoot tu ari. Sebab Nina ni kalau menulis typing tahap bukan cerpun dah, boleh jadi novel nanti.  Ni pun dah berjela kannnn? HAhaaa . . .

Last  . . . Sebelum lupa, kat sini BEST nya korang yang suka jajan PopCorn korang buleh makan FREE. Ya free awak . . . Bukan popcoen aje tau, salad pun free.  

Promosi 20% diskaun dari 3pm-6pm | Monday – Friday

Menarik kannn? Dah lepas lunch hours so korang boleh laaa lepak santai makan minum sambil berbual gathering dan harga pun lagi murah! 

Alamat 
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor
DPulze Shopping Centre
Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya

Untuk info lebih lanjut dan promosi serta update terkini, sila laaa korang pi intai di :-
Facebook : Campur Campur Kitchen
Instagram : Campur Campur Kitchen

Seperti yang di janjikan, last Nina share gambar kengkawan yang sesama me time setelah berbulan PKP terperap kat rumah. 

Mana Makan BEST Sedap Cyberjaya Campur Campur Kitchen

Alhamdulillah semua sporting walau ada yang pertama kali bersua. Nanti kita makan-makan lagi kat sini ehh . . .  Meriah havoc korang! Adios . . .

Campur Campur Kitchen Cyberjaya

 

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal Tagged With: Campur Campur Kitchen, DPulze Shopping Centre, Food review, Indonesia Food, Kat mana, makan best KL, Makan Sedap, masakan Style Indonesia Sedap, Masakan Thai sedap, tempat makan best, tempat makan sedap

  • Tahun 2021. Ok ke daftar  anak sekolah Tadika? Atau membazir sebab belajar online jer nanti
    Tahun 2021. Ok ke daftar anak sekolah Tadika? Atau membazir sebab belajar online jer nanti
  • Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
    Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
  • Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
    Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
  • Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak  menu minum petang
    Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang
  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa



Comments

  1. IQ says

    July 10, 2020 at 10:38 am

    Cyberjaya makin byk tempat makan menarik. Seronok ni nak singgah makan2

    Reply
  2. ika says

    July 10, 2020 at 11:37 am

    Terliur sangat ni nampak makanan sedap-sedap dalam gambar. hehe. nak kena pergi cyberjaya jugak ni hehe

    Reply
  3. Rawlins GLAM says

    July 10, 2020 at 1:00 pm

    Alhamdulilah baru lepas makan so takde la rasa nak pergi terjah now. Maybe esok atau lusa boleh mencari makan ke sana le kot. Rawlins suka konsep makan sebegini.

    Reply
  4. Yulia Fajrin says

    July 10, 2020 at 2:21 pm

    Menariknya menu dia. Terliur dah

    Reply
  5. Ai says

    July 10, 2020 at 6:20 pm

    Sukanya tengok presentation and decoration dia. Macam feel zaman dulu-dulu. Menggamit memori sangat. Hahaha!

    Reply
  6. FanaHalim says

    July 10, 2020 at 9:06 pm

    Sedap sedap nampak lauknya. Appetizer pun dah gempak dah. Wow!

    Reply
  7. Sofinah Lamudin says

    July 10, 2020 at 10:43 pm

    Indonesia flying kick ye kak Nina… hahaha… saja nak buat lawak… sikit percaya nama makanan tu macam tu. Desserts dia menggoda sangat ni… hmm….

    Reply
  8. Julia Mahir says

    July 10, 2020 at 11:02 pm

    Nak baby crab tu sikittt. Ya Allah seleranya tengok menu menu kat sini yums yumsss

    Reply
  9. Liez says

    July 10, 2020 at 11:19 pm

    Byk betul menunya… terliur liez tgk… beverages pun byk pilihan.. liez berkenan tgk french toast tu. .klau pergi ni mmg rambang mata nak pilih yg mn satu

    Reply
  10. Yaya Azura says

    July 11, 2020 at 12:40 am

    singgah sini tengah malam..terus rasa lapar..semua nampak sedap!

    Reply
  11. Sis Lin says

    July 11, 2020 at 9:28 am

    Sis pun sama Nina, kalau bawa atau jumpa Geng sekolah, mesti nak jumpa di tempat makan best macam ni, baru puas borak dan makan, rasa berbaloi me time tu kann..
    Sis ko nengok pun terliur…nanti nak juga singgah merasa lerr…

    Reply
  12. Rane Chin says

    July 11, 2020 at 12:34 pm

    The food there look so delicious! Best for ppl living kat Cyberjaya dan Putrajaya. If I happen to go there, will try it out too

    Reply
  13. sueizza says

    July 11, 2020 at 10:09 pm

    kannnnnn memang sedap beef black pepper tu,sue nak bawa adik makan sini minggu depan ,di cuti heheheh

    Reply
  14. Izaramli says

    July 12, 2020 at 8:14 am

    Menu dia semua nampak sedap and menyelerakan. Iza tak pernah lagi try makan sini. Nanti lepas habis pantang la cuba mkn sini.

    Reply
  15. Miedajaz says

    July 12, 2020 at 9:13 am

    Nampaknya..ramai yg review makanan nie…sedap2 nampaknya..selalu k mid ada urusan kt Putrajaya…bolelah try yg nie…thanks for sharing

    Reply
  16. farhana jafri says

    July 12, 2020 at 9:22 am

    wahhhh cyberjaya dah ada port makan best lah. Kreatif betul buat ikan terpusing macam tu. Power lah. Menu dia pun banyak yang best.

    Reply
  17. Nadia johari says

    July 12, 2020 at 11:12 am

    Sedapnya semua.. Tak pernh makan dekt culyberjaya juga.. Boleh try ni

    Reply
  18. LM says

    July 13, 2020 at 12:29 pm

    wah..sedap sedap belaka.. banyaknya makan..

    Reply
  19. Fiza Aizzawa says

    July 14, 2020 at 10:19 am

    Menu dia mmg perggghhh sedap2 tu.. mst kak nina rasa semua kan.. kalau singgah cyberjaya boleh la try makan kat sini

    Reply
  20. sherry says

    July 15, 2020 at 10:08 am

    wow looks nice to try them out. so far we went eat only in kopitiam :D, it was limited 3 pax per table.

    Reply
  21. mas saari says

    July 17, 2020 at 2:26 pm

    Wahhh menarik, nanti nak pergilah makan kat sini. Menu² dia nampak sedap!

    Reply
  22. Mama Kembar Tiga says

    July 17, 2020 at 6:12 pm

    Ishhhh semua nampak sedapnyaaa. Nak kena ajak hubby i pi ni.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Online learning ? 7 orang anak perempuan ni antara anak anak yang sudah ketinggalan !
    By : Ben Ashaari
  • DALAM ISLAM TIADA ISTILAH MULUT JAHAT HATI BAIK
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI SUP IKAN MERAH
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa