• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Resipi Roti Goreng Carbonara tanpa sos segera. Mudah lagi jimat!

June 16, 2020 by Nina Mirza 14 Comments

Nina dah buat sebelum ni masa buka puasa Ramadan ke-8 yang lalu. Memang uumphhhh rasa dia! Cara Buat dan Resipi Roti Goreng Carbonara ni cukup simple! A simple breakfast inspired by Khairul Aming. Jangan kata tak kenal lak, femes giler mamat ni.. Suka video masak dia walaupun seminit jer… Sempoi!

Roti Goreng Carbonara – bagi Nina ianya satu menu berkonsepkan sederhana, simple, ringkas.  Berasaskan roti. Tak perlu pun kena adun buat roti dulu. Nina guna roti buku Gardenia.

Menu yang mengenyangkan walau makan gini jer.. Simple, ada kelainan dari menu hari biasa dan anak-anak pun suka! MakPak lagi laaa suka… Idok ler ada pembaziran

RESIPI ROTI GORENG CARBONARA Tanpa Sos Segera

Resipi Roti Goreng Carbonara Homemade Tanpa Sos Segera

Amacam? Nampak sedap tak?
Roti diluarnya garing rangup. Tengok intinya yang mengiurkan, inti ayam, sausage tersalut dengan sos berkrim. Nyummy! Awat? Terliur. HAhaaa..  Sorry Jahatnya kita hari ni. Oh tidakk

Roti Goreng Carbonara style Nina lebih kurang macam Karipap Roti Sardine tu ari yang ada Nina buat (1st day puasa kot) cuma bezanya inti dia yang ni bersos kan sos carbonara. The best part, sos Nina bukan dari sos tin segera jenama P_ _ go on the go tuuu… Nehi nehi..!!

Buat yang kenal Nina, amat payah nak jumpa resipi berasaskan tin segera sebab Nina lebih prefer  buat sendiri  atau omputeh kata homemade recipe gitu.  Bukan susah pun, senang jer dan lagi jimat.  Maklumlah mak anak 5 yang suka jimat cermat like me! HAhaaa..

Sedap ke Roti Goreng Carbonara Homemade?
Mmmmm… Lebih sedap! 😋😋
Rangup diluar dan berjuice didalam. Sos carbonara lak sememangnya favorite anak-anak. Intinya Nina letak sikit isi ayam, sikit sausage, capsicum, cili potong dan kentang. Semua sikit-sikit tapi nanti dah disatukan banyakkkkk..

RESIPI ROTI GORENG CARBONARA HOMEMADE Tanpa Sos Segera

Bahan-bahan
Roti buku secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya. Kalau minyak masak korang tak sampai penuh kuali (goreng tenggelamkan roti), sila pi beli dulu sebab kita nak goreng ‘Deep fried’ gitu..

Inti
Butter untuk menumis
Bawang merah – potong dadu
Isi ayam – potong dadu
Sausage – potong dadu
Capsicum – potong dadu
Cili Merah – cincang  halus kecik dadu
Kentang – potong dadu
Semua laaa potong dadu, kecik comel sebab nak buh dalam roti nanti. Kalau besar gabak nanti rotinya tak boleh tutup atau setiap roti tak dapat inti yang sama. Tak aci nanti.

Beberapa keping cheese slice –  Nina pakai dalam 5-6  keping untuk sebuku roti punya inti
Tepung gandung dalam 2 sudu besar
Susu UHT / kalau takde pakai aje susu tepung anak. Asal ada. Cuma susu pekat manis atau susu cair memangggg tak sesuai, jangan tau!
Kuantiti dalam satu cawan atau bergantung pada kuantiti inti setelah semuanya di potong dadu. Janji semua inti bersalut susu. Tak mo cair atau berkuah sangat, nanti roti nya lembab dan koyak masa nak goreng nanti.
Tambahan :- kalau ada mixed herb ke atau oregano ke boleh laaa tabur sikit salah satu.

Resipi Roti Goreng Carbonara Homemade Tanpa Sos Segera

Cara masak Roti Goreng Carbonara Homemade
1.  Memula goreng semua bahan inti (isi ayam, sausage, kentang, ) minyak tak payah banyak sangat. Kemudian ketepikan.  Sekarang kita buat sosnya …
2.  Tumis bawang merah sampai keemasan dan wangi
3.  Pastu masukkan tepung gandum. Kacau laju-laju pakai whisk lagi senang supaya tak berketul, sikit brown masukkan susu UHT masak sampai mendidih.
4.  Pastu masukkan capsicum dan bahan inti yang dah digoreng tadi. Masak kasi mesra inti bersama susu tadi.
5.  Kemudian masukkan cheese slice. Kalau korang bajet lebih memang sedap taburkan mozarella… Kita bajet ciput maka pakai aje cheese slice. Janji cheese! Sos akan pekat likat dengan adanya cheese tadi. Kot rasa kering sangat boleh laaa tambah sikit lagi susu UHT. Cuma disarankan jangan banyak sangat nanti payah nak goreng. Asal inti melekat ngan sos dah sedap daaaa
6.  Mana yang ada Italian Herbs ke, Oregano ke, Mixed Herbs ke boleh laaa tabur sikit salah satu herbs tu. Rasa sikit flavor omputeh nya.  Lagi sedap kononnya. Kot tak de tak yah merengek suh suami belikan…
7. Dah siap semua tutup api dan sejukkan.  Sabar yaaa bawak bertenang…
Bukan apa, inti tu panas-panas buh atas roti nanti rotinya akan koyak.  Tunggu  sejuk dulu naaa…

(Video ni sebagai rujukan cara isi inti dalam roti tanpa ada baki lebihan roti. Style bulat-bulat tekap pakai cawan tu nanti akan adanya baki keliling roti. Tak baik membazirkannnn? So boleh follow cara Karipap Roti Sardine?

8. Inti dah sejuk, moh lerr kita teruskan proses jadikan roti goreng berinti.
9. Sediakan roti, letakkan inti kat tengah-tengah roti, tutup inti dengan roti ala-ala sandwish pastu tekap dengan cawan keliling inti roti untuk dapat bentuk bulat. Tekan-tekan sikit keliling roti kasi semuanya rapat. Buat sampai habis.   Atau follow jer  cara letak inti dalam video ROTI KARIPAP SARDINE. Style gini tak akan baki lebihan roti. Lebih jimat.
10. Kemudian goreng.

TIPS GORENG
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan roti. Api jangan besar nau, nanti hangus lak, api sederhana panas. Bukan sederhana kecik. Gituh!

Inti dah siap masak, so tak payah risau. Kita cuma goreng roti ni buat syarat jerr nak bagi garing rangup gitu. Kejap jer kasi brown , balikkan dah boleh angkat dan hidangkan…

Yang selalu dok complain nanti roti masuk minyak, too oily sampai kembang tekak nak makan tuu sebab goreng minyak tak panas, pastu lama sangat sebab api kecik sebab tu roti tu serap minyak.. faheyyy doh?

Okey… Bila tekap dengan cawan atau gelas bentuk bulat memang cantik comel jerrr… Cumanya nanti akan ada banyak baki keliling roti.
Jangan risau! Nanti pasni Nina share mau di buat apa sama lebihan roti tuu.. Jangan buang tau! Tak baik membazir. Tu kan amalan syaitonnnnn.

Okies, selamat mencuba!

Resepi Spaghetti Carbonara Paling Senang Sedap

Baca : Step by Step Cara Masak Pasta Carbonara Homemade Tanpa Sos Segera. Senang jer…

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi Tagged With: breakfast, Kids Menu, kudap kudapan, menu anak-anak, menu minum petang, Pasta Carbonara, Resipi Homemade, Roti, Roti Goreng Carbonara, Sarapan, Sos Carbonara Tanpa Sos Segera, Step by Step Masak Pasta Carbonara, Western Menu

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. Hi apakatamommy says

    June 16, 2020 at 10:20 am

    Nampak menyenangkan buat sarapan pagi untuk anak. Anak memang suka roti. Terima kasih

    Reply
  2. Ardini Humaira says

    June 16, 2020 at 11:06 am

    Simple je. Boleh try buat ni. Tq kongsi resepi

    Reply
  3. ummi nani says

    June 16, 2020 at 9:39 pm

    wah menarik, boleh cuba nanti

    Reply
  4. Eiza GreenAppleKu says

    June 16, 2020 at 10:46 pm

    Dapnya… nanti boleh cuba ni.

    Reply
  5. Nadia johari says

    June 17, 2020 at 12:41 am

    Sedap sngt ni.. Pasni tolong buatkan jela kak.. Hahah

    Reply
  6. Mas FVOME says

    June 17, 2020 at 6:43 am

    sedapnyaa..boleh buat bisnes nie sis..confirm laris

    Reply
  7. Ariffawany says

    June 17, 2020 at 6:52 am

    terujaaa nk try niiii…. tqq

    Reply
  8. sueizza says

    June 17, 2020 at 10:53 am

    sukaaaa la buat org terliur….bak skit hahahha

    Reply
  9. Fiza Aizzawa says

    June 17, 2020 at 11:46 am

    Rajinnya kak nina.. nampak sedap.. gambar cantik.. tq sharing resipi..

    Reply
  10. Ai says

    June 18, 2020 at 1:04 am

    Hurmmm lapar aca entri kak nina.

    Reply
  11. Marshaliza says

    June 18, 2020 at 7:21 am

    Wah nanti nak buat popia carbonara boleh amik resepi kak nina lah…tak perlu beli sos segera dah. Sedap pun sedap

    Reply
  12. Mama Kembar Tiga says

    June 19, 2020 at 8:57 am

    Weekend ni leh laa nak try buat, anak anak i mesti suka ni

    Reply
  13. Radhia says

    June 20, 2020 at 9:02 am

    owh..tak ada la susah nak buat. nak try jugaklah buat guna resipe nina ni

    Reply
  14. Marina says

    June 23, 2020 at 10:47 pm

    Sedapnye kak nina. Boleh cuba ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Sudah daftar untuk vaksinkan diri korang ?
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN
    By : Tiffin Biru
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • KHASIAT DAN MANFAAT TIMUN JERUK UNTUK KESIHATAN
    By : Saidila Lifestyle
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa