• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Ada SPF Dan Tidak Berminyak

April 27, 2020 by Nina Mirza 20 Comments

Hai korang! Lagi buat apa tu..? Sepanjang tempoh PKP ni kita semua #DudukRumah jer kannn.. Saja nak tanya korang, walaupun duduk dalam rumah korang tahu tak kita tetap kena pakai sunscreen setiap hari? Fungsi Cara Pakai CC Cream Sunscreen

Ya, duduk di rumah pun wajib pakai sun screen

Ini lah rutin penjagaan wajah Nina setiap hari without failed. Rasa tak lengkap kalau tak pakai sunscreen. Bukan apa, sejak remaja lagi Nina dah terbiasa  dengan rutin ini, so mungkin  sebab ni laaa wajah Nina tiada masalah jeragat walau dah berusia patplohan.

Kulit wajah Nina jenis kombinasi. Area T-Zone sikit berminyak dan kering kat area pipi. Bukan mudah nak cari sun screen yang sesuai sebab ada tu bila dah beberapa jam pakai nanti muka jadi berminyak sangat kat area t-zone!  Huhuuu . . . Tak suka!

REVIEW GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

Mmmmm . . . Sekarang Nina pakai CC Cream dari Hansaegee Nature ni .!! Ada SPF50+ PA+++ sebagai sunscreen juga.  Best  weyhhh…
Bukan sekadar sunscreen tau.  Kenapa best,  teruskan baca sampai habis naaaa

Muka tidak lagi berminyak  pakai CC Cream ni  dan Cik J (jerawat) pun idok lerr menjelma. Seram oooo kalau Cik J muncul. Dah ada seketul risau nanti dia berjemaah datang bawak kengkawan. Oh tidak!

Masalah nya bila dah ada Cik J nanti nak bersiap akan ambil masa lama. Yelah … nak kena pakai basic skin care, pastu pakai primer, pakai foundation, nak kena tepek concealer tutup jerawat tu, pastu loose powder lagi. Belum lagi pakai eye shadow, blusher, shading bagai. Betapa banyak step daaaa.. HAhaaa . . . . Biasalah MakMak. HEhee

Bila lambat bersiap paling Nina risau bila Geng dah lama menunggu, dengan selamba nanti dia akan terus start engine kete dan tunggu dalam kete. Oh my oh myy… Masa ni dah kelam kelibut memang huru hara jadinya muka ni. Aarrgghh… Stress ooo..!!

Gold Nano CC Cream by Hansaegee Nature

GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

Ahaa… Nak share ngan korang. Dah 2 minggu Nina pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni. Dengan pakai CC Cream ni, Nina dah skip banyak step dan jimat masa bersiap.

Apa BEST nya Gold Nano CC Cream by Hansaegee Nature?

Buat yang kenali Nina, sejak dulu Nina biasa pakai BB Cream  sebagai basic skin care Nina dan sekarang Nina beralih ke CC Cream. Kenapa CC Cream?

CC Cream – All in one!

Okey, memula sekali  CC Cream ni bermaksud Colour Control Cream, ianya adalah krim siang all in one! Saat CC Cream di sapu ke wajah, ia mampu seimbangkan tona wajah kita so wajah akan tampak lebih cerah, glowing dan berseri-seri.

Sejak pakai CC Cream, jimat masa bersiap! Nina dah tak perlu nak pakai sunscreen, primer, foundation, concealer sebab dengan CC Cream jer dah settle cukup cover step-step tadi. Best kannn?

Kebaikan Anti-Wrinkle

Bukan  tu aje, benefit dalam Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni ada manfaat dan kebaikan anti-wrinkle . Sememangnya sesuai dengan usia dan keperluan wajah Nina.

SPF 50+ PA +++

Skin tone Nina berwarna cerah dan Nina memang prefer kadar SPF yang lebih tinggi dari SPF15 untuk lindungi wajah Nina dari matahari. Dengan ada nya SPF 50+ PA+++ , bukan setakat mampu melindungi wajah dari matahari malah UVA dan UVB.  Kalau korang nak tahu, adanya PA+++ boleh membantu kulit muka dari pembentukan jeragat dan kedutan.  Sebab tu laaa Nina pakai Gold Nano CC Cream ni as daily use.

Water Proof

BEST SUNSCREEN TAK BERMINYAK TAK CAPUK GOLD NANO CC CREAM

Ni paling best! Bukan apa, walau dok kat rumah sambil buat keje, nak nak waktu tengahhari atau sambil bersenam muka ke masak ke, muka  kita akan berminyak dan berpeloh sakan. Berlemuihhh kata orang utara. HAhaaa…
Dengan  Gold Nano CC Cream ni tidak berminyak sama sekali. Muka kekal glowing dan tak bercapuk. Hastag #AkuSuka

Dengan pemakaian  Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature kulit wajah Nina tampak  glowing, fresh, tona wajah sekata dan berseri kann?

GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

See! Ada beza kannn kiri dan kanan?
Sebenarnya segan nak puji diri sendiri tapi itu laaa hakikatnya. Chewahh … Tapi betulkann?? HEhee . . . Nina suka light light make up gini untuk daily use.

Dengan pemakaian CC Cream ni pun mampu buat wajah berseri macam pakai make up.
Dengan CC Cream ni mampu tutup cela kat wajah, tutup lingkaran hitam bawah mata.
Dengan CC Cream ni ianya bertindak mengekalkan kelembapan wajah kekal lembab sepanjang hari, tak berminyak dan sekaligus merawat kulit wajah dari kedutan. Bab kedutan ni memang Nina obsess. Sedar diri kita dah berusia. Huhuu

CC CReam BEST Glowing Water Proof long-lasting

Nina suka packaging dia. Cantik!  Penutup dia twister lock, jenis ketat dan dua kali pusing jer dah lock. Senang!

CC Cream ni  jenis tiub dan berasakan plastik . Selamat! Tak risau pecah kalau terjatuh atau terhentak. Jenis tiub ni senang nak pakai, picit jer.. Lubang dia pun kecik so tak risau tertekan lebih. Senang nak control jumlah nak pakai. Size nya 50ml sedang elok muat simpan dalam hadbag.

Tengok ni..
Tekstur nya ringan, moisture, not oily.  Senang di blend!

BEST GOLD NANO CC CREAM Moisture, light, water proof

Lagi best kannnn, dengan pakai Gold Nano CC Cream ni make up lagi cantik. Bila pakai eye shadow warna lebih pigmented dan tahan lebih lama. Tak payah dok touch up. So memang bagus pakai CC Cream ni as make up base. Pakai foundation nanti warna lebih long lasting dan makeup tak crack.

Fungsi Cara Pakai CC Cream Sunscreen

MAKE UP BASE GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

Tengok gambar ni
Ternyata perbezaannya kannn bila pakai CC Cream Hansaegee Nature?

Ada 3 bahan asas yang Gold Nano CC Cream ini :-

🌼 “Air Mineral” – Pastikan kulit seimbang SK, Memperkuat kedalaman menembusi kulit, Terlibat dalam vitamin aktif, meningkatkan keanjalan kulit.

🌼 “Ekstrak Budaya Ipomoea Hederacea Callus” – Meredakan kerengsaan kulit, Kesan anti-bakteria, Melegakan masalah kulit.

🌼 “Nano Gold” – Mencegah kulit penuaan, Sekat radiasi inframerah jauh, aktiviti antimikrob tinggi. Aktiviti antioksidan yang tinggi.
Menarik kannn?

CC Cream ini bebas dari sumber haiwan , paraben – free , sulfate – free , dan alcohol-free, so tak perlu risau ya kalau korang berkulit sensitive! Selamat. Tak caya Nina share kan bahan ingredients nya kot korang suka mentelaah.

Ingredient lain: Mineral Water, Cyclopentasiloxane, Propylene Glycol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl Ethylhexanoate, Caprylic/Capric, Triglyceride, Titanium Dioxide, 4-Methylbenzylidene Camphor, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Dimethicone, Niacinamide, PEG-10 Dimethicone, Quaternium-18 Bentonite, Sodium Chloride, Dimethicone/Vinyly Dimethicone Crosspolymer, CI 77492, Xanthan Gum,Silicon Dioxide, Fragrance, Butylene Glycol, Oryza Sativa (Rice) Callus Culture Extract, CI 77491, Disodium Edta, Allantion, Adenosine, CI 77499, Pulsatilla Koreana Extract, Zanthoxylum Piperitum Fruit Extract, Usnea Barbata (Lichen) Extract, Mica, Silica Dimethyl Silylate, Polyester-1, Colloidal Gold

Nah … Nina share cara pakai Gold Nano CC Cream

Fungsi Cara Pakai Gold Nano CC Cream SunScreen SPF tak berminyak

Senang jer cara pakai Gold Nano CC Cream ni.. Pakai jari jer! (tak payah brush)
Dap dap dap CC Cream ke seluruh wajah, senang di blend , cepat meresap, tidak melekit. Walaupun warna nya putih, lepas blend rata seluruh wajah, naturally warna tukar ikut skin colour kita. Resultnya wajah lebih nampak luminous glowing, cerah, fresh dan berseri-seri. Ia juga melembabkan kulit sepanjang hari!

REVIEW GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

Yang suka light light makeup macam Nina, just add lipbalm. Gini jer dah cukup. Simple, ringkas dan cepat siap untuk daily routine. Mudah jer kannn..?
Sesuai sangat untuk kita kita ni terutama kaum wanita di Malaysia ni.
Kalau korang suka make up lebih, lepas dah blend boleh laaa sambung step step makeup korang.

KOREA BEAUTY SKIN CARE HANSAEGEE NATURE

Kat mana nak beli?

Senang jer… Korang boleh terus purchase di Hansaegee Nature website Gold Nano CC Cream

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan Gold Nano CC Cream ni  korang pi laaa mentelaah di

Brand : Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: www.facebook.com/HansaegeeNature
YouTube page: www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Okey, please #StayAtHome dan walaupun duduk di rumah jangan lupa pakai sun screen yaa, supaya bila tamatnya tempoh PKP nanti kita akan tampak semakin berseri-seri gitu.. Jomm cantik sesama

Fungsi Dan Cara Pakai CC Cream Sunscreen Yang Ada SPF Dan Tidak Berminyak

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review, Tips Tagged With: Best Sunscreen, Cara Pakai, CC Cream, Fungsi Sunscreen SPF, glowing, Gold Nano CC Cream, Hansaegee Nature, nak cantik, SPF50 PA+++, Tak Berminyak

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. Sis Lin says

    April 28, 2020 at 11:54 am

    Betul sangat, kalau duduk rumah pun kena pakai sunblock dan produk penjagaan muka, kecuali makeup..Sis pun kadang kalau takde keje, pakai gak makeup, saje hilang gian hahahaha…tapi ni lama le tak pakai sejak PKP..
    Nengok produk suncreen Hansagae ni macam best plak..nak tengok kat Shopee laa hehehe…

    Reply
  2. Rane Chin says

    April 28, 2020 at 4:02 pm

    It’s so convenient to use the CC Cream. I am using sunscreen at home too. tak nak jadi hitam selepas MCO haha

    Reply
  3. Fadima Mooneira says

    April 28, 2020 at 6:23 pm

    Yup……. I agree dengan you. Sunscreen memang patut pakai walaupun indoor. Especially those yg workstation nyer bawah lampu.

    Reply
  4. Muhamad Mawardi Mat Yunus says

    April 28, 2020 at 7:15 pm

    Walau kat mana pun kesihatan kulit kita kena jaga kan. btw produk ni nampak bagus.

    Reply
  5. Ezna says

    April 28, 2020 at 8:25 pm

    Sis pernah pakai satu produk ni. Muka jadi bercapuk. Memang sis pangkah produk tu dah. Now sis jumpa dah sunscreen yg sis sesuai. Kena pakai sebab cahaya matahari sekarang ni punyalah bahang.

    Reply
  6. Farahh says

    April 28, 2020 at 9:39 pm

    Currently just beli CC Cream Sunscreen. Saja nak try. Before ni pakai sunscreen biasa tu. thanks share those benefit. Hope kulit wajah bertambah ok sikit lah kan. I wish for the best result hehe

    Reply
  7. Aliza Sara says

    April 28, 2020 at 11:08 pm

    Cantiknya pigment lepas pakai sunblock.. kulit pun tk nampak kilat mana lepas pakai. Boleh consider nih! Terima kasih sudi kongsi.

    Reply
  8. Hanny Abdullah says

    April 29, 2020 at 12:22 am

    Aduhh sejak PKP ni sampai lupa nak jaga muka. Tq Nina ingatkan. Ramai yg kata produk ni bagus, nanti bolehlah cuba

    Reply
  9. Eiza GreenAppleKu says

    April 29, 2020 at 6:36 am

    Alamak…rasa macam dah jatuh hati kat CC cream ni. Nak kena beli jugalah. All in one. Jimat masa nak bersiap. Stay safe. Salam Ramadan Nina.

    Reply
  10. Hayati Suki says

    April 29, 2020 at 7:27 am

    Sunscreen mmg item wajib pakai walaupun kat rumah. Nak masak kena haba api. Nk jemir kain sure kena matahari juga.
    So pakai la. Kulit kte pun akan happy sebab ada protection.

    Reply
  11. RAIHANAH AHMAD says

    April 29, 2020 at 7:31 am

    krim spf paling risau bab bercapuk mekap la kan. dan memang cuaca malaysia perlukan spf 50

    Reply
  12. Zaza Azman says

    April 29, 2020 at 11:14 am

    Bestnya tekstur cc cream dia. Suka kalau cc cream yg blend terus ke kulit dan nmpk glowing ni. Boleh la cuba brand ni pula lepas habis cc cream nutox za ni

    Reply
  13. Marina says

    April 29, 2020 at 11:35 am

    Menariknya cc cream ni. Nampak perbezaan kalau guna cc cream ni. Warna mekap lebih menyerlah

    Reply
  14. Nadia says

    April 29, 2020 at 11:43 am

    Sebenarnya nd da lama cari sunscreen yg tidak berminyak nie.. Yela klu pakai rasa mcm xselesa je..melekit2.. Now da jmpa pn sunscreen yg tak berminyak nie.. Nd nk try guna cc cream nie la.. Tq sis sudi share..

    Reply
  15. Princesa3290 says

    April 29, 2020 at 1:03 pm

    betul tu, saya pun pernah terbaca, sunscreen ni, bukan hanya pakai bila nak berjemur, tapi ddk rumah pun kena pakai, barulah berseri2!

    Reply
  16. Halimah says

    April 29, 2020 at 1:10 pm

    Bila duk umah ni dah jd mls nak pakai apa2 okaylsh sharing camner nak guna sbb kak mmg blur skt bab2 mcm ni

    Reply
  17. adianiez AIDA says

    April 30, 2020 at 10:44 am

    warna make up tu lebih menyerlah ekk?
    if not, pudar aje warna nyer, tak cantik…
    glowing lagi. hmmmm abis pkp nanti, memang gojes tertarik menarik lah dgn cc cream ni.

    Reply
  18. NIa says

    May 4, 2020 at 3:50 pm

    Saya pun pernah baca walaupun kat rumah kena pakai sunscreen, barulah wajah akan tampak semakin berseri-seri ..

    Reply
  19. Inta nadya says

    August 4, 2020 at 2:42 pm

    Baru tau sunscreen kena pakai walau k rumah je. Maksih infonya,

    Reply

Trackbacks

  1. TIPS Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Rosak Sebab Sunburn says:
    October 5, 2020 at 4:06 pm

    […] Kalau nak citer panjang berjela-jela tentang Gold Nano CC Cream ni  sebab banyak kelebihan dan manfaat untuk kulit wajah kita. Shortcut cerita, untuk tahu lebih lanjut Nina dah share  : Gold Nano CC Cream bukan sekadar sunscreen […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Sudah daftar untuk vaksinkan diri korang ?
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN
    By : Tiffin Biru
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • KHASIAT DAN MANFAAT TIMUN JERUK UNTUK KESIHATAN
    By : Saidila Lifestyle
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa