• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

#PKP ni mama kalut weyhh… Telur masak kicap jer ya sayang

April 9, 2020 by Nina Mirza 2 Comments

Ya Ampun…  Hari ni penuh dengan kekalutan. Huru hara rasa! Nak nangis pun ada… Huhuu . . Cikgu² dok buat group tambahan #PKP per subjek , cer teka agak² berapa laaaa juta group ada dalam hp Nina ni . Tulun tulunnn…!! Huwaaaa Resipi TELUR MASAK KICAP SEDAP

Anak yang sekolah 4 orang, serius weyhh…
Sikit lagi habis fikir tadi rasa nak uninstall whatsapp dan Google ClassRoom. 😢

Salute laaa pada cikgu² yang gigih memberi tunjuk ajar, mencurah ilmu sepanjang #PerintahKawalanPergerakan ni. Hebat Cikgu!
Anak² pun sama tabah mengharunginya..
Anak² dalam Group tuh dah dok berzikir nak pi sekolah. Cikgu bagi icon 😊😍 jer…
Bukan mudah belajar online ni.. Betapa besar jasa guru ni kannnn? Baru depa feel rasa rindu kat cikgu. 😂😂

Homework depa comel ..!!
Karangan BM ada 5 soalan, ku fikirkan pilih satu, rupanya ‘Sila jawab kesemuanya’ 😅

Masuk lak group English, ada 10 soalan karangan. Ok ok.. Takkan buat semua lak kann.. Opkos pilih soalan kann.. Dalam hati dok berkata-kata. (ayat sedapkan hati)

Oh my oh my…. Wajib buat semua! 😱
Ok, ni baru 2 subjek untuk seorang anak. Bayangkan…
Sila bayangkannnn X 4 anak?
Dan semuanya dok pulun hp mama ni jerrr…

Sesungguhnya kita stress. Pelbagai silibus, pelbagai soalan non stop kita dapat.
Rasa cikgu pun tak struggle macam gini kannnn..

Eh.. Terluah lak..

Okies, cut!
#menujimat ari ni bukan jer jimat,
#menucepat pun iyer jugak.
Fikiran ni dok berangan.. Indahnya kalau pakcik Ayam Goreng singgit tu niaga sekarang , confirm Nina beli jer .. Tak payah masak! 😬🙊

Resipi TELUR MASAK KICAP SEDAP

Lauk ari ni Telur masak kicap jer sayang…
Malam karang kita sambung buat homework dan task PowerPoint Sains eh..

Korang, takyah share resipi laaa kot kannn
Masak kicap jer pun 😁😁

Penafian : kita bukannya mengeluh tapi sekadar berkongsi. Rasanya ramai jugak yang alami rasa yang sama cam kita kannn? Entah entah ada yang punya masalah yang lebih hebat lagi.. Allahu, Syukur Alhamdulillah, apa lah sangat ni kannnn?

Buat kengkawan lain yang dok bising takde keje nak buat sepanjang PKP ni, boring laaa, takde aktivti laaa, bosan laaaa, jemu dah dok tonton movie bla bla blaaaa…. Bersyukur laaa bebanyak.

Ada insan lain yang kelam kelibut huru hara mengharungi detik cemas ini. Berperang untuk menakluki hp mama ngan anak² ni haa untuk siapkan homework sekolah derang. 😂😂

Inilah kenangan kita . . .

#NinaMirza #KBBA9  #TelurMasakKicapSedap

Resipi TELUR MASAK KICAP SEDAP

Resipi TELUR MASAK KICAP SEDAP #PKP

Bahan-bahan
3-4 biji telur – goreng mata kerbau (jangan tanya mana dapat nama tu, tak de pun kerbaunya) . Favorite anak-anak suka part telur kuningnya ½ cook! Nyummy
1 biji bawang besar – hiris jer
3 ulas bawang putih – nak cepat ketuk jer
Beberapa cili merah, cili hijau (nak pedas buh cili padi)
1 biji Tomato potong baji
Kicap lemak manis JALEN
Sedikit sos tiram Jalen
Air
Minyak tuk menumis

Cara masak
1. Telur yang dah di goreng ala telur mata kerbau tu ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau wangi. Kot masa masak tu korang selsema hidung tersumbat, nampak dah kuning kekuningan tu pass laaa…
3. Masukkan air.. Masak hingga mendidih. Sebatikan rasa tumisan dan air.
4. Masukkan kicap lemak manis Jalen dan sedikit sos tiram. Kombinasi dua ni aje dah cukup menyedapkan masakan.
5. Masak sampai mendidih, pastu masukkan tomato kasi seimbangkan ada rasa original masam sikit. Pastu cili merah, cili hijau potong.
6. Curahkan kuah atas telur mata kerbau tadi . Makan dengan nasi panas-panas memang syiokk… Laju jer anak-anak makan! Settel menu paling cepat ringkas gerenti licin! Alhamdulillah

So ini aje menu yang termampu di kala masa tak mengizinkan. Jangan mengade tanya video tutorial masak. Bababb kang. . Kita lagi kalut mana done nak bikin video. Masak kicap jer kot! 🙈

Maka nya… Time management amat lah penting. Tapi memang selalu akan ke laut masa tu berenang-renang mencari tepian. Sempat berfalsampah! HAhaha..

Korang lak apa menu paling ringkas cepat di masak ?

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Parenting, Personal, Resepi, Tips Tagged With: #DudukRumah, #StayHome, menu #PKP, menu anak-anak, menu cepat, menu jimat, Menu Ringkas, resepi mudah, telur masak kicap

  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL



Comments

  1. Dorsett Pink says

    April 9, 2020 at 9:41 am

    Hebat kak nina. Walaupun kalut dan stress, masih lagi sempat masak. salute la..

    Reply
  2. Young And Active? Play Cricket Then ! says

    May 20, 2020 at 4:54 pm

    This is an interesting recipe I meet for the first time. Thank you for telling us in detail and explaining how to cook it correctly. I”ll definitely cook it next weekend.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa