Sarapan Pagi Susu Dutch Lady

Jangan skip Sarapan! Susu Dutch Lady dan Kellogg’s ringkas mudah berkhasiat

Korang sarapan apa pagi tadi? Korang tau tak sarapan pagi merupakan menu penting yang harus korang ambik. Tak boleh skip! Walaupun korang tengah diet. Sebenarnya kannn,  sedang jaga diet lah wajib ambik sarapan. Sarapan Pagi Susu Dutch Lady

Sebab apa tau, bila kita skip makan, nanti kita akan makan lebih banyak kuantitinya dari portion yang sepatutnya.  Tapi bila kita makan ikut time dalam kuantiti yang sepatutnya, nafsu makan lebih tu dapat dielakkan.

Cer fikir fikir kannn… setuju kann?
Maka sebaiknya makan sikit tapi kerap lagi bagus untuk kesihatan.

Sarapan Pagi Susu Dutch Lady

MakMak busy! Kebetulan lak macam janji sesama pakai biru..

Ok, nak sambung citer bab sarapan.. Kebiasaannya bila Nina ada urusan di waktu pagi,  time management Nina memang  out! Dok rushing sokmo dan dah tentu Nina akan TERskip sarapan.  MakMak kannn, siapkan keperluan anak lebih utama dan opkos masa makeup  aje dah makan masa. Sudahnya makan sarapan ke laut. HAhaa . . .

Pagi tu ari Nina ada urusan, dan waktu peak hours dengan jalan jammed sana jammed sini Nina lebih suka naik public transport. Mudah cepat murah dan selamat.  Nina naik LRT dari Gombak pastu turun kat LRT Ampang Park. Keluar jer touch card dengar “FREE BREAKFAST, Free Breakfast!”

Wahh … Ada FREE Breakfast! Perut pun memang tengah berkeroncong sebab tadi tak sempat sarapan, cepat-cepat Nina beratur.  Rezeki jangan di tolak iyer tak? Walaupun sebenarnya masa tu nak cepat gak. HEhee..

Sarapan Pagi Dengan Susu Dutch Lady

50,000 Set Sarapan Pagi Susu Dutch Lady Dan Cereal Kellogg’s  Percuma Untuk Warga Malaysia

Wah … Nina dapat Free Breakfast dari Dutch Lady and Cereal Kellog’s . Sedap ni..!! Nina suka sarapan sihat macam ni.  Cepat ringkas mudah disediakan dan paling penting ianya berkhasiat kaya dengan nutrisi lengkap untuk kita memulakan hari.

Wahh … 50,000 Set Sarapan PERCUMA dari Dutch Lady!

Rupanya 50,000 Set Sarapan Pagi Percuma ini diagihkan sepanjang Oktober mulai 21 hingga 31 Oktober  di stesen-stesen LRT di Lembah Klang terpilih.  Banyak tuuu…!! Bagusnya program Dutch Lady dan Kellogg’s  ni kannn..

Sempena hari terakhir kempen, Mr Tarang Gupta, Managing Director Dutch Lady Milk Industries Berhad dan Mr Anoop Abraham, Managing Director of Kellogg’s South East Asia turut sama turun padang mengagihkan pek sarapan ini

Sarapan Pagi Susu Dutch Lady

Beruntung kita, Bos Dutch Lady yang bagi kan kat kita! Tu senyum lebar tuu.. .

Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas susu. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

“Sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir. Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian” kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia untuk meningkatkan nutrisi sarapan mereka dengan segelas susu pada bulan Oktober ini!

Segelas susu melengkapkan sumber nutrien sarapan pagi

Ramjeet menambah: “Sarapan pagi seharusnya membekalkan 20 – 25% daripada keperluan nutrisi harian kita, tetapi bukannya semua makanan membekalkan semua nutrien yang kita perlukan . Sarapan pagi yang lazim di Malaysia, seperti nasi lemak atau sandwic tidak membekalkan semua nutrien yang kita perlukan pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, apabila anda memadankan segelas susu dengan sarapan pagi kegemaran anda, nutrien yang diperlukan pada waktu pagi dapat dicapai dengan mudah”.

Walaupun mudah untuk mengabaikan pengambilan sarapan pagi, tetapi ianya penting untuk memulakan hari dengan hidangan yang padat dan penuh dengan nutrisi sebagai keutamaan kita.

Malah, sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.

“Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia,” kata Ramjeet.

Sarapan Pagi Susu Dutch Lady

Serius sedap kombinasi Kellogg’s Malaysia cereal bersama Susu Dutch Lady Malaysia. Lebih berkhasiat dan lebih nutrisi.

Khasiat dan kebaikan Nutrisi Susu Dutch Lady

Memahami kebaikan nutrisi secara mendalam, kalsium dalam susu membantu kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat dan bagi orang dewasa pula, ianya mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang aktif. Selain kalsium, susu juga mengandungi nutrien penting lain seperti protein.

Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.

Jangan skip Sarapan!

“Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu, minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi,” kata Ramjeet.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh laaa layari
Facebook Dutch Lady Malaysia : www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk
atau https://www.dutchlady.com.my/events.php.

Sarapan Pagi Susu Dutch Lady

Diharap kempen sebegini akan di teruskan lagi  dari masa ke semasa dan banyak lagi badan korporat lain turut sama join memberi kesedaran pada umum akan kepentingan sarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang.

Kalau nak cepat macammana sekalipun , cereal dan susu antara menu sarapan paling cepat disediakan dan berkhasiat. Favorite anak-anak jugak.
Setuju kannn?

#NinaMirza #KBBA9
#BreakfastWithNo1MilkDutchLady
#dutchlady #kellogs #breakfast #milk #cereal

Sarapan Pagi Susu Dutch Lady

11 Comments
  • Yaya Natsumi
    Posted at 14:01h, 06 November Reply

    Memang favourite sangat ni minum susu dutch lady terutama perisa coklat dan strawberry! Dahlia suka perisa full cream yang untuk kanak-kanak tu. Lagi best makan dengan bijirin hee. Untunglah siapa dapat breakfast free time nak naik LRT tu hee

  • mekyunie
    Posted at 15:59h, 06 November Reply

    Sedapnya nina !
    Ni kalau travel memang akan beli kat anak untuk depa sarapan dalam bilik sebelum keluar.
    Nampak gaya mummy pun kena try jugalah next time.

  • Qeela
    Posted at 15:59h, 06 November Reply

    Wahh bestnyaa ada dpt free breakfast drp Dutch Lady! Combo breakfast yg menarik tuu susu dgn cereal hehe, sedap. Mmg betul, kena elakkan drp skip mkn especially breakfast

  • airah syahirah
    Posted at 02:08h, 07 November Reply

    Sedapnya sarapan susu dengan cereal. Airah memang peminat dutchlady. Memang terasa perbezaan kalau sarapan pagi atau tak

  • Zharif Azis
    Posted at 09:38h, 07 November Reply

    kita pon sempat grab hari tu dekat stesen LRT Ampang Park masa nak gi event. fiuhhh ramai gila yang beratur nak dapatkan pek sarapan percuma nie. best ! hopefully ada lagi promosi pek sarapan percuma nie di masa akan datang

  • ziana eunos
    Posted at 10:28h, 07 November Reply

    kalau gee suka minum susu dutchlady ni tambah dengan esp. sedap dan kenyang lama.

  • Wan Syahida
    Posted at 11:26h, 07 November Reply

    Saya memang pengguna susu Dutch lady!! Sebab hari hari pun minum susu. Bukan saja saya, malah anak-anak. Cuma Kellogs tu saya tak amik sangat sebab tinggi gula.

  • Ayu Rafikah
    Posted at 14:14h, 07 November Reply

    Sedapnya susu ni. Suka kalau dapat makan dengan bijirin. Memang kenyang sepanjang hari. And bagus juga untuk diet

  • RAIHANAH AHMAD
    Posted at 18:53h, 08 November Reply

    siapa yang nak sarapan pagi bolehlah cuba kellogs dan DL ni. mesti sedap ni

  • Veronica Chiao En
    Posted at 19:16h, 08 November Reply

    I am a big fan of dutch lady from a very young age.
    Now I am mother, I also give my daughter drink dutch lady too! 🙂
    yum yum yum…
    Dutch lady is good for baking and cooking too!

  • AlongMurni
    Posted at 20:30h, 12 November Reply

    Alaaa.. AM termiss nak dapatkan sarapan pagi bersama Dutch Lady aritu.. AM mmg pengguna tegar susu Dutch Lady.. Anak2 AM pun sama..

Post A Comment