• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai …

September 27, 2019 by Nina Mirza 25 Comments

Enjoy! OneDay Trip Tour de Singapore 

Travel Bajet Trip Murah Singapore

Yessszaaaaa …!!
Dah sampai Singapore. Selfie depan USS dulu… Sampai sini memang wajib selfie seketul kannn? Tanda aku dah sampai! Gitu … Setuju tak? 

Cantik laaa makeup Nina kat Singapore! Pakai  makeup apa? 

“Nina, tu ari you gi OneDay Trip Singapore kannn cantik lawa laaaa you masa kat sana. Nampak berseri your makeup dalam gambar. You pakai apa?”

Sebenarnya kannn lepas Nina upload beberapa gambar Trip Singapore tu ari, ramai juga kawan dok pm Nina tanya jenama makeup yang Nina guna kat sana. Katanya nampak berseri glowing gitu… Itu kata depa, kalau depa tipu, depa laaa yang tipu. 

ZV Beauty Collection Makeup BEST

Cehh … Rabak seyhhh seluar kita bila orang dok puji. Bohong laa kata tak seronok iyer tak.  Berkali-kali ku lompat bintang tau! HAhaaa. . . . Senyuman ni sokmo meleret tersimpul mati usah cakap laaa.. 

Ok di ringkaskan cerita , menjawab segala persoalan korang tu lagi senang dan memudahkan Nina share sini eh..

Korang pun sedia maklum, trip Singapore Nina ni sehari jer so masa  seharian yang ada di pulun kaw kaw tuk jelajah Negara Kota Singa. Masa amat padat sangat sebab Nina dan kengkawan ikut trip travel agen. Pepaham jer bila follow tour guide. Kita kena laaa beri kerjasama yang pegi sama tu kann . . . Setiap tempat tak leh nak santai posing lelama. Berpeloh lencun dek panas terik . Huhuu . . .

Nak bersiap kat RnR bukan mudah okey! Dengan mandi, ber skincare, ber makeup memang tak leh lama . Senang citer kena bawak makeup set yang on the go jer. 

ZV Beauty Collection Makeup BEST

Makeup Set On The Go ZV Beauty melengkapkan Tour de Singapore trip MakMak

Disebabkan travel sehari jer, Nina bawak satu jer backpack. Dan masa yang diperuntukkan untuk bersiap sangat limited maka Nina bawak yang penting-penting aje termasuk peralatan makeup.  Travel kena laaa melawa berseri sikit, nak ambik gambar kenangan kann.. Tak mo laa nampak pucat lesu. 

Precision Treatment Face Base Primer

Lepas siap mandi, basic skincare moisturizer Nina oleskan sikit Precision Primer ZV Beauty Collection. Disediakan dalam bentuk pump. Bagus! Mudah nak tekan. Tidak laaa membazir.  Untuk muka size comel cam Nina ni, satu pump dah cukup cover seluruh muka. Cepat meresap

Bercahayakan kesuraman penuh romantik dalam surau masa tu, Nina agak-agak jer sapu sampai rata. Pastu tengok cermin muka nampak  glowing!  Uniknya Primer ZV Beauty Collection ni dia ada salutan gold yang memberi efek lutsinar glowing gitu… Suka! 

ZV Beauty Precision Treatment Foundation

Yang ni paling Nina suka! Foundation dia best awak … 24hrs UV Protection, ada Argan Oil dan Marula Oil. Bagus sekaligus merawat kulit. Ada pump jugak. Nina pakai warna light mix sikit medium mintak Nani punya sikit. Kengkonon contour. Konon jerr Bukan reti sangat pun. HAhaa  . . .

Apa yang Nina suka ngan Foundation ni sebab bagi Nina dia full coverage. Kerr muka Nina tak de apa sangat nak cover. Entah ler… Warna dia mudah diratakan dan meresap dalam kulit. Kiranya selesa pakai, kulit muka ni dapat bernafas  dan tak rasa macam pakai bertopeng.  Ada 3 pilihan warna – light, medium, dark

ZV Beauty Precision Loose Powder

Lepas pakai foundation wajib ratakan wajah dengan loose powder. Serbuknya halus, ringan, translucent. Bertindak maintain kan makeup. Memang makeup kita maintain awak ..!! 

Bekas nya kecik comel, disertakan puff dan  siap ada cermin lagi.  Suka! Senang masuk dalam handbag  dan bebila masa kot nak touch up pun senang. Cermin dan wanita tak dapat dipisahkan. Mirror mirror… Cantikkan aku lepas makeup? Poyo perasan HAhaa . . .

ZV Beauty Eyeshadow

Tak lupa menaikkan seri wajah, nampak mata tu berseri segar fresh Nina oleskan eyeshadow ZV Beauty. Suka tau basic warna dia natural, tak over! Pigmented warna dia.. Cantik kannn…? Beginner macam Nina sesuai laa warna gini. Tak takut nak tenyeh. Hehee .. . . 

Disediakan dengan 4 warna dalam satu palette. Warna natural gini senang nak match ngan apa jua warna tudung, baju, event apa pun majlis mahupun lokasi.  Nak pegi jemput anak sekolah pun boleh pakai, pi travel pun boleh, pi majlis keramaian pun boleh. Jimat kannn..??

Dah cuba ZV Beauty Collection, apa kata Nina ?

Masa kat Singapore cuaca panas terik. Berpeloh usah cakap, lencun muka kita awakk.. Betul awakk… Serius tak sangka, makeup tahan kekal lama. Tak crack! Impress dengan Makeup Set ZV Beauty ni, makeup Nina maintain beb!

Seharian tau makeup bertapa kat muka Nina. Kita cuti tu ari. Paling best sebab makeup tak bercapuk! Hastag #AkuSuka . Bukan nak sanjung sangat tapi memang suka sebab result dia ni payah Nina nak jumpa dalam produk local kita. Terbaik laa… Tahniah ZV Beauty Collection. 

ZV Beauty Collection Makeup BEST

Masa ni dah petang tau, dalam jam 6.30pm.  Penat usah cakap. Kaki ni rasa dah tertanggal lutut buku lali kot. HAhaa.. Tapi bila tengok cermin kat loose powder ZV Beauty , Eh ehh … Masih lawa laaaa, automatik terus senyum bersemangat nak snap gambar! 

Kot korang pun TERsuka , pi laaa order whatsapp depa 
Order : http://www.wasap.my/+601128703549/HiZVBCIWanttoknowaboutyourproducts

Untuk yang rajin nak pi usha usha, pi intai FB IG depa 
FB : ZV Beauty Collection
IG : https://instagram.com/zvbeautycollection
Web : http://www.zvbc.my

So amacam? Dah terjawab segala persoalan korang kann…  No more rahsia. Kita pakai ZV Beauty Collection jer awak .. 

ZV Beauty Collection Makeup BEST

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review, Tips, Travel Tagged With: Eyeshadow BEST, Foundation best, Loose Powder, Make up cantik, nak cantik, Primer BEST, Singapore, Tips Make Up, Travel Bajet, ZV Beauty Collection

  • Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
    Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
  • 15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
    15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
  • Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
    Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
  • SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
    SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
  • APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
    APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
  • Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
    Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
  • Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
    Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
  • AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
    AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM



Comments

  1. ummi nani says

    September 27, 2019 at 10:19 pm

    Suka dia punya eye shadow?..colors lawa. Memang warna yang sesuai pakai harian gitu.

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says

    September 27, 2019 at 10:24 pm

    Tu laa senang kan guna ZV Beauty ni, makeup tahan lama tak yah dok ulang touch up. I like! Hehe

    Reply
  3. Yulia Fajrin says

    September 28, 2019 at 12:19 am

    Macam smooth je kan make up kak nina

    Reply
  4. Nadia Johari says

    September 28, 2019 at 1:05 am

    yeahh..memng cantiksnagt u alls..ehehe..ok..nnti usha makeup ni sat..mcm best pulak tgk

    Reply
  5. Salina Johari says

    September 28, 2019 at 7:57 am

    Eh betul la..color eyeshadow tu sesuai sangat untuk makeup kerja seharian. Nanti Sal nak try usharrr …

    Reply
  6. Red Linda says

    September 30, 2019 at 12:10 pm

    memang best kalau makeup jenis travel friendly/travel pack sebab kalau boleh nak yg simple tapi cover menyeluruh dan mudah dibawa..

    yang penting x kena rampas masa lalu kastam kat airport.hahahaha.adohai..

    Reply
  7. Fas says

    September 30, 2019 at 12:38 pm

    Belum pernah cuba ZV Beauty Collection ni… packagingnya nampak menarik dan standard antarabangsa… akan usha nanti… berapa harganya agaknya?

    Reply
  8. Eiza GreenAppleKu says

    September 30, 2019 at 3:40 pm

    Nanti boleh cubalah produk ZV Beauty ni. Sis dah terbekenan dekat primer dia tu. Eye shadow dia pun nampak boleh dijadikan shading tu.

    Reply
  9. mekyunie says

    September 30, 2019 at 6:19 pm

    alamak nina. mek dah macam berkenan ni. make up set on the go tapi cantik cun bila bergambar. sat g mek pulak cantik. kahkah.

    Reply
  10. Mahamahu says

    September 30, 2019 at 10:10 pm

    Bestnya dapat makeup dan juga dapat travel sekali hehehehe orang perempuan suka lah ada produk macam ni senang nak guna dan kalau tahan laman senang nak cuci ker nanti hehehehe Untuk orang lelaku tak ada ker wakakakaka…

    Reply
  11. Slumberlady says

    September 30, 2019 at 11:19 pm

    Time travel kena cantik dan muka camera ready. Pallette eye shadow tu sesuai sgt utk natural look.

    Reply
  12. Marina says

    October 1, 2019 at 7:21 am

    Nanti nak try la loose powder zv beauty. Macam best je. Eyeshadow pon macam cantik je

    Reply
  13. Ayu Rafikah says

    October 1, 2019 at 10:27 am

    Bagusnya produk ni. Pertamanua sbb ianya produk lokal so ramuan kita tak rasa was-was. Then sgt cantik bila mekap utk org asia

    Reply
  14. Veronica ~ says

    October 1, 2019 at 10:40 am

    Cantiknya! I sangat suka compact punya benda! This is like everything I suka!
    Once saya punya foundation dah habis~will consider changing to ZV~
    Thanks for sharing!

    Reply
  15. Nur @ DeCamellia says

    October 1, 2019 at 10:59 am

    Cantiknya eye shadow dia. Memang kena dgn kulit nina. On point gitu. Nampak fresh je seharian dekat Singapore

    Reply
  16. De Alif says

    October 1, 2019 at 1:02 pm

    Travel friendly ye produk ni… one whole day but still nampak okay gitu… banyak juga pilihan produknya… thanks for the info sis…

    Reply
  17. izaramli says

    October 1, 2019 at 3:21 pm

    a’ah la makeup stay je. macam best je produk ni. Iza tak pernah try lagi. nanti nak try la.

    Reply
  18. AlongMurni says

    October 1, 2019 at 6:34 pm

    AM juga salah Seorg pengguna produk ZV.. Mmg puas hati terutama Foundation ZV.. Hujung bulan nie nak purchase lg..

    Reply
  19. Cindy tong says

    October 1, 2019 at 11:00 pm

    Miss juga universal studio ni!nak pergi lagi

    Reply
  20. RAIHANAH AHMAD says

    October 2, 2019 at 9:19 am

    cantik tu must have collection

    Reply
  21. precious cla says

    October 2, 2019 at 11:28 am

    Rasanya kali terakhir I pergi Singapore 10 years ago. Amazing trip and your photos are so lovely.

    Reply
  22. Mohamad Khairil Bin Hassan says

    October 2, 2019 at 11:53 am

    bestnya pergi singapore. berapa ya utk pakej daytrip tu? teringin nak pergi jugak sebenarnya. btw first time tau produk ni. nampak meyakinkan. terima kasih share ya

    Reply
  23. sueizza says

    October 3, 2019 at 7:57 am

    sue suka foundationnya,besttt try kak dila punya hari tu

    Reply
  24. Qiss says

    October 7, 2019 at 8:01 am

    Suka betul tengok koleksi ZV Beauty ni. Qiss boleh cuba nanti sebab kebetulan Qiss sukakan mekap. Boleh buat koleksi tambahan ni

    Reply

Trackbacks

  1. WAJAH TAMPIL CANTIK DAN SEGAR DENGAN SET MAKE UP DARI ZV BEAUTY COLLECTION - SAIDILADOTCOM says:
    October 10, 2019 at 5:14 pm

    […] dibawa travel. Tak caya ? kalau tak percaya boleh tengok video ni. Aku dan kawan-kawan travel aku Nina Mirza , Hanani dan Shehan bukan sahaja guna tapi kami gigih bawa produk ni sampai ke Singapore […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI PULUT SERUNDING
    By : Tiffin Biru
  • Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?
    By : Ben Ashaari
  • Dengki Ke ?
    By : Saidila Lifestyle
  • MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA
    By : Sohoque
  • Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!
    By : Hafiz Rahim
  • Jangan Putus Asa
    By : Mama Kembar Tiga
  • KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL
    By : YB Shehan

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa