Klinik Pergigian Erfa

Ku Kembali lagi! Ohhh.. Klinik Pergigian Erfa | Klinik Gigi BEST kat KL

Ku kembali lagi! Ohh …  Klinik Pergigian Erfa | Klinik Gigi BEST kat KL

Kenapa perlu rawatan scaling gigi

Eeewwwww….!! Rasa nak muntah hijo tak tengok ni?? Bluueekkk . . .. Sila pi  muntah jauh-jauh naa.. Ini lah akibatnya tak jaga kebersihan gigi. Berapa tahun tak gosok gigi ni?! Confirm nafas ada bauuuuuu.. Eeewww!! Dah laa tak jaga gigi dan dah tentu tak pegi klinik gigi dapatkan rawatan kot orang ni? Klinik Pergigian Erfa | Klinik Gigi BEST KL

Eh Ehh …Sila noted yaaa.. Gambar atas ni bukan gigi Nina tau! Gambar contoh aje.

Scaling gigi

Bila last korang pi klinik gigi?
Tentu korang pi klinik gigi sebab gigi sakit kann?
Bila last korang scaling gigi?
Korang tau tak korang kena pi jumpa doctor gigi sebaiknya 6 bulan sekali?
Ker korang ingat setahun sekali?
Walaupun gigi korang ok jer… Tak sakit, tak de lubang?
Ker jumpa doctor gigi hanya bila gigi sakit?

Betapa punya banyak soalan daaa.. HAhaa..
Gambar atas ni pun BUKAN gigi Nina. Nampak tak beza gigi bersih selepas scaling. Penting tau scaling ni sebab dengan memberus gigi biasa tak akan boleh hilangkan karang gigi. Memang kena gak pi klinik gigi bersihkan.

Kalau tak jaga, tak dibuang karang gigi tu, bukan aje gigi rosak malah akan memudaratkan gusi.   Gigi boleh tertanggal terkeluar dari gusi. Maka nanti akan rongak! Buruk weyhh. . . .

Healthy Gums. Gingivitis. Moderate Periodontitis. Advanced Periodontitis.

Tapi ini lah hakikat yang kita semua kena telan. Walau takut, trauma, seram macam nampak hantu bila tengok doktor gigi, sebaiknya kena jumpa doktor gigi sekurangnya 6 bulan sekali. Jangan risau, belum pernah lagi Nina baca berita doktor gigi telan pesakit!  Hakikatnya Nina pun sama takut doctor gigi. HAhaa . . .

Ohhh . . . Klinik Pergigian Erfa KL
Ku kembali lagi setelah 2 tahun berlalu

Klinik Pergigian Erfa

Ahaa  . . . Atas kesedaran betapa pentingnya rawatan scaling gigi setiap 6 bulan sekali atau sekurangnya setahun sekali, Nina terpaksa kembali lagi ke Klinik Pergigian Erfa KL tuk dapatkan rawatan.

Sejujurnya gigi Nina pernah sakit masa Raya tu ari. Pastu Nina pi klinik gigi lain, tapi entah kenapa … layanan nya so-so buat Nina rasa terkilan sedih frust yang amats! Tak selesa beb. Baru check check usik sana usik sini sikit dah buat Nina rasa nak tampo doctor tu.. Ok Tipu! Tak tergamak nak tampo terajang pun walau dia usik tempat sakit tu kasar. Huhuuu . . . .

Dan akhirnya . . . Klinik Pergigian Erfa ku kembali lagi..!! Aceceh cehhh . . .

Baca : Pengalaman tak boleh lupa 2 tahun selepas, scaling gigi di Klinik Pergigian Erfa KL

Kenapa Klinik Pergigian Erfa BEST ?

Allahu ..!! Setelah 2 tahun berlalu, saat melangkah masuk klinik terus rasa wow! Hati Nina teruja rasa bangga kagum!

Klinik Pergigian Erfa Klinik Gigi BEST KL

Kenapa tau . . . Dulu klinik ni satu lot kedai jer, sekarang dah 2 lot kedai. Lagi besar dan lebih cantik stylo design klinik ni. Dah macam lobby hotel seyhh. . .

Pastu bilik rawatan dah ada 5 bilik. Wahh… Hebat!  Dengan adanya 5 doctor yang bertugas, opkos proses rawatan setiap patient lebih diberi perhatian. Kalau sorang jer doctor, tentu doctor pun tak senng duduk nak buat keje kannn.. Kita kat luar lagi laaa lama menunggu. Huhuuu.. Tidak berlaku di Klinik Pergigian Erfa.

Bukan tu aje, bilik X-Ray canggih, dan ada disediakan surau yang selesa untuk pelanggan. Ambik wuduk pun dalam surau tau, aurat terjaga. Alhamdulillah . . .

Layanan Doktor Erfa terbaik laaa…

Masih sama bab layanan dan sentuhan lembut Doktor Erfa merawat gigi kita . Sama sejak dulu! Memulakan kerja doctor mulakan dengan Bismillah dan selawat. Setiap proses Doktor Erfa akan kasitau apa yang sedang berlalu.

Klinik Pergigian Erfa

“Puan, saya nak bersihkan belah belakang ni nanti Puan akan tak selesa sikit ya”  Nina pun dah ready untuk rasa tak selesa tu, tapi kenapa macam tak de apa pun berlaku. Serius.. Sentuhan lembut Doktor Erfa buat Nina rasa dibelai-belai macam buat facial muka kat spa. Nak terlena awakk…!!

Tak akan rasa stress walau sikit pun. Maklum lah biasanya sebut aje klinik gigi dah gggrrrrr…. Takut! Belum dok atas kerusi nya lagi. Start nganga mulut pun dah rasa nak lari balik rumah. Kannnn… ??

Belum doctor sentuh, belum doctor letak cermin kecik dia nak tengok keadaan gigi  ditambah lak dengan segala bunyi bunyian bak gerudi buat renovation dalam mulut kita ni. Rasa seram stress siot jerrr kan…?

Kat sini tidak sama sekali rasa macam tu awak! Tak tau nak gambarkan betapa selesa rawatan gigi kat sini. Lepas scaling, adanya polishing. Syokk polishing ni. Licin jerr gigi lepas rawatan. Terasa bersih sangat! Tempat lain tak de

Klinik Pergigian Erfa mesra OKU

Korang tengok kerusi empuk yang Nina dok baring ni, canggih beb! Kerusi empuk ni mesra oku. Terutama yang pakai wheel chair. Korang tengok bahagian kaki nya turun kann? Memudahkan dan beri keselesaan. Kalau klinik gigi lain, kerusi nya tak boleh adjust. lurus aje. So untuk OKU yang pakai wheel chair kerusi ni boleh adjust  senang mudah dan selesa.

Klinik Pergigian Erfa Kids Friendly.

Nina cerita anak Nina takut jumpa doctor gigi. Risau nak bawak dia. Kot nanti jenuh nak kejar dia berlari tawaf klinik.  Atau risau dia menjerit tahap pecah cermin. Ker meronta bak gorilla . Malu nanti. Huhuu . . .

“Jangan risau Puan, kami ada Doktor  pakar kanak-kanak. Anak istimewa ke, austism ke, atau ada jer patient dewasa yang fobia doctor gigi pun boleh buat appointment hari Selasa”

Bagusnya . . . kot korang punya perangai mengade-ngade mengalahkan kanak-kanak trauma , sila buat appointment hari Selasa eh..  Tapi rasanya doctor yang lain-lain Nina pun tengok friendly softly orangnya. Kena datang baru tau!

Harga Berpatutan dan boleh installment!

Bab harga memang harga berpatutan dan boleh adjust, boleh di runding.  tengok keadaan gigi korang gak. pi memana pun range harga gini gak. Tapi yang menariknya, korang boleh apply instalment sekiranya harga lebih dari RM500 . Bagus kannn? Tak silap untuk pemegang kat MBB. Nanti korang tanya lebih kat staff depa laaa eh ..

Gigi Tampal berlubang semula tu normal

Ahaa… Tu ari Nina scaling dan buat sikit tampalan kat gigi lubang Nina. Gamaknya cam budak kecik kot Nina ni, Dok makan gula-gula sampai gigi berlubang! HAhaa. . .

Haishhh …. Tak laaa, Gigi ni memang dah sedia ada tampalan lubang masa kecik. Pastu kat tampalan ni ada pecah. Biasalah, gigi tampal biasa tahan dalam 3-5 tahun dan ketahanannya mengikut individu. Kalau selalu makan besi kayu tulang yang keras kematu, memang mudah laa tampalan tu pecah. Kena tampal semula.

Proses tampalan kat Klinik Pergigian Erfa ni lain sikit. Tak macam klinik yang biasa pi tuu… Hik tu macam letak macam simen, pastu tonyoh-tonyoh kat lubang. Nehi nehi . . .

Kat Klinik Pergigian Erfa ni Step by step dia lembut jer.. Tau tau dah siap! Pastu tanya kat doctor, berapa jam lagi saya boleh makan? Maklumlaa sebelum jumpa doktor  gigi tak makan sangat maka kelaparan. HAhaa..

“Tak pe Puan, tak perlu tunggu pun. Siap jer Puan dah boleh terus makan. Tak perlu pantang sejuk panas pun.” Yeayyyy . . . . Best nya!

Klinik Pergigian Erfa terbaik laaa

Dengan layanan dan harga yang tip top,  doctor staff mesra pelanggan, doktor yang berkarliber, klinik yang cantik, patut laaa Klinik Pergigian Erfa semakin maju jaya. Nina tumpang bangga !  Keep it up Doktor and team.

Ini lah Doktor Erfa , sempoi kannn?? Empunya Klinik Pergigian Erfa yang semakin berjaya!

Operation hours
9am – 9pm Isnin – Sabtu
9am – 1pm Ahad

Lokasi
23-G, Jalan Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Landmark KWSP / RHB Wangsa Melawati. Klinik sebaris Petsmore Wangsa Melawati.
Tel : 03-4131 7945 / 018-3634945 (call untuk appointment)

Paling best lagi, parking kat sini banyak! Ikut suka korang nak park kete kesayangan korang kat mana. Tapi nak pesan sikit ni… Sila beli tiket parking kat mesin sebab tu ari DBKL ronda. Huhuuu . . .

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok kat
Facebook : Klinik Pergigian Erfa
Instagram : Klinik Pergigian Erfa

Tu ari Nina ajak sekali UmmiNani dan Saidila sesame check gigi dan buat rawatan kat Klinik Pergigian Erfa. Alhamdulillah .. Depa pun bersetuju Klinik Pergigian Erfa BEST! Poyo lak pose ni, memasing tunjuk gigi. Verangan kengkonon model gigi gamaknya! HAhaa

So jaga lah kesihatan kebersihan gigi, cegah sebelum sakit sebab andai kehilangan gigi tiada gantinya… Rongak buruk weyh! HAhaaa. . . .

Klinik Pergigian Erfa Klinik Gigi BEST 

26 Comments
  • mawardiyunus
    Posted at 11:52h, 29 July Reply

    Kita paling suka scaling gigi. buang karang gigi. kalau dulu takut nak jumpa doktor gigi. tp sekarang ni kalau boleh every month nk jmpa doktor gigi. huhu

  • cre8tone kylie
    Posted at 13:29h, 29 July Reply

    ur post remind me on going to my regular annual dental check up.. hehhee.. great dental clinic..

  • emi
    Posted at 13:42h, 29 July Reply

    Wahhh, mesra OKU. Bagusnya. Rasanya tak semua klinik ada fasiliti yang boleh cater untuk OKU kan? Memang jaranglah rasanya. Klinik ni kira ada bonus point la dari segi fasiliti ni.

  • jessie
    Posted at 13:42h, 29 July Reply

    tak tau pulak tampalan boleh jadi nipis ya. hmm i think i kena pergi jumpa dentist juga lah. sbb nampak ade colour dah. kena tempek yang baru. and klinik erfa ni macam best, harga berpatutan.

  • adianiez AIDA
    Posted at 15:19h, 29 July Reply

    gigi is mahkota muka.
    bila senyum, nampak ia.
    so wajib jaga gini, nina. terbaik.
    bersihkan.
    tampal mana patut.
    so, boleh la gigi tu bertahan lama 🙂

  • Hafiza Aizzawa
    Posted at 15:26h, 29 July Reply

    Pemeriksaan gigi mmg perlu buat walaupun kita rasa gigi kita elok kan..

  • Ben Ashaari
    Posted at 15:26h, 29 July Reply

    Gigi mau kena jagaaa.. Terbaek!!

  • Julia Johari
    Posted at 16:04h, 29 July Reply

    Baguslah klinik mesra OKU ni senang semua orang boleh jaga gigi tanpa rasa malu lagi.

  • AhmadiKatu
    Posted at 16:41h, 29 July Reply

    Dulu setiap kali habis semester akan singgah klang sebelum esoknya flight balik Sabah. Singgah Klang tu sebab nak cuci gigi je kat Klinik gigi andalas. Servis memang terbaik tapi agak mahallah untuk aku time tu coz masih belajar lagi. Sekarang ni cuma guna klinik kerajaan je kalau nak cuci gigi..tu pun 6 bulan sekali cukup syarat 🙂

  • Athirah
    Posted at 18:41h, 29 July Reply

    Walaupun geli tgk gmbr gigi sebelum tu tp bila tgk hasil selepas mmg rasa puas hati sungguh.. sy yg rasa nak tolong korek gigi tu.. hahahhaha gerammm sbb tak bersih…

    Harga menarik.. ptt sy ada appointment gigi tp sbb br lps operate ritu dan masih trauma so hold la dulu. Hahahhah

  • Mohamad Khairil Bin Hassan
    Posted at 20:35h, 29 July Reply

    gambar first tu sangatlah jijik dan menakutkan! haha. in shaa Allah dalam masa terdekat ni akan ke klinik gigi, untuk buat pemeriksaan, kalau amsa sekolah dulu, paling takut bab nak check gigi, last2, takda apa pun.. haha terima kasih share ya

  • Muhammad Naim Abdullah
    Posted at 21:06h, 29 July Reply

    Kebersihaan Gigi kena jaga sentiasa. Kerna nak pakai lama hehe. Terima kasih berkongsi klinik yang terbaik servis. hehe

  • Nadia johari
    Posted at 23:50h, 29 July Reply

    Nad dah lama tak pergi scalling gigi. Dulu pergi masa pregnant.. Lepas tu tak.. Tu pun sebb free.. Hahaha.. Syokla dapat bersihkan gigi.. Kadng ade sisi yangvtak gosok tak bersih kan.. Huhu

  • Fadzil Ahmad
    Posted at 00:20h, 30 July Reply

    Alamak. Scalling kena buat 6 bulan sekali? Rasa bertahun dah tak jenguk klinik gigi ni. Seram la tengok gambar2 gigi di atas. Tak sampai umur 40, gigi dah tak ada sebab tak jaga. Mohon di jauhkan la. Next week sy try scalling. Tq sharing ye

  • Hanny Abdullah
    Posted at 00:32h, 30 July Reply

    Sis paling menggeletar kalau nak jumpa dr gigi, Sis selalu ke hospital gigi kerajaan aje, murah pun murah. Tapi kalau nak segera memang kena ke swasta jugak. Scaling memang setahun sekali sis buat, Sebab kan hantu ngopi so idok le putih pun gigi teman ni..hehehe

  • Syafiera Yamin
    Posted at 00:53h, 30 July Reply

    KAK NINA !!!! hahhahha semput sempat I tengok gigi yang atas tu… dah la tengok pakai pc kannn… seketol besar gituuu dalam screen… rasa nak scrolll lelaju seram… hahahaha tapi kemas nya kualiti tampalan di klinik gigi erfa ni nampak macam tak ada gigi berlubang dah cantik betul !!!!! kalau kanak kanak gigi susu berlubang berapa agak agaknya seketul gigi

  • SITI AWADAH
    Posted at 10:03h, 30 July Reply

    check jgn x check!! tapi awa sndiri lg suka gi check ngan dentist swasta, x tau la sbb apa.. adakah sebb takut sakit hahahhaha… anyway servis clinic ni not bad la… nmpk pro sgt! harga pun masih boleh diterima la…. bagus bagus… suka part palam putih tu… x nmpk ketara pun

  • Ayu Rafikah
    Posted at 11:07h, 30 July Reply

    Sebenarnya i paling takut buat rawatan gigi. Cam seram. Tp tgk nina buat kat sini mcm ok pulak hehe. Blh rekomen kat member dtg sini klu nk buat rawatan gigi

  • Dorsett Pink
    Posted at 11:54h, 30 July Reply

    cantiknya klinik.

  • Saidila
    Posted at 19:19h, 30 July Reply

    tq nina ajak datang sini , serius memang puas hati dan selesa sangat buat rawatan scalling kat klinik nih , dr pun peramah dan mesra alam gittewww

  • slumberlady
    Posted at 11:37h, 31 July Reply

    bagusnya klinik ni mesra oku dan mesra kanak-kanak. most dentist clinic tak berapa mesra kanak-kanak meaning tak ada doctor specific untuk kanak-kanak dan ruang menunggu sangat menbosankan. klinik ni dekat dah dengan office suami. hehe.

  • Qaseh
    Posted at 12:48h, 31 July Reply

    Wah cantik dah gigi kak nina , teebaik

  • Alia
    Posted at 07:10h, 01 August Reply

    Harga berpatutan tu.. Nk kena pi scaling gigi jugak ni

  • Wawa Ashihara
    Posted at 20:06h, 01 August Reply

    Wawa pun dh lama tak pergi.. Tapi kali ni nak pergi la juga… Dah buat appointment dgn doc dah.. Bulan depan kena jumpa bersihkan gigi.. Hehhe

  • mas saari
    Posted at 07:31h, 02 August Reply

    Hilang seram kan kalau pi klinik gigi yang doktor dia best dan buat kita tak rasa sakit.

  • Aishah
    Posted at 15:35h, 12 December Reply

    Assalam..bepa Rm nak pasang gigi palsu. Semua kt atas..

Post A Comment