• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Hurrmm… Produk ada PARABEN boleh pakai ke?

July 19, 2019 by Nina Mirza 2 Comments

Produk ada PARABEN selamat ke?

Korang beli produk terutama skincare atau toiletries baby,  tengok tak ingredient? Check tak samada produk tu ada paraben atau tidak? Paraben bahaya Apa produk skincare yang selamat

Ahaa… sana sinin sinun sekarang ni ramai dok prihatin nak cari produk yang selamat. Ramai dok cari ada nya tertulis NO Paraben. Iyer kann? Dah macam cari makanan sambil dok belek ada tak logo Halal. Kannn…? Sapa gini?

Jangan terkejut bila korang ada terbaca masih ada kandungan paraben dalam produk kosmetik atau ubat ubatan kerana ada jenis paraben yang dibenarkan penggunaannya. Huh?? Biar betul?!

Paraben bahaya Apa produk skincare yang selamat

Paraben Selamat! Huh?

Ini kerana telah dibuktikan selamat melalui pelbagai data dan kajian yang telah dianalisa oleh pakar-pakar dari banyak negara.

Iyer ke selamat? Alamak… kejap kata paraben tak selamat, kejap baca kata Paraben selamat! Mana betul ni?

Antara paraben yang selamat dan dibenarkan penggunaannya mengikut had yang ditetapkan dalam produk kosmetik atau ubat-ubatan seperti metylparaben dan propylparaben. Dos nya adalah yang paling minima.

Jika ada yang mendakwa Paraben telah diharamkan di Eropah tetapi tidak diharamkan di Malaysia Itu adalah penipuan. 5 jenis Paraben yang dilarang di Eropah juga dilarang penggunaannya di Malaysia.

Produk Tanpa Paraben bukan bererti produk itu lebih baik atau lebih selamat daripada Produk yang menggunakan paraben sebagai pengawet. -Rahman Baco,Pharmacist.

Paraben terdapat dalam hampir semua produk penjagaan kulit; seperti pencuci muka, krim, losyen, pelindung matahari, ubat gigi dan sebagainya. Oleh kerana kehadiran paraben yang meluas, anda mungkin perlu:

Periksa senarai bahan-bahan dan pastikan tiada paraben walaupun pada % yang rendah.
Banyak produk penjagaan kulit tanpa Paraben dilabel “Paraben-free”

Ingat! produk penjagaan kulit organik tidak bermakna mereka tidak mengandungi Paraben.

Pilihan terbaik untuk kekal bebas dari kimia adalah dengan cara memilih produk skin care No Paraben,  SLE,  SLS dan yang berasaskan bahan-bahan semulajadi yang dikeluarkan oleh syarikat yang memiliki reputasi serta standard yang tinggi.

Paraben bahaya. Apa produk skincare yang selamat  ?

Cosmoderm selamat NO Paraben

Antaranya jenama yang paling Nina trust NO Paraben, NO SLE, NO SLS ialah Cosmoderm

Produk ni made in Malaysia tau. HALAL  lagi..  Dah lama pun berada kat pasaran. Korang pi usha sendiri kat drugstore ada juga beberapa produk lain yang NO Paraben gak.

Baca : Lega! Sunburn hilang lepas pakai Cream Vitamin E Cosmoderm

Sunburn hilang pakai cream Vitamin E Cosmoderm

So pasni  korang belek semula produk yang  korang dah pakai bertahun lamanya. Moh lerr kita mulakan gaya hidup yang lebih  sihat dan selamat.

Selain Paraben,  yang paling bahaya yang ada bahan terlarang dalam produk skincare adalah MERKURI.  Sememangnya kena berhenti dari terus pakai.  Bahan ni ianya meresap dalam badan kita dan amat memudaratkan.

Ada masa nanti Nina share lak bahaya nya pakai produk yang ada bahan terlarang eh..

So sayangi diri, sayangi kesihatan. Biar lah cantik yang selamat bukannya cantik tapi nanti sakit lain lak kemudian hari.

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Paraben bahaya Apa produk skincare yang selamat

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review, Tips Tagged With: Apa itu Paraben, Cosmoderm, Cream Vitamin E Cosmoderm, Info - kesihatan, Info - Semasa, NO Paraben, Produk selamat, tips cantik, Tips kecantikan

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. sunah sakura says

    July 20, 2019 at 2:53 pm

    ya, paraben tu selamat digunakan pada limit tertentu…jangan la tepek satu botol sehari…hahahhaha

    tapi kalo ada produk bersesuaian yang tanpa paraben, itu lagi bagus…

    Reply
    • Nina Mirza says

      July 24, 2019 at 7:36 pm

      Kann… Nak pakai ok jer janji serasi kann? Dapat elakkan lagi bagus

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Laman Basikal di Taman Tasik Seremban semakin menarik !
    By : Ben Ashaari
  • 20 SOP JEMAAH WAJIB PATUHI SEKIRANYA IBADAH UMRAH DIBENARKAN KEMBALI
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI LAKSA LEMAK
    By : Tiffin Biru
  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa