Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan

Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!

Suka tak makan kuih tradisional? Selalunya kuih tradisional yang paling kerap jadi tumpuan tentunya kuih kaswi kannn? Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan Gerenti Jadi

Kuih ni kategori kuih talam. Cara masak di kukus. Rasanya lembut, tak manis sangat, sedikit kenyal dan dihidangkan bersama salutan kelapa parut yang lemak tu.. Perghhh sedap!

Kecewa! Bila beli selalu dapat yang keras kejung, kelapa parut salut nya lak aduyai… Hampas kelapa. Spoiled frust betul!

Tapi camner nak dapatkan kuih kaswi yang sedap, lembut, walaupun dah sejuk masih bergoyang gedik-gedik bak goyangnya si inul? Eh..  Tolong jangan suh Nina tunjuk camner rupanya goyang si inul tu eh..  Takkose!  HAhaaa

Nina kongsikan resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan yang senang mudah tuk korang cuba. InsyaAllah, pasni tak pandang resipi lain daaaa.. Tak caya sila cuba! Jangan kata hakak tak kasitau lak eh…

Resipi kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula
1 cawan gula merah atau gula perang
5 cawan air
3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air

Cara-cara penyediaan kuih kaswi lembut goyang inul ni…

1. Daripada 5 cawan air , panaskan sekejap 2 cawan air. Tujuannya nak larutkan gula dan gula perang. Bila semua dah larut,tapis dan sejukkan.
2. Dalam bekas yang besar, masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan -bahan yang lain. Kacau sebati dan barulah dimasukkan air kapur yang telah dicampur air.
Note : Jangan terlebih air kapur. Nanti kuih akan rasa pahit dan juga keras.
3. Didihkan air dalam pengukus dan alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti. Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.
4. Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan. Bila dah masak, sila sabar dulu eh…. Sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong. Kalau tak nanti tak de shape, tak cantik potongannya.
5. Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda putih yang diparut beserta sedikit garam dan gula jika suka.

Bagi penggemar kuih kaswi,memang kena cuba resepi kaswi yang ini. Rasanya yang lembut dan bergoyang , disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera. Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni.

Sedapnya dimakan kan untuk hidangan minum pagi ataupun petang. Kenduri kendara sesuai sangat ada nya menu kuih kaswi lembut bak goyang inul ni. Confirm acik acik bawang dok mengendeng nak mintak resipi. Oouchhh…!!

Selamat mencuba!

resepi Kueh Kaswi Pandan Sedap

Oh ya… Kot korang nak kan kelainan, boleh laaa try Resipi Kuih Kaswi Pandan Sedap Lembut Goyang Sukatan Cawan paling senang buat . Sedap gak..!!

4 Comments
  • hayati suki
    Posted at 13:45h, 15 July Reply

    waa..sedap ni haa.. feveret jugak n 🙂

  • Suria Amanda
    Posted at 18:20h, 13 November Reply

    Sedapnyaaaa..dah la fav SA ni..last week mak cik buat utk SA…tapi x berapa umphhh..sebab dia letak kicap pekat skit..tgok resepi orang lain takde pun letak kicap..nanti nak buat sendiri la guna resepi kak nina ni…

  • run 3
    Posted at 16:21h, 06 July Reply

    Looks so tasty, you are so good in cooking.

  • chris Russel
    Posted at 20:43h, 12 August Reply

    Great content and very attractive thanks for sharing it.

Post A Comment