• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sinopsis CARI AKU DI SYURGA TV3

May 7, 2019 by Nina Mirza 1 Comment

Selepas  Drama Voice Note, seterusnya drama Cari Aku Di Syurga lakonan Aeril Zafrel bergandingan dengan Janna Nick dan Mimi Lana . Rasanya ni pertama kali depa bergandingan. Bakal trending tak drama ni nanti? Tajuk dah cun! Jommm baca sinopsis Cari Aku Di Syurga ni..

SINOPSIS CARI AKU DI SYURGA

Mengisahkan percintaan  dua darjat. Anas (Aaeril Zafrel) yang dibesarkan dikampung hidup dalam suasana kampung manakala Lisa (Janna Nick) seorang gadis yang serba serbi lengkap mewah sejak kecik.

Sejak Lisa kenali Anas mereka jatuh cinta dan saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. Ibu Lisa (Maria Farida) menentang hubungan mereka kerana merasakan Anaz tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkan Lisa dengan Ariff (Hun Haqeem). Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.

Sinopsis CARI AKU DI SYURGA TV3

Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.

“orang yang paling banyak menyakiti hati kita, Adalah orang yang paling susah untuk kita lupakan”

Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira (Mimi Lana) jiran sekampung Anas sejak kecil yang sentiasa menjaga Ibu Anas.  Enam tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali menuntut hak penjagaan ke atas Suri.

Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan ganguan kepada daya ingatannya. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas yang tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

Sinopsis CARI AKU DI SYURGA TV3

Kisah yang sarat dengan emosi bilamana Suri cuba berusaha mendapatkan kembali ingatan ayahnya.
Mampukah mereka harungi kehidupan Anas yang mengidap Alzheimer?
Bagaimana penerimaan Suri yang terpaksa tinggal bersama Lisa, seorang ibu yang sanggup tinggalkannya dan ayahnya kerana tak mahu hidup susah?

JUDUL : CARI AKU DI SYURGA

EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Nurul Halawati
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Ariel Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana, Duerra Mitilda, Dalimawati, Maria Farida, Aishah Atan, Muaz Fitri, Hun Haqeem

Sinopsis Pelakon CARI AKU DI SYURGA TV3

WATAK PELAKON
Ariel Zafrel sebagai Anas
Janna Nick sebagai Lisa
Mimi Lana sebagai Mira
Duerra Mitilda sebagai Suri
Dalimawati sebagai Mak Temah
Maria Farida sebagai Rosmah
Aishah Atan as Kak Kiah Janda
Muaz Fitri sebagai Haikal
Hun Haqeem sebagai Ariff
LAGU TEMA
Bukan Cinta – Amylea
Tiada Dirimu – Shila Amzah

Drama 15 episod ni arahan Shahrulezad Mohamedin dan skrip oleh Nurul Halawati. Ada di  slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Kot korang terlepas episod, korang boleh jer tonton kat http://www.tonton.com.my. Tapi … Tak syok laaa tengok lambat. Citer tengah trending ni kot. Rugi rugi… Anyway selamat tengok lakonan hebat Aeril Zafrel, Janna Nick, Mimi Lana dan ramai lagi yang hebat dalam drama ni.

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review Tagged With: Aeril Zafrel, Cari Aku Di Syurga, Drama sangat, Janna Nick, Mimi Lana, Samarinda TV3, Sinopsis

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Sudah daftar untuk vaksinkan diri korang ?
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN
    By : Tiffin Biru
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • KHASIAT DAN MANFAAT TIMUN JERUK UNTUK KESIHATAN
    By : Saidila Lifestyle
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa