• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Mana Makan Buka Puasa? SHELL OUT Jommm…!

May 6, 2019 by Nina Mirza 20 Comments

Mana Makan Buka Puasa? SHELL OUT Jommm… Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

SHELL OUT – Sebuah restoran yang cukup terkenal dengan hidangan Shell out  atau seafoodyang dilambakkan  atas meja dan nama restoran ini sendiri adalah SHELL OUT.

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Usai Nina melangkah masuk restoran ni, mata terus tertumpu pada dekorasinya yang agak dramatic. Berkonsepkan warna hitam dengan ruang yang  cukup selesa bersama keluarga. Tapi  . . . .

Awat banyak sangat conteng sana conteng sini?? Haishh … Sapa bikin vandalism kat sini?? Bukan sikit awakkk, seluruh ruang yang ada , ada aje contengan.

Oooo … ini konsep SHELL OUT. Ok, unik ! So korang nanti sebelum balik sila laaa tulis atas batu eh! Boleh laaa tulis ‘I was here’ kat mana-mana korang suka sebagai tanda kenangan korang dah pernah datang sini. Comel kann..??

Buka Puasa kat SHEE OUT. Apa yang BEST?

Ramadhan Special  – Nyonya Sause

Sempena Ramadhan ni, SHELL OUT akan menghidangkan sesuatu yang korang tak akan dapat di bulan lain. Korang kena cuba rasa keistimewaan kuah Nyonya Sos  SHELL OUT ni. Rasa dia  ala-ala asam pedas gitu … Tak pedas sangat tapi cukup rasa. Sedap.  Nina rekemen laaa korang try!

Kalau korang datang buka puasa berdua kengkonon dating ker kannn, maka korang boleh order Set Makan Sedap. Dalam set Makan Sedap ni  akan ada Crab, Pink Scallop, Clam, Ocean Fillet, Brocolli, Corn, Potato, Nasi Kerabu dan Malay Kuih

Tapi kalau datang  berjemaah, sesuai sangat korang order Set Makan Syiok  untuk 4 pax . Dalam set Makan Syiok ni  akan ada Lobster, Crab, Pink Scallop, Clam, Prawn, Ocean Fillet, Brocolli, Corn, Potato, Nasi Kerabu dan Malay Kuih

Meh Nina tayang menu yang ada dalam Set Makan Mana ni.. Sorry laaa kalau korang terliur eh

Makan Syiok (4 pax)

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Nina punya Set Makan Syiok ada lobster. Kalau korang tak reti nak bukak lobster ni, jangan risau… Staff depa sedia membantu. Depa akan ketuk, guntingkan, belahkan sampai terjojol keluar isinya.

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Perghhh …. Isi lobster! Fresh weyh… Tak melekat pun kat kulit dia. Memang Makan Syiok seperti  nama diberi. Seafood yang lain-lain pun fresh! Nina suka sayur brokoli dia, tak over cook. Best ratah-ratah, kena lak ngan sos Nyonya dia.

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Untuk Bulan Ramadhan, dalam set Makan Mana ni dihidangkan Nasi Kerabu. Memula ingat macam pelik jerr nak makan shell out dengan nasi kerabu sebab biasanya kita makan dengan nasi putih jer kannn…?

Nasi Kerabu SHELL OUT

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Tapi bila korang dah try, Wow! Nasinya lembut, hirisan kelapa dan ulam memang kombinasi terbaik dengan kuah Nyonya Sos nya. Asyik beb!

Ocean Fillet

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Dalam Set Makan Mana Ramadhan ni, sedia dihidangkan bersama Ocean Fillet. Untuk anak-anak sesuai sangat menu ni, isi ikan nya segar dan salutan tempuranya pun sedap. Serius sedap Fillet ni sebab tekstur isi ikannya  lain dari yang pernah korang makan. Try laaa

Kuih Tradisional

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Nina tau korang sure tak pandang pun kuih kann…? Apa kurlasss makan kuih kat Shell Out. Tapi korang kena rasa sebab jangan pandang dari rupa saja, kuih Melayu ni sedap weyhh… Lepas azan, jamah laaa sikit manisan sebelum makan nasik! Gitu… HAhaaa

Add-on

Selain tu korang boleh order add-on  gak buat tambah-tambah menu. Bukan apa, kot korang order Set Makan Syiok tapi makannya 5-6 orang ker, maka menu ala carte ni akan memeriahkan Set Buka Puasa korang nanti. Kannn….??  Ini antara menu yang Nina syorkan tuk korang order nanti

Gojijiang Chicken Wings

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Chicken Wings ni  rasa dia lain dari yang lain. Perapannya masuk sampai ke isi ayam. Memandangkan Nina belum pernah sampai Korea, dapat makan Gojijiang Chicken Wings pun rasa macam ka Korea awakkk… Ok Poyo! Tapi serius Nina suka!

Cheese Mayo Mussels

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Menu zaman sekarang, apa pun buh cheese akan jadi sedap kann…? Dan mussels ni sama. Cheese kat atasnya dengan rasa sedikit pedas melengkapkan menu appetizer tuk korang berbuka puasa.

Parmesan Breadcrumb Mussels

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Ahaa… Yang ini pilihan citarasa Nina. Hastag #AkuSuka !

Minuman

Nina order Orange Soda dan Ribena Soda. Nyummy!

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Amacam..?? Terliur tak?
Sorry laaa yaa.. Nina berkongsi cerita dan pengalaman. Manalah tahu kot ada yang mengidam nak makan SHELL OUT tuk Buka Puasa nanti or celebrate hari istimewa, korang dah tahu apa menu menarik yang ada kat SHELL OUT sempena Bulan Ramadhan ni. Kannn…?? Baik kann kita. HEhee

Limited Special Time bermula 6th May – 23rd Jun 2019 .  Maka korang ambik laaa peluang rasa Set Buka Puasa SHELL OUT Makan Mana ni Sempena Ramadhan. Lain masa korang tak akan dapat  rasa Set ni bersama Kuah Special Nyonya Sos nya.

Harga Set Buka Puasa Mana Makan SHELL OUT
Set Makan Syiok  RM382.90 – untuk 4 pax
Set Makan Sedap RM179.90 – untuk 2 pax

SHELL OUT Sedap Syiok Seqafood Fresh!

Licin sudah …!! Tak sangka boleh habis. HAhaa .. Tepi tepi tu lagi Add-on mau diperabih kan.. Gulp!

Kat Mana Makan?

Nak datang SHELL OUT ni senang sangat. Korang pi jerk at Waze dan type SHELL OUT G-Village. Korang drive Ikut jer arahan Waze confirm korang akan sampai depan pintu SHELL OUT.

SHELL OUT
G-Village
Lot G-12 Ground Floor Pusat Perniagaan G
No. 35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur

Ni nak kasitau korang, SHELL OUT ada beberapa cawangan antaranya di Kota Damansara, Setia Alam, G=Village, Publika , Ayer 8, Putrajaya, Main Place di USJ

Kot korang nak kan lebih info, korang pi laaa terjah

Website : www.shellout.com.my
Facebook : www.facebook.com/theshellout
Instagram : www.instagram.com/shellout

Selamat menunaikan ibadah puasa dan Salam Ramadhan buat semua! Maaf Zahir dan Batin

Makan Mana Buka Puasa SHELL OUT Sedap Syiok

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review, Travel Tagged With: Buka Puasa KL, Food review, G-Village, Harga Set Buka Puasa, Makan Sedap, Makan Syiok, Mana Makan Sedap, Seafood, SHELL OUT, Shell Out Seafood Lambak Sedap, tempat makan best, tempat makan sedap

  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL



Comments

  1. ciklilyputih says

    May 6, 2019 at 10:41 am

    ya ampun sedapnya.. lama tak makan kat shell out ni lah. kena buat booking ni untuk buka puasa ni ek

    Reply
  2. TENGKUBUTANG says

    May 6, 2019 at 12:48 pm

    Sedapnya alahai.. ada nasi ek? 1st time tengok ada sekali nasi.. TB teringin gak nak rasa shell out ni rupa mana .. hahaha.. bilalah nak ajak family try makan shellout ni.. boleh tahan gak harga ye untuk 2 orang makan

    Reply
  3. xulhlmi says

    May 6, 2019 at 2:21 pm

    sedapnya makan shell out masa buka puasa, mesti tambah 2 pinggan nasi ni kalau pergi. tengok udang kara tu buat zul terliur lah kak. Hahahah, nasib puasa.

    Reply
  4. Mahamahu says

    May 6, 2019 at 11:04 pm

    Shell out lamanya tak makan hehehe pulak tu nak buka puasa kat sana memang meriahnya hehehehe best lah tengok ketam tu besar isi banyak bestnya geram kita hehehehe nanti ajak lah kita makan sini tau wakakakaka…

    Reply
  5. Hanny Abdullah says

    May 7, 2019 at 1:28 am

    Baru terpikir nak makan shellout tapi tak tahu nak makan kat mana, tetiba terbaca ni pulak, lagi lah teringin. Bolehlah cuba nanti makan shellout kat sini

    Reply
  6. Nadia johari says

    May 7, 2019 at 1:47 am

    Terbaikla shell out dia.. Ade lonster, ketam.. Seafood semua.. Nemng sedap.. Teringat lagi sampai sekrg.. Ehhehe.. Memng kena dengan tekak ni kuah dia yang ohsem tu

    Reply
  7. Kayathre says

    May 7, 2019 at 8:08 am

    Nampak sedap. Belum pernah try shell out lagi. Should try eat there soon.

    Reply
  8. Ayu Rafikah says

    May 7, 2019 at 8:24 am

    Shell out masa bulan puasa? Menarik ni. Ingat nak trj bawa famili datang makan kat sini. Macam menarik dan berbaloi

    Reply
  9. Rawlins GLAM says

    May 7, 2019 at 8:29 am

    Memang nampak lazat la hidangan situ. Cumanya Rawlins bukan penggemar tegar makanan laut. Haha. Nak makan tu boleh tapi bukan la sejenis yang all out kalau dapat pun.

    Kuih muih? Oh yes. Tak kira di mana atau bila masa, memang tetap akan makan sebab sejenis penggemar dessert.

    Reply
  10. Mimie says

    May 7, 2019 at 8:38 am

    Wah buka puasa bershell out dia ye. Sekaki sekala buka puasa dengan shell out memang best kan. Nampak sedap pulak makanan yang ada tuh. Nak try lah nanti buka puasa kat sini

    Reply
  11. Fadzi Razak says

    May 7, 2019 at 9:04 am

    Dah lama tak makan shell out ni. Kalau makan time bukak puasa memang macam gini ha sedapnya. Nak nak lagi seafood memang sedap.

    Reply
  12. eldarwena says

    May 7, 2019 at 9:29 am

    belum pernah makan shell out ni..tp shell out ni mengundang kesedapan tak terhingga weii..tudia ada lobster ketam dan seafood..byknya..tengok gambar terliur sudah..ada chiken wing nasi kerabu..aduiyaii berbaloi lah dengan harganya

    Reply
  13. Maya says

    May 7, 2019 at 12:04 pm

    Dah lama tak makan kat shell out. Last makan kat sini 2 tahun lepas. Tu pun orang belanja. Teringin nak repeat lagi

    Reply
  14. Saidila Rahman says

    May 7, 2019 at 10:47 pm

    ruginya tak dapat join nina makan shellout…semua nampak sedap terutamanya nasi kerabu..my peberet sangat tu tau nina…next time nak jugak tauuuu

    Reply
  15. Zharif Azis says

    May 8, 2019 at 12:30 am

    wahhh ini satu lokasi yang sangat bagus dan sesuai untuk bawa family datang berbuka. lihat sahajalah menu yg ditawarkan . semua nampak menyelerakan sungguh. shell out nie memang sentiasa relevan dan tak pernah lapuk. rasa teringin pulak

    Reply
  16. Sunshine Kelly says

    May 8, 2019 at 7:25 am

    Oh yumssss! their shell-out is so luxe siap ada lobster lagi and so many huge fresh seafood. Nanti i nak try and their chicken wings pun best.

    Reply
  17. ummi nani says

    May 8, 2019 at 9:14 am

    terujanya kak nina, nanti ajak eh. huhhuu bestnya ber shell out

    Reply
  18. ruby says

    May 9, 2019 at 4:59 pm

    ya Allah sedapnya Shell out. Ayam gojijang tu memang feveret Ruby dan sekeluarga, boleh la ke sini pula nanti.

    Reply
  19. fara says

    May 28, 2019 at 1:12 pm

    Bestnya buka puasa makan seafood banyak2 mcm ini. Lain dari kebiasaan yg selalunya nasi ayam, daging, ikan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa