Perghhh…!! Hospital bertaraf hotel mewah di AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital. Kuslasss seyh!

Perghhh…!! Hospital bertaraf hotel mewah di AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital. Kuslasss seyh!

Baru-baru ni, kawan Nina bercerita yang beliau ke satu hospital di Shah Alam untuk mendapatkan rawatan dengan Pakar Wanita genealogist kat sana. Terdetik dalam fikiran Nina awat laaa pi jauh jauh sampai nun Shah Alam sana sebab kami ni tinggal area Batu Caves aje. Kat sini tak de Doktor pakar Genealogist yang bagus ke?

Lantas Nina pun dok google Hospital berkenaan. Biasalah dasar blogger kann..? Semua benda pun nak google. HAhaa..

AVISENA Specialist Hospital Shah Alam

Perghhhh ….!! Sebuah hospital yang berkonsepkan hotel yang mewah. Teruja Nina tengok! Memang cantik dan tak nampak pun macam hospital tapi lebih pada hotel yang mewah yang ada menyediakan perkhidmatan kesihatan dan rawatan dalam pelbagai pengkhususan.

Selain khidmat Health Screening, kat sini pun ada perkhidmatan Infertility & IVF, Sport Injury, Knee & Joint, Laparoscopic Surgery, Fess Ballon Sinuolasty, Interventional Cardiology, Oral & Maxillofacial Surgery. Jangan tanya Nina maksud terperinci nya eh.. Bahasa Hospital semuanya. Nina pun tak mampu hadam. HAhaa Kita tak belajar medic

AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital Shah Alam

Apa yang membuatkan Nina lagi excited bila terusan  belek kat website depa dan nampak pihak AVISENA Hospital memperluaskan perkhidmatan peribadi dan penjagaan kesihatan mereka. Pada May 2019 nanti akan adanya Hospital Pakar Kanak-Kanak & Kanak-kanak AVISENA (AWCSH).

Hospital Pakar Wanita & Kanak-kanak AVISENA (AWCSH)  beroperasi  6 MAY 2019 nanti

Kalau korang tengok website depa, kuslassss seyh! Akan adanya bangunan konsep butik eksklusif 19-tingkat. Fuhhh …. Tinggi! Bangunan ni khas untuk Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak aje! Betapa banyaknya pakar yang akan ada dalam AWCSH ini nanti.

Dirancang nanti akan 130 katil, 3 OT, 3 ICU, 4 NICU, 9 HDU dan 5-katil penjagaan harian. Sama ada mengalami keajaiban melahirkan anak atau memerlukan kesihatan ginekologi, kesihatan wanita, penjagaan pediatrik atau perkhidmatan khusus lain, AWCSH bercita-cita untuk menyediakan hospitaliti kelas dunia dalam sebuah hospital kelas satu. Fuhhh .. Gerek!

AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital

Ia akan menjadi hospital swasta pertama Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada penjagaan dan rawatan utama wanita dan kanak-kanak. Segala permasalahan wanita dan kanak-kanak akan terjawab di sini dengan rawatan kelas satu.

Secara dasar nya dari pemerhatian Nina, dekorasi  hospital ni memang cantik, esklusif lagi mewah.  Kemudahan yang disediakan memang taraf VVIP dan biliknya memang ohsem! Tetiba rasa tak serik, tak fobia sebab nak rasai check up mengandung dan nikmati saat bersalin anak ke-6 kat sini. OOppss…!! Verangan lebih Nina ni.. HEhee

Giler tak TERberangan, meh Nina sambung citer kat korang apa yang menarik lagi best ada kat AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital ni. Segalanya 1st class, layanan VVIP. Nikmat kepuasan dan kenangan indah yang tak dapat dibeli. Baca sampai habis naaaa…

Kemudahan apa yang ada kat AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital

Bila dah citer pasal hospital nya cantik, mewah lagi kuslasss opkos kita nak tahu kemudahan yang disediakan. Iyer tak? Yang ini korang confirm akan lebih teruja macammana Nina dok dengar citer dari kawan Nina.

Ada dalam 15 kemudahan esklusif  yang ada kat sini. Memula sekali korang kena buang jauh-jauh mentality hospital yang biasa kita tengok dan alami sebelum ni. Sebab facilities kat AWCSH ni ternyata out of the box.  Ianya bukan khayalan tapi kenyataan!

Parking

Buggy Servis

Kita mula citer dari saat melangkah masuk dulu eh… Menurut kawan Nina, parking kat sini memang banyak. Paling best saat aje kereta dah park dalam kotak parking,  kita keluar jer dari kereta, akan ada buggy yang akan membawa kita terus ke pintu lobby. Nampak? Kurlassss seyh! Tak payah jalan kaki ke lobby dari lokasi terletaknya kereta kita. Buat OKU, atau yang pakai wheel chair memang sangat memudahkan cara.

Mungkin di masa akan datang, kawasan parking ni akan adanya bumbung, lebih selamat dan selesa. Teruatama buat baby dan kanak-kanak. Yelah… ada gak kanak-kanak yang alah kena hujan dan cuaca over panas.

Concierge & Valet Services

Tadi dah ada buggy kann… Valet Services ni sememangnya dah tahap hotel punya servis. Korang sampai aje kat lobby bagi aje kunci kereta pada staff yang jaga kat sini. Depa yang akan bawak kereta korang pi parking, nanti nak balik kasitau depa dan kereta akan muncul depan mata kroang kat lobby. Alahai … macam kat hotel selalu ada tu… VVIP punya servis gitu! Best kannn…?

Inpatient Dining

Tadi kat luar kannn, haaa ni facilities dalaman lak. Bila korang admitted kat sini, bab makanan tak payah sibuk nak fikir pun. Depa akan sediakan kesemua sekali dengan penuh penjagaan. Ianya termasuk dari  sarapan percuma, makan tengahari  hingga lah ke makan malam percuma.  Dan lagi best … Opkos ianya dihantar terus ke bilik korang. Part nutrisi makanan pun ada pakar yang pantau. Terbaik laaa..

Room  / Bilik Ward

Ini antara yang paling memberi kesan saat Nina dengar cerita dari kawan Nina. Bila Nina tengok sendiri dari website AVISENA Specialist Hospital ternyata apa yang digambarkan lebih cantik, mewah, megah dari apa yang Nina bayangkan.

Serius seyhh….! Sambil tampar pipi sendiri, baru tengok gambar pun dah fuhhhh…. Kalau Nina tengok depan mata mau penuh memory phone dok snap picture sokmo. HAHaa… Dasar blogger

Royal Suite

AVISENA WOMEN AND CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL ROOM WARD

Aduyai … tengok jangan tak tengok! Punya laaa syiokkk kalau dapat dok ward ni. Rasa perit nya sakit  pun boleh reda. Dapat bayangkan satu terapi meresap  ke dalam jiwa bila berada dalam Royal Suite ni. Penuh ketenangan kannn…? Dalam suasana gini ditambah lak dengan  layanan penuh sopan santun, kelembutan lagi mesra. Alahai… bertuahnya badan.

Features

  • Electric patient bed
  • Mini room with sleeping bed for companion
  • Butler Service
  • Two (2) sets of cable TV (ASTRO)
  • Two (2) bathrooms
  • Toiletries set
  • Wardrobe
  • Separate dining area
  • Kitchenette with fridge
  • Safety box
  • FREE Wifi
  • Kettle

HAaa…. Hambik! Punya banyak fasiliti yang disediakan..

Suite Room

AVISENA WOMEN AND CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL ROOM WARD

Selamat datang ke kehidupan suite. Chewahh …. Mukadimah! Hahaa… Bilik-bilik bertema yang terkenal ini memancarkan keunggulan keanggunan dan kemewahan. Korang siap boleh pilih nak bilik tema apa.

Sama ada Jepun, Perancis, Inggeris atau Bali, ia menjadikan penginapan yang sangat memuaskan dan menyenangkan. Eh EH … Sila sedar dari lamunan ya, ini hospital bukannya hotel. Gempak seyhh..!! Hospital bertaraf hotel mewah. Memang mewah kannn…??

Executive Room

Aduyai … Terasa macam dalam mimpi lak kann…? Jahat Nina ni.. Ok laaa Nina kasi korang berada kat alam nyata lak. Bilik Executive ni midle room yang  ada kat sini. Tapi  > > > > > > korang tengok laaa sendiri. Yang ini pun tetap mengekalkan ciri-ciri Hospital ala hotel gitu. Puashati laaaa..

AVISENA WOMEN AND CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL ROOM WARD MATERNITY

Bayangkan pas bersalin, dok dalam bilik yang mewah gini, penuh keselesaan… Fuhhh… Hilang sikit rasa sakit tu kann?

Pasal ni laaa  Nina bilang tadi tetiba rasa nak pregnant lagi!. CC. Geng .. Oopsss..!! Macam laa dia baca blog Nina  nanti korang tolong pm personal dia suh baca eh.. HAAHA gelak jahat!

Okey, tadi tu bab mak mak kann… Ahaa yang ni lak untuk children’s lak. Dah nama nya pun  AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital so godek-godek gak apa yang menarik untuk anak-anak.

Ward Kanak-kanak

AVISENA WOMEN AND CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL ROOM WARD

Ya ampun… Korang tengok, selesa kann? Warna yang ceria, bilik yang selesa kemas gini cukup memberi terapi minda buat anak-anak supaya cepat sembuh.  Kita yang dok meneman pun terasa keselesaannya.

AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital

Friendly hospital for kids

Klinik Pergigian

AVISENA WOMEN AND CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL SHAH ALAM

Apa yang paling menarik kat sini, equipment yang disediakan untuk kanak-kanak sangat comel! Tengok saja kerusi untuk pesakit. Anak-anak kalau nampak ni, confirm terus lupa fobia jumpa dentist kannn? Alahai… kenapa laaa comel sangat. Nina lak terasa nak dok kat kerusi ni. Don’t worry, kita petite size kecik comey jer orangnya, gerenti muat dok sini. HAhaa..

Pakar Pediatrics yang ramai dan berkaliber

Kawan Nina bilang masa dia dapatkan check up kat sini, doktor pakar kat sini bertauliah lagi berpengalaman. Sebab tu laaa kes dia dirujuk ke Doktor Pakar di AVISENA Specialist Hospital ni. Doktor sini baik-baik belaka. Ramai yang soft spoken , setiap apa yang diterangkan pada pesakit sangat jelas , mudah difahami dan ini memudahkan segala rawatan susulan kemudian hari.

Kita sendiri boleh pilih nak doktor pakar yang mana untuk berurusan. Nak book date appoitment pun mudah mengikut hari dan waktu pilihan kita. Semestinya follow waktu operasi klinik pakar. Jangan lak korang pi request sabtu ahad lak eh… Bababb kanggg!

Cafeteria

AVISENA WOMEN AND CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL SHAH ALAM

Bila datang check up opkos kita akan singgah makan minum kann..? Mmmm… café kat sini korang wajib singgah walau korang tak pi checkp up atau melawat sesapa yang admitted kat sini. Kawan Nina citer café sini sedap… Dah laaa depa tu selera tekak cerewet bab makan, bila orang gitu cakap sedap, Nina lak yang terliur dibuatnya. HAhAaa..

Bukan saja sedap, keselesaan kebersihan di café AWCSH yang paling keutamaannya. Susun atur café tang minimalis cukup santai untuk kita nikmati hidangan yang bukan saja sedap malah berkhasiat  dari café ini. Nina dimaklumkan yang menu dan hidangan dipantau oleh pakar pemakanan dari AWCSH  ini sendiri. Pihak hospital bukan saja menjaga pesakit malah pelawat turut sama dapat manfaatnya.  Terbaik laaa…!! Tetiba rasa nak buat review lak café sini. HEheee… Dasar food blogger gini lerrrr

Nina dapat rasa, satu keputusan yang tepat kawan Nina dapatkan rawatan kat sini. AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital bukan saja  punyai doktor pakar yang bertauliah malah hospital ini sendiri punya satu keistimewaan yang tak ada di hospital lain.

Why not dapatkan khidmat rawatan dari pakar dan penjagaan yang terbaik untuk diri sendiri? Untuk isteri dan anugerah kita yang tersayang? Sapa lagi nak beri layanan bertaraf VVIP di hospital ala hotel mewah kalau bukan di AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital. Kannn…??

AVISENA WOMEN AND CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL SHAH ALAM

Waktu operasi
Klinik Pakar AWCSH
Mon to Fri: 9am to 5pm | Sat: 9am to 1pm
Ahad / cuti umum – tutup
Klinik Pakar Pediatric
Lanjutan masa tambahan : 6pm – 8pm (Monday to Friday)

Ikutkan banyak lagi Nina nak citer tapi, adalah lebih afdal kot korang nakkan lebih info lebih lanjut korang boleh laaa mentelaah kat

Web : http://www.avisena.com.my/awcsh/
Facebook : https://www.facebook.com/avisenawcsh/

Atau terus ke

Avisena Specialist Hospital
No. 4, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : (603) 5515 1888

Okey … Jaga kesihatan, amalkan pemakanan yang sihat yaa.. Jangan lupa lalukan aktiviti riadah agar ekal aktif dan ceria. Nanti kalau tak sihat boleh laaa dapatkan rawatan kat AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital kannnn…?? Ada panel rugi lak tak dapatkan rawatan dari yang pakar kann..?

Kalau korang berkesempatan untuk check up kat sini ke, buat rawatan kat sini ke  opkos nak kannn..?? Why not , iyer tak?

18 Comments
  • Lia Hasty
    Posted at 11:22h, 02 May Reply

    Wah memang kerlas uolls facilities kat sini. Sebiji hotel 5 star. Nak check tengok personal insurance ada cover tak kalau check in hospital sini kalau sakit pun happy stay kat sini

  • Aku Pujangga
    Posted at 13:06h, 02 May Reply

    Wow. Cantik hospital. Memang taraf hotel 5 star ni. Aku tengok harga takde lah mahal mana pun

  • Fadzi Razak
    Posted at 13:55h, 02 May Reply

    Diaorang dah start nak bukak bangunan baru tu. Ingatkan tahun lepas sempat lah nak merasa bersalin dekat hospital baru ni. Tak sempat rupanya. Huhuhuh

  • Julia Mahir
    Posted at 14:27h, 02 May Reply

    Best sangat nih! Kenapa la diorang nak bukak 1 branch kat Penang. Huhu. Ni kalau anak-anak besar datang lawat pun seronok x macam masuk hospital. Next baby nak kena balik bersalin kat KL ke caner ni? Haha

  • el
    Posted at 17:23h, 02 May Reply

    kalau yang berkemampuan apa salahnya spend kat hospital ni..berbaloilah dengan kemudahan yang diorg tawarkan..gila bilik diorg mcm istana kut..

  • Mahamahu
    Posted at 18:29h, 02 May Reply

    In hospital ker atau ni rumah kerabat raja wakakaka cantik dan mewah gilerrr lah kalau dapat duduk kat sini orang sakit jadi sihat hehehehe mesti harga boleh tahan kan wakakakaka kita mampu tengok jer hehehehe..

  • Mek Onie
    Posted at 22:02h, 02 May Reply

    AVISENA sekarang semakin letopppppppp ah! Onie tengok bilik-bilik dia pun dah serupa hotel. Memang selesa gila onie tengok. Nak kumpul duit nak buat rawatan dekat sini suatu hari nanti.

  • tekkaus
    Posted at 23:04h, 02 May Reply

    Wow just look at the luxurious facilities that are being accorded to the patients. For those who have the spending power, this should be their de facto place to give birth.

  • Zharif Azis
    Posted at 23:24h, 02 May Reply

    nampak mewah betul ya hospital avisena nie. tadi ada baca perkongsian dari kawan sy pengalaman bersalin di sini. nampak best betul. selesa sangat2. makanan pon tak macam makanan org sakit.

  • budak bandung laici
    Posted at 00:51h, 03 May Reply

    wah mewah betul bilik tu. dah gaya hotel tu ada. seronok la ibu kalu dapat bersalin kat sini,.rasa aman, selesa & paling penting privasi sikit bila sedara mara nak datang melawat. kena start kumpul duit ni..

  • Bonde Zaidalifah
    Posted at 00:57h, 03 May Reply

    Cantiknye hospital mewah nih, macam hotel selesa sangat, nanti bolehlah kongsikan dengan kawan-kawan tentang hospital nih.

  • Hanny Abdullah
    Posted at 02:39h, 03 May Reply

    Wahhh dah macam dok hotel dah ni, kalau dok hospital macam ni memang tak ada perasaan bosan, kalau dok lama pun tak apa..hehehe. Sure kita di layan first class gitu

  • Mimi
    Posted at 06:59h, 03 May Reply

    Kalau macam ni fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Avisena memang patutpun diberi hospital taraf 5 bintang. Dah macam hotel pulak rasanya kan. Kalau nak bersalin kat sini pun rasa tenang je sebab suasana yang beraih, luas dan complete semua.

  • Kinah
    Posted at 08:30h, 03 May Reply

    Bila tengok tempat ni kemudahan semua lengkap bagai dah macam pergi bercuti pulak padahal baru lepas bersalin. Suasana kat sini memang sesuai untuk ibu-ibu lepas bersalin yang memerlukan ketenangan, lebih privasi. Nak kumpul duitla kot2 la ade rezeki mengandung lagi hehe

  • Fara
    Posted at 08:41h, 03 May Reply

    Wah, kalau sakit pun cepat je sembuh kalau macam ni! Kalau saya nak je mintak stay lebih sikit. Dah gaya hotel dah

  • Nadia johari
    Posted at 08:57h, 03 May Reply

    Allahu, cantiknya tempat dia.. Macam ni punya tempat mau taknak balik kang.. Hahaha.. Sesuai la utk kanak-kanak semua.. Budk pun suka dtg ni.. Hahaha.. Nad pun teringin nak bersalin kat hospital mcm ni kalau boleh

  • mawardiyunus
    Posted at 23:25h, 05 May Reply

    wow cantiknya hospital ni. ni kalau tak balik rumah pon takpe hahaha. mewah sangat ni, rumah pun tak macam ni. kalau ada duit mampulah kan nak ke sini

  • JMR
    Posted at 23:00h, 08 May Reply

    cantik giler kan hospital ni..nak kena save duit bg wife bersalin yg ke-3.. tapi bila tu tak tahu lagilah..simpan duit luhhh..haha

Post A Comment