Dah tahu ke? Beli Happy Meal McDonalds dapat buku best Treetop Twins Adventures

Yeayyy …  Sekarang beli Happy Meal McDonald’s dapat buku! Sempena Program Happy Meal Readers

Sapa suka makan dekat McDonald’s?
Hurrmmm… Nina pasti ramai yang suka kann? Mama-mana Mak Pak pun bila je ke McDonald’s  pasti akan pilih set Happy Meal untuk anak-anak kann..?? Set yang lengkap siap ada gift lagi. Kebiasaannya anak-anak happy extra bila dapat makanan favorite dan mainan.  Anak-anak Nina pun sama!

Sejak January 2019, dalam set Happy Meal McDonald’s  ada special tau! Kalau dulu anak-anak hanya akan diberi pilihan mainan tapi sempena Program Happy Meal Readers, kali ni bila korang beli set Happy Meal  , korang boleh pilih samada nak mainan atau pun buku!

Ya buku! Menarik kann…??

Sesuai laaa untuk anak yang dah besar sikit tak mau mainan, depa boleh laaa pilih buku. Macam anak-anak Nina ni, Eilhan dah bersekolah tadika. Dia kurang sikit nak mainan bila beli Happy Meal tapi kali ni bila beli Happy Meal dapat buku punya laaa seronok dia!

Program Happy Meal Readers eratkan hubungan kekeluargaan dengan aktiviti membaca

Jom kumpul buat koleksi! Treetop Twins Adventures.

Ada 12 buku cerita eksklusif karya penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang telah menghasilkan buku popular ‘How To Train Your Dragon’ oleh Cressida Cowell. Buku bersiri Treetop Twins Adventures ni di keluarkan setiap bulan berlainan tajuk cerita yang menarik. Buku ini juga ada 2 bahasa. Ada Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Korang boleh pilih mana-mana Bahasa atau kalau ada baget extra kumpul ke dua-dua Bahasa. Buat masa ni Nina tengah kumpul Bahasa Malaysia dulu..

McDonalds Happy Meal Readers Treetop Twins Adventures

Memandangkan setiap bulan berlainan tajuk, andai terlepas bagaimana? Okey .. ada 2 solusi. Yang pertama kena usha usha tanya kat  outlet yang berhampiran samada mereka still ada stok buku yang lepas. Kalau ada boleh laaa dapatkannya percuma dengan pembelian Happy Meal tuk si manja!

Solusi yang kedua melalui Apps Happy Studio. HAaa… Jap lagi Nina citer pasal apps menarik ni. Cuma kat sini, korang tak der laaa buku fizikal tuk dikumpul jadi koleksi. Gitu…

Apps Happy Studio

Seiring dengan teknologi, semua pun tahu gadget dan anak-anak berpisah tiada. Asal Nampak smartphone jer  kat situ jugak laaa anak-anak dok kerumun. Kannn…??

McDonald’s merealisasikan pengalaman membaca yang lebih menyeronokkan untuk anak-anak. Buku-buku ini juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio. Senang jer… Hanya muat naik dari  Play Store atau Apple Store.

Dengan apps ini, seisi keluarga  dapat sesama meluangkan masa  membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis, sekaligus meningkatkan pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Bonding time gitu …

Apps Happy Studio McDonalds download from Play Store

Dalam aplikasi Happy Studio ni ada salinan digital buku Treetop Twins Adventure so kat aplikasi ni Nina pilih Bahasa Inggeris untuk phone lain, dan Bahasa Malaysia untuk phone lain. Anak-anak dapat membaca  buku secara digital dalam 2 bahasa. Menariknya paparan teks akan bertukar warna dari hitam ke biru bila kita perkataan tersebut di baca mengikut jari kita.  Bagus kann?

Apps Happy Studio McDonalds Play Store

Apps Happy Studio ni best tau! Selain baca buku versi digital, boleh ada pelbagai game yang menguji IQ minda si manja gak. Ada segment Sains buat ujikaji, ada selfie with icon food, ada fakta menarik, ada tips petua ibubapa. Eh! Banyak laaaa…  Menarik ! Mama nya dok belek-belek, over main game dulu sampai lupa diri. HAhaaa..!! Korang pi laaa install dan alami sendiri keseronokkannya

McDonalds Happy Meal Readers Treetop Twins Adventures

Okey .. kembali citer pasal  buku  bersiri  Treetop Twins Adventures ni, Nina sukakan material cover book nya – hard cover. Warna menarik, kualiti tahan lasak dan kertas nya pun bagus. Eilhan dok bawak ke mana-mana buku ni. Asal ada peluang dia akan suruh Mama atau kakak abang nya ajar dia baca. Finally, senang nak bagi dia dok diam. HAhaa… Bagusnya! Nina suka…

Terima kasih McDonald’s , Program  Happy Meal Readers ni bagus. Terbaik laaa.. Tahniah McDonald’s!

Korang dah ada buku yang mana? Jom sesama kumpul kita buat koleksi…

11 Comments
  • Cik Yaya
    Posted at 16:14h, 05 March Reply

    wahh bestnyer..budak2 suka la ni… heee

  • Nadia johari
    Posted at 16:26h, 05 March Reply

    Bgus ade pikihan toys atau buku. Boleh la amik dua2..hehehe.. Buku ni mmg best nad pun ada.. Tau pasl dinosaur

  • IQ
    Posted at 16:34h, 05 March Reply

    comel jer eilman tu guna apps. menarik buku dan apps ni.

  • Munirah Izzan
    Posted at 16:39h, 05 March Reply

    thanks share kak.. kena usha mekdi arr mcm ni

  • Moha
    Posted at 17:10h, 05 March Reply

    Amsyar suka buku cerita tu.. ada dinosour

  • BamHoq
    Posted at 18:31h, 05 March Reply

    Fuuuhhh dpt bukak hr ni.. Tahniah

  • PencariMakan
    Posted at 19:24h, 05 March Reply

    Bagus ni. Koleksi buku dan amalan membaca ditambah.

  • hanim
    Posted at 20:47h, 05 March Reply

    Menariklah kaedah macam ni. Lagi seronok anak-anak kan

  • Ema
    Posted at 12:50h, 06 March Reply

    Wahh..budak² mesti suka ni

  • Wan syahida
    Posted at 09:57h, 07 March Reply

    menarik jugak ni… anak2 mesti suka kan… x cukup satu ni.. mesti kena sorang satu.. haha

  • bubble shooter
    Posted at 12:08h, 28 April Reply

    Saya harap saya dapat membawa anak saudara saya ke sini dan mengambil pengalaman

Post A Comment