Happy Birthday to me! Ini lah kisah Nina yang comel tu…. Ok. Perasan!

11.12.2018

Hari ni seluruh warga Selangor cuti Sempena Hari Keputeraan yakni senang citer Birthday Sultan Selangor. Seronok sakan laaaa orang Selangor cuti kannn. Dannn….

Hari ni gak Hari Lahir Nina yang ke > > > > > > > > > > > > > > > > >
Berapa eh? Sat kira.. 🤣🤣

Sebenarnya memang lupa pun. Tapi yang pasti dan sedar diri, usia Nina memang dah masuk 4 series. Patploh berapa yang tak pasti. Buleh gituh? Sila tepok dahi sendiri.

Hurmm… Lantak lah, apa ada dengan cinta kannnn? Eh! Apa ada dengan Umur kannn, sekadar angka.

Syukur Alhamdulillah masih bernafas, bernyawa masih diberi peluang bersama yang tercinta lagi tersayang. Sesungguhnya ini lah nikmat yang tak terhingga dari MU

Mmmm… Ada pernah pm nak Nina selitkan kisah Nina dalam blog ala-ala diary gitu sebab so far blog Nina lebih general. Sesekali ada laaa Nina masukkan element personal walau tidak secara terangan selebihnya sedikit dalam entri.

Bukan tak nak cerita kan kisah life Nina terusan, ada kata share laaa drama yang selalu Nina tengok, keletah anak-anak kat rumah, apa Nina suka beli, kisah masa kecik, remaja, keje dulu.. Eerrkkk! Hamboi… Hang nak jadi klon Nina kah? 😂😂 Lupakan jer laaaa.. Nangis meraung nanti. HAhaa..

Ok citer sikit tuk korang… Mampu ke Baca sampai habis? 😂😂

Happy Birthday to me!

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi di atas kurniaan Mu. Masih bernafas di bumi Mu walau kadang kala semput sesak nafas asthma attact sekali sekala. Redha tanda Kau sayang kann…

Setelah genap 4 teettt…
Berliku onak duri yang tajam, menusuk, tercucuk, menikam, tertikam telah Nina lalui. Tak lupa di anugerahkan saat terindah,  kegembiraan,  kebahagian,  hidayah  dari Mu.  Syukur  Alhamdulillah

Mengenali  Nina tak susah pun. Anak sulung yang agak tegas.  Seorang kawan yang simple,  jujur,  ikhlas tapi Nina agak mudah sayang percayakan orang.  Nina juga orangnya kedekut.  Yes!  Kedekut berkira-kira bila nak belanjakan duit untuk diri sendiri. Typical mak mak gini kot.  Untuk anak-anak boleh  aje.  Korang gini gak tak?   Hehe.  . . .

Gambar ni sehari dua sebelum Umur ni jejak ke patploh satu tahun. Masih comel kannnn.. Ahaks! Poyo.. HAhaa.. di pagi hari kelahiran. Dah menampakkan  sikit  kedutaan kat wajah tu .. Tak pe, itulah wajah kematangan. Chewah … Ayat sedapkan hati. Hahaa

Zaman kanak-kanak

Zaman kanak-kanak biasanya penuh dengan gelak ketawa, kadang-kadang ada episod merengek merajuk… Kannn…. Tipu laaa sentiasa cool jer! Bukannya tinggal kat negara omputeh Paris sana kann… Merry Christmas! Eh… Plak…

Ok, Zaman kanak-kanak Nina bukan indah sangat untuk dikenang. Tapi dipenuhi pengajaran dan itulah pengalaman berharga Nina. Banyak pahit yang harus di telan pada usia kanak-kanak ketika tu. Masih segar dalam ingatan, Nina sorang jer gi sekolah bawak 2bag. Satu bag sekolah, satu lagi bag jualan.

Ya, Nina jual kacang, keropok kat sekolah. Malam-malam packing sendiri kacang keropok tu  jadikan pack kecik. Masa tu jual sepaket 10- 20sen. Niat nak bantu Mama Nina masa tu. Malu? Memula jer… Kengkawan ejek. Aarghhh…. Peduli laaa. .. Duit tuu laaa buat beli makanan makan malam kami.

Tapi… Rupanya rezeki jualan kacang tu tak lama untuk kami. Dapat report dan terpaksa dihentikan. Akur… Terpaksa akur. Apakan daya kanak-kanak kecik sekarang pun masih kecik pendek  hehe…  Sekolah rendah ketika itu nak pertahankan pintu rezeki untuk keluarga. Ya… Sedih sangat tak dapat bantu Mama. Maafkan Along Mama. ..

Zaman Sekolah Menengah

Sekolah menengah zaman remaja memang indah penuh keceriaan. Saat ni punya bff. Kawan pompuan.  Nama?  Ssyyhhhh..    Korang nak tau, setiap hari Nina dan bff tulis surat dan saling berbalas surat. Padahal setiap hati gak pergi sekolah sesama dan sekolah yang sama gak! Entah apa laaa yang kami dok tulis dalam surat tu. Kalau ingat memang lucu! Banyak lak idea tulis surat luahan perasaan. Agaknya inilah punca result karangan BM Nina skor A selalu kot!! Rajin membina ayat. Hahaa. . .

Sedih tengok gambar ni… Ada di antara dalam tu telah tiada. Al-fatehah untuk mereka. Moga roh nya berada di sisi orang-orang yang beriman. Aamin…

Syukur Alhamdulillah, saat itu Nina dikelilingi kengkawan yang positif. Sentiasa beri sokongan moral dan ada yang contact hingga gini. Biasalah group WhatsApp sekolah. #SMTE’94 Korang pun ada kannnn group sekolah …
Derang dalam group  tu semua caring, saling ambik berat sesama kita.  Sayang korang!

Lepas SPM 20-an

Lepas habis SPM, Nina keje. Macam-macam keje Nina cuba. Cari pengalaman lah katakan. Paling lama Nina keje di sebuah Bank Awam.  Tak yah kasitau  bank apa ehh…  Bukan dapat duit pun… Hehe

Usia 20-an. Disini lah paling banyak Nina belajar erti kehidupan. Mengenali hati budi, sifat sesama umat tahap tertinggi PHD, erti persahabatan dihiasi nilai ikhlas jujur, erti kegembiraan beroleh kejayaan kesetiaan, erti kekecewaan yang mengajar peritnya sakitnya hati ni tersusuk bak sembilu oouchhhh! , dan tak lupa episod cerita fitnah lagi menarik berbanding hal sebenar. Trend netizen sekarang.  Hurmm….

Tapi bermula sini lah Nina mula belajar kenal erti susah senang, pahit manis kehidupan yang lebih nyata.  Alaaa…  Macam bank statement  tu.  Jelas!

27/12/2002

Tarikh paling bermakna dalam kehidupan Nina. Tukar nya status dari Cik ke Puan. Seronok! Opkos..
Apa yang best? Mmmm… Anniversary  tak lama jer lg.  Aauummmm!  Eh!  Tak mo citer laaa.. Nanti hujung tahun Nina citer ehh . . . . Bersambung~
Alaa, relax laa..  Anggap aje macam korang tengok drama tu, kann ada screen tergantung citer tak sudah pastu tulis bersambung. Gitu laa… #dramasangat Hehe

Fasa 30-an

Syukur Alhamdulillah… Fasa indahnya seorang isteri , ibu … Nina berpeluang merasa saat mengandung, bersalin czer dan normal. Dua-dua Nina dah rasa. Indah kannn…. Dalam tempoh 15 tahun, Nina punya 5 anugerah terindah. Ramai kannn bala tentera Nina. Cantiknya aturan Mu Ya Allah. Korang nak tahu kenangan pengalaman saat bergelar ibu mengandung dan melahirkan – Nina ada coretkan kat entri Selamat hari Ibu , kenangan bergelar Mama

Tatkala umur Nina di usia 30-an juga segalanya lebih mencabar. Rupanya cabaran kehidupan di usia 20-an tuu kacang jerr. Tak sehebat mana pun sebenarnya. Namun pengalaman itulah yang mengajar erti kedewasaan.

Cabaran kehidupan yang mematangkan

Urusan kerja tika ini yang kian mencabar. Jangan tanya Nina keje mana masa ni. Tak de apa yang menarik! Titik. Nina andaikan di sini Nina akan temui semangat setia kawan sejati dah macam satu  keluarga. Ala manis buah gitu.

Nina dikelilingi kawan yang baik sangattt depan mata rupanya dia lah kawan yang tikam Nina dari belakang dan musuh dalam selimut eh! Tak lemas ke dia dok dalam selimut?? Lantak laaa dia… !! Hahaa.. Mimpi ngeri di sini. Huhuu

Disinilah fasa kematangan dalam kehidupan. Nina pasrah. Syukur Alhamdulillah dengan adanya Geng di sisi, sentiasa beri sokongan dorongan, Nina dapat tempuhi fasa ini dengan tabah, sabar. Terima kasih Geng!

Namun, benar lah kata pujangga. Selepas hadirnya hujan ribut taufan banjir kilat ok over,  pasti kemudian  muncul pelangi nan indah.

Fasa surirumah

Bermula lah episod baru dalam kehidupan Nina bergelar surirumah. Nina tahu ramai yang bekerja nak sangat jadi surirumah tapi ini bukan impian sebenar Nina. Nina akur ketentuan.  Terpaksa lalui walau pada mula dalam diri penuh penafian.  Rupanya ini lah hikmah di atas apa yang terjadi sebelum. Nikmat dari Mu.  Syukur Alhamdulillah..

Teringat lepas Nina berhenti keje, tak lama masa tu  anak Nina kena chicken pox. Berturut-turut derang kena. Masa tuu Nina punya 3 orang anak. Bayangkan kalau Nina masih keje. Dah tentu kena buang keje kot.  Majikan mana sanggup benarkan pekerja cuti sampai 2 bulan lebih. Bukannya cuti bersalin iyer tak? Tak akan ada yang memahami andai Nina masih bekerja masa tu.  DIA dah susun atur  yang terbaik untuk Nina sekeluarga rupanya  🙂

Bukan mudah surirumah ni walau nampak mudah. Ada masa , memula rasa seronok dunia baru. Ada ketika akan rasa kemurungan – lost dalam kehidupan. Masa ni Nina sambung belajar. Habis belajar dah graduation  dok rumah aje!  Korang rasa??

Rasa seolah tak berguna, tak memberi apa-apa makna untuk keluarga. Yelah, tetiba tak de income,  tak de duit poket,  tak de kawan keje, tak de masa breakfast, tak sempat lunch. Penat!  Fuhhh….  Aahh,  penat tapi entah apa buatnya. Hahaa… kannnn….?? Hanya yang melalui mengerti perasaan seorang surirumah. Setuju kannnn….??

Dunia Blogger

Alhamdulillah, Nina  mula  berblog dah 7 tahun. Tapi sekitar 4 tahun lepas, Nina kenal kengkawan yang saling memberi kata-kata positif,  beri sokongan minat Nina. #KelabBloggerBenAshaari | Inilah kawan Nina sekarang. Walau kami berhubung di alam maya namun ikatan ukhwah ini lagi utuh. Tanpa sempadan, tanpa perbezaan darjat, tanpa perlu ada sebab. Mereka bukan sekadar blogger. Sayang korang!

Dunia blog ni satu kepuasan bagi Nina. Bebas menulis, bebas berkongsi apa saja. Eerkkk.. Personal sangat Nina tak share pun. Hehee.. Sharing Maklumat, pendapat, cerita, kenangan mahupun sekadar rujukan resipi untuk diri sendiri.

Ada juga dugaan rupanya

Ingatkan indah belaka… Rupanya di mana-mana bumi dipijak pasti ada suka duka. Awal berblog Nina sekadar catatkan resipi yang dah Nina cuba untuk rujukan sendiri atau mungkin untuk anak satu masa nanti. Skema sangat masa tu..  Lantak laaa bukan ada sapa nak baca pun kannn…

Sejak join #KBBA9 penceritaan Nina berkembang ke arah lifestyle.  Apa saja Nina tulis tuk jadikan kenangan.  Tapi tak semua suka apa kita buat.  Tak semua support walau dia orang terdekat, kawan sekeliling kita.  Dia tahu jalan cerita walau tak pernah komen. Well,  i know you read my blog.  Got you! Hipokrit nya awak… Kan lagi manis indah awak tinggalkan jejak tanda support  🙂

Hurmmm ….

Atau awak memang suka baca cerita Nina pastu seronok sakan kutuk-kutuk kat belakang?  Hahaa…  If yes,  you’re  jealous!  Oouchhh…!! Bagi awak dunia blogger ni sampah tak de manfaat. Dok tulis cerita macam-macam,  pi sana nak citer,  pi sini pun citer,  pakai apa pun citer,  masak apa pun citer.  Sedar tak,  awak dok google setiap hari tuu, pasal resipi laa,  tempat makan sedap,  tempat cuti, bla blaa blaaa. Sapa yang tulis bagi info pembacaan kat awak?! Blogger kan…

InsyaAllah,  selagi ada kudrat,  masa terluang Nina akan terus kan penulisan. Sokongan positif yang menyokong apa Nina buat lebih bermakna dari mereka yang dok suka hentam aje. Kawan yang bukan sahabat datang dan pergi bagai ombak menghempas pantai. Chewah…

Syukur Alhamdulillah
Saat ini Geng dan bala tentera anak-anak masih menemani di sisi memberi 2.6 ber billion keceriaan kebahagiaan. Allahuakbar indahnya Anugerah dari Mu

Syukur Alhamdulillah
Mama tercinta, Abah tersayang, adek beradek, sedara mara, sepupu sepapat, kaum keluarga yang  masih ada ketika ini. Teruskan ber Doa untuk Along yaaa hingga hujung nafas. Along juga akan sentiasa doa kan yang terbaik untuk semua. Air di cincang tak akan putus walau apa terjadi. Yang telah tiada, Al-Fatehah untuk kalian. Moga berada dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin…

Syukur Alhamdulillah
Saat ini diberi peluang merasai nikmat kasih sayang antara kawan, sahabat, teman… #KBBA9 Love korang!
Masya’Allah.. Korang amat bermakna tika ini dan seterusnya. Korang lah sumber inspirasi, semangat untuk Nina meneruskan minat Nina berblog. Walau mereka yang lain Hurmmm…. Baik tak payah teruskan . Spoiled mood jer!

Syukur Alhamdulillah
Kengkawan alam maya, kengkawan sebenar yang wish birthday Nina kat fb, email, whatsapp, pm, dm,….
Korang, terima kasih banyakkk di atas ingatan dan Aamiin di atas Doa kalian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian sudi doa kan Nina. Terharu Nina…

Ppssttt…. Baru-baru ni Nina berpeluang melancong #metime bersama kengkawan blogger Nina. Syiokkk yang amat weyhh.. Maklumlah semua mak mak jer.. Sakan lupa diri. HAhaa..
Kemana? Ahaks! Stay tune… Doakan Nina punya tahap kerajinan dan dilapangkan masa tuk update citer dalam blog eh .. Aamiin

Hadiah terbaik untuk Nina

Sebaik – baik hadiah adalah DOA yang baik-baik untuk yang tersayang. Nina tahu korang tak akan mampu nak belikan tuk Nina bunglow ke, penuhkan account ASB Nina sampai cecah limit ke, hadiahkan Nina Bentley ke.. Oopsss melampau sangat! Hahaha… Cukup sekadar DOA, itu lah yang paling terbaik.

Eh! Korang baca sampai sini dah? Serious?! Dah nak habis ni. Aduyai …  Gigih nya.. Terharu Nina. Nina sendiri tak sangka mampu cerita tulis sampai berjela-jela gini. kalau tahu, baik Nina terbitkan terus novel kann…?? Ok poyo over Nina ni.. Usah layan..

Makaseh banyak korang sudi jadi teman, sahabat Nina. Kenang daku dalam Doa kalian.
Sayang semua! Muahhh  . . .

 

6 Comments
  • cik nor
    Posted at 09:17h, 12 December Reply

    hepi bestday kak nina..moga sihat dan ceria sokmo..:)

  • IQ aka Izyan Balqis
    Posted at 10:26h, 13 December Reply

    happy birthday kak nina! moga terus berjaya dan berjaya dalam apa jua perkara yang kak nina buat.

  • bloxorz
    Posted at 11:39h, 19 December Reply

    I would like to thank you for your nicely written post

  • Nadia Johari
    Posted at 01:41h, 27 December Reply

    hadiah happy birthday paling seronok ni..banyak benda yang berlaku kan..sekrg dh ada anak 5..hebat kak nina

  • wallpaper hd
    Posted at 11:27h, 04 January Reply

    Thanks for all your information, Website is very nice and informative content.

  • DescargarFondosDePantalla.net
    Posted at 23:15h, 16 January Reply

    thank you so much

Post A Comment