• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

STEM Academy Malaysia membongkar IQ kreativiti Eilyana

November 21, 2018 by Nina Mirza 22 Comments

Cuti sekolah bakal bermula beberapa hari jer lagi. So far Alhamdulillah kelengkapan kasut sekolah untuk anak-anak Nina dah pun settle. Bukan mudah nak uruskan shopping kelengkapan sekolah semua sekaligus. Dengan deretan kanak-kanak riang ni boleh huru hara seharian oooo… Huhuuu Nampak mudah tapi memang kena rancang betul-betul.

Itu baru bab shopping memang kena plan betul-betul, belum citer bab holiday cuti-cuti Malaysia , belum citer bab tuition tambahan dan tak lupa aktiviti extra kelas untuk mereka.

Kat mana ada program cuti sekolah yang bagus tuk anak-anak?

Hurmm… Aktiviti extra yang bermanfaat adalah satu ruang dan peluang yang mak pak selalu terlepas pandang. Sebabnya …. Mungkin rasa tak penting, mungkin rasa macam perlu ker? Apa aktivitnya? Ataupun mungkin korang tak tahu pun apa aktiviti yang bagus untuk anak-anak kita… kannnn..??

Ok, buat kengkawan yang selalu sudi baca facebook Nina, tengok Instagram Nina, makaseh awakk Eh! Macam bagi ucapan plak! Oopsss….! Korang tentu perasan minggu sudah Nina ada kasitau yang Nina akan join Parent-Kid Experimental Workshop kat STEM Academy.

STEM Academy Parenting Workshop Terbaik Untuk Anak dan Kita

Eermmm… Korang pernah dengar pasal STEM Academy? Meh Nina citer sikit maksud tersirat tersuratnya.

S – Science
T – Technology
E – Engineering
M – Mathematics

Ini lah subjek teras yang anak kita dok bertungkus lumus belajar kat sekolah tuu… Di STEM Academy mereka menggabungkan kesemuanya dan apply terus ke dalam kehidupan seharian kita. Pahey dak? Eerkk… macam susah nak faham eh? Hehee…

Ikut kan Nina pun baru gak tahu pasal STEM Academy ni. Mungkin kat Malaysia cara pembelajaran ni baru tapi kat luar negara ianya dah lama bermula. Walaupun kita dah sedikit ketinggalan tapi lebih baik tahu dari tak tau apa-apa.. Setuju?

Apa yang menarik di Parent-Kid Experimental Workshop STEM Academy?

STEM Academy Malaysia Parenting Workshop Terbaik Untuk Anak

Masa workshop tu Nina bawa Eilyana, anak ke-3 Nina yang agak pendiam bila depan public. Kat rumah dia memang pok pet pokk pettt jer keje dia, sampai ada satu masa Nina suruh dia diam 5 minit boleh?! .. Mama Kejam! HAhaa…

Bukan sengaja bawak dia cuma memang sengaja Eh! Saja nak beri peluang dan ruang untuk dia bersama Nina seketika kira macam ‘me time’ laaa, sebab kat rumah selalu marah dia HEhee… Manalah tau sesekali keluar tanpa kakak atau abang Yana lebih berdikari kot… sekadar telahan seorang ibu. Selama ni semua benda nak berteman. Kena ada kakak atau abang jer kann… Kdang tu adek Eilhan pun kena temankan Yana.

Teruja dengan daya kreativiti anak-anak di STEM Academy

STEM Academy Malaysia Parenting Workshop Terbaik Untuk Anak

Sabtu lepas masa yang di tunggu pun tiba. Terlihat raut wajah Yana agak stress, macam gabra sikit kot tapi dia nampak excited nak join workshop ni. Nina sendiri pun tertanya-tanya juga apa yang ada kat sini, apa yang menariknya pembelajaran style gini. ..

Ni kira parent-Kid Workshop maka ibu dan anak kita satu team yang perlu bekerjasama melaksanakan tugasan yang bakal diberi. Setelah diberi taklimat, sebaiknya kita sebagai ibu sekadar membantu dan biar anak yang cuba selesaikan tugasannya. Mama co-pilot jer… ok!

Sesi pertama

Ada 2 game hari tu, sesi pertama setiap peserta di beri bag misteri. Dalamnya ada beberapa bahan bersama situasi yang berbeza setiap peserta dan kita diberi masa 10 minit untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan bahan yang disediakan dalam bag misteri tu..

Kat Instagram Nina ada Nina post video untuk game yang pertama. Soalan yang Yana dapat – Andaikan Yana seekor spider bersama best friendnya Bee. Tapi Yana spider kannn tak boleh terbang tapi Yana ingin terbang bersama-sama Bee so Yana perlu menghasilkan sebuah benda yang membolehkan Yana terbang bersama kawannya Bee.

nah …. tengok sat short video seminit ni….

View this post on Instagram

Ahaaa…. Tengok! Projek pertama.. Di @stemacademymy STEM ACADEMY Parent-Kid Experimental Workshop hari ni. Eermmm…. Korang rasa, agak² korang Yana akan buat apa untuk menyelesaikan masalah dia dengan menggunakan bahan yang ada dalam misteri bag dia? . . Bukan mudah tapi ini lah yang diterokai Yana untuk mencipta daya kreativiti dia. . . . #NinaMirza #KBBA9 #KelabBloggerBenAshaari #STEMAcademy #STEMAcademymy #ParentingBlogger #ParentingWorkshop #STEMParentkidExperimentalWorkshop #schoolHolidayProgram #education #mykid #weekend #instadaily

A post shared by NINA MIRZA Official ❤☕ (@nina.mirza) on Nov 17, 2018 at 11:52pm PST

Bahan yang disediakan dalam bag misteri Yana adalah lidi, tali, kertas, pita pelekat, kapas, penutup botol. Hurmm…. Kalau korang , nak buat apa dengan bahan ni? Cer fikir sat …

Yana ni cool jer orangnya. Boleh plak dia diam jer… “Yana, think Yana think! Yana nak buat apa?” Masa berjalan ni… Pastu Yana kata dia nak buat kapal terbang kertas. Alamak! Sorry sayang , serius Mama tak ingat cara lipat-lipat kertas tu Yana ooiii! Aduyai…camner ni..!!!????? Apa punya mama laaaa… So Sad 

Kata teamwork tapi nak biar anak yang buat keputusan. Ayoyoyoo… Pastu dia kata nak buat air balloon. Alamak… Mana ada depa bagi belon Yana… Pastu Nina tanya Yana tau buat kotak tak? Dia kata tahu..
Ok yes! Bagi merealisasikan impian air balloon dia, mama tolong laa sikit-sikit lipat, gam, lekatkan bagai maka ini lah hasilnya ….

STEM Academy Malaysia Parenting Workshop Terbaik Untuk Anak

Sapa sangka tahap imaginasi dia setinggi tu… Serius Nina sendiri tak sangka. Dalam tempoh 10 minit mampu menyelesaikan masalah. Hadap masalah yang ada depan mata, dia cool seyhh… terima apa yang ada depan mata seadanya dan laksanakan hingga berjaya! Ini lah daya kreativiti, sains, teknologi, maths yang dia belajar selama ni kat sekolah digunapakai di STEM Academy.

ni hasil sentuhan pederta yang lain. Hebat kreatif anak-anak ni semua kann…?

Sesi kedua

Ok, game ke-dua lagi best! Kali ni semua orang dapat soalan yang sama, bahan yang sama dan hanya kreativiti masing-masing yang bakal menyerlah kepintaran mereka menyelesaikan masalah dengan sewajarnya.

STEM Academy Malaysia Parenting Workshop Terbaik Untuk Anak

Ini bahan-bahannya… beberapa helai kertas, straw, cawan plastic, pita pelekat dan marsmallow sebagai alien. Task nya alien nak mendarat ke bumi, kena cipta kapal untuk alien tu mendarat dan syarat utama semasa kapal jatuh alien tak boleh terkeluar dari dalam bekas plastic tu.

Oh my! Nina buntu tetiba rasa stress weyhhh masa tu. Hohooo…. Yana ni lak memang sepsis cool aje gamaknya. Masa berjalan dia buleh plak buat muka relax jer…. Ggrrrrrrr… Rasa macam nak jadi hijo pun ada masa tu! HAhaa…

So Nina tanya , alien ni marsmallow kena ada kapal, pastu kapal kena jatuh cantik dari udara angkasa lepas tuu, tak boleh terbalik tergolek golek. Marsmallow ni kena selamat ada dalam cawan ni masa jatuh. Camner Yana?

Dia kata kapal alien kannn bawah dia besar. Aduh…. Pengaruh movie UFO lak dia! “So kita letak kertas laa kat bawah dia kan mama?” Bijak bijak…

Maka ini lah hasil usahasama Mama dan Yana …

STEM Academy Malaysia Parenting Workshop Terbaik Untuk Anak

Yang ni hasil sentuhan rakan-rakan Yana yang lain. Semua hebat-hebat belaka!

Parent-Kid Experimental Workshop ni di serikan tetamu jemputan Angkawan Negara kita Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Tinggi, sporting orangnya. Eh! Nina yang rendah… HEhehe.. Beliau ditemani bersama 2 puterinya yang cantik comel. Bijak peramah yang sulung tuu… Adiknya pemalu sikit.

Sempat lah selfie buat kenangan… Angkasawan Negara tu..!! Terima kasih Datuk, sporting and humble 🙂

Mama bangga dengan Yana!

Saat paling tak terkata, Nina memang tak sangka rupanya projek ke-2 Yana menang! Setelah semua peserta siap tugasan, kanak-kanak diberi diberi kertas, tulis nombor projek yang paling derang suka dan pihak STEM Academy akan kira nombor mana paling banyak vote, dia lah menang. Tahniah Yana!

Yana dapat siapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan pun Mama dah cukup terharu, bangga, tak percaya apatah lagi menang vote. Tak terkata Mama.. Dari riaksi raut wajah Yana, mama tahu Yana seronok sangat! Tak sabar nak balik cerita kat kakak, abang, adek kannn…?? HEhehe…

Apa yang menarik aktiviti di STEM Academy ni ?

Dari apa yang Nina nampak, kat sini lah tempat terbaik untuk kita meluangkan masa bersama anak sambil belajar. Bukan anak aje yang belajar malah kita sendiri secara tak langsung turut belajar lebih mengenali anak kita.

SKILL STEM EDUCATION

Membuat keputusan di saat getir dan menyelesaikan masalah

Dari apa yang pelajari sepanjang wokshop ni, banyak elemen pendidikan yang diterapkan secara langsung dan tidak langsung. Apa yang anak kita belajar kat sekolah, mereka praktikkan kat sini secara praktikal semulajadi seiring permasalahan yang mereka alami.

Adaptability

Bagaimana anak kita menyesuaikan diri mereka pada keadaan tertentu. Berdepan dengan masalah, tak tahu nak buat apa, samada panic, cool macam Yana sampai mama yang stress tengok dia relax jerr atau yang Nina nampak anaknya pantas membuat keputusan atau tak mau semua, nak balikkkkk…!!!! Acaner? HAhaaa… So far tak de macam tu pun hari tu..

Kemahiran berkomunikasi dengan baik

Hurmm…. Part ni memang terbaik laaa.. Tak semua anak ada keberanian untuk berdiri kat depan dan mampu bercakap dengan baik depan public. Komunikasi amat penting sekarang, walau sepandai mana anak kita, teknik berkomunikasi lemah payah nak pergi jauh.

Bebudak sekarang bukan macam kita mak pak dolu-dolu, nanti depa ni nak mintak keje mereka kena tau teknik bawa diri, bercakap berdepan dengan orang dan membuktikan dia mampu terima cabaran tersebut bersama kelayakkan yang dibawa. Bercakap macam mudah kannn… Tapi inilah hakikat yang perlu anak-anak kita tempuhi nanti. Dari sekarang lah jatidiri dibentuk.

Menganalisis maklumat

Anak-anak diberi task projek bersama jalan cerita. Mereka perlu fahami apa yang perlu , penting, dilakukan pada ketika itu. Bagaimana solusi yang perlu dibuat bagi mengakhiri jalan cerita tersebut. Dalam masa yang diberikan , disini lah daya kreativiti mereka memainkan peranan secara logical. Yelah … Kena real kan, bukan ala-ala citer cartoon tu..

Curiosity dan imaginasi

Rasa ingin tahu samada imaginasi mereka berhasil atau tidak sememangnya pengakhiran yang di tunggu-tunggu. Adakah keputusan yang mereka buat berjaya? Serius Nina sendiri teruja bila tengok setiap raut wajah anak-anak yang join worshop ni sangat bersemangat membentangkan hasil usaha mereka. “Yana, mama sungguh tak sangka mampu beri idea imaginasi yang bernas dan kita sesama jayakan matlamat kita!”

STEM Academy Malaysia Parenting Workshop Terbaik Untuk Anak

Sebelum balik, bergambar ramai bersama semua yang hadir untuk kenangan.

Rebut peluang yang ada di STEM Academy

Korang, andai korang berkesempatan bawak lah anak-anak korang join aktiviti macam ni. Selain membina tahap kemahiran fizikal mental, ini jugak masa ‘me time’ korang dengan anak-anak. Mungkin bila kali terakhir quality time korang dengan anak-anak korang. .. have fun, enjoy sambil belajar!

STEM Academy Malaysia Parenting Workshop Terbaik Untuk Anak

Terima kasih buat pihak STEM Academy… Nina pasti dengan adanya aktiviti sebegini, akan menyerlahkan lagi potensi STEM yang ada dalam diri anak-anak kita. InsyaAllah ada rezeki nanti Nina nak bawak Abang Yana – Eilman pula join wokshop ni…

Untuk maklumat lanjut korang pi laaaa tengok kat
Facebook : STEM Academy Malaysia
Instagram : STEM Academy Malaysia

Alamat
E1.02.02, Sunway Geo Avenue, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway
47500 Subang Jaya
Highlights info row image
Tel : 03-5021 4504

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Parenting, Personal, Review, Tips Tagged With: Aktiviti bijak bersama anak-anak, Aktiviti Cuti Sekolah, Aktiviti kemahiran, Info - Parenting, Info - Semasa, Pembelajaran Kemahiran Sekolah Rendah, Science Technology Engineering Mathematics, STEM Academy, Tips, Tips parenting

  • Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
    Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
  • 15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
    15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
  • Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
    Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
  • SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
    SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
  • APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
    APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
  • Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
    Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
  • Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
    Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
  • AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
    AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM



Comments

  1. YB Shehan says

    November 21, 2018 at 11:34 am

    bijak. hebat daya imaginasi dia.. smua anak2 mmg ada kelebihan masing2. bestnya dpt jumpa astronault negara

    Reply
  2. afeefah says

    November 21, 2018 at 11:36 am

    bestnya kak nina dpt jumpa dr

    Reply
  3. SalinaJohari says

    November 21, 2018 at 11:38 am

    Menarik la program ni kak nina .. kalau story kat anak² sure dyorang teruja nak join

    Reply
  4. mas saari says

    November 21, 2018 at 11:42 am

    Wahhh bagus yana, kreatif!

    Reply
  5. Ai says

    November 21, 2018 at 12:31 pm

    Tertanya-tanya apa tu STEM. Rupanya Science Technology Engineering Mathematics. Yang air baloon tu serius ai tak terfikir. Tahniah Yana.

    Reply
  6. pamela says

    November 21, 2018 at 12:47 pm

    wow is good for children. Creativity starts and let their brain works. Rather only read and memorize

    Reply
  7. Sherry says

    November 21, 2018 at 2:40 pm

    good to know of this as school holiday soon so thinking where to bring kids to go. Now we have this Stem Academy, can let my dear know if its suitable for kids to go on school holiday time or not.

    Reply
  8. Rawlins GLAM says

    November 21, 2018 at 5:55 pm

    Sekarang memang kerajaan mementingkan STEM di kalangan anak-anak muda untuk membina bangsa yang bijak dan berkualiti. Rawlins di tempat kerja pun turut sama terlibat dalam pengukuhan STEM di sekolah nie. Moga usaha kita diberkati

    Reply
  9. cindyrina says

    November 21, 2018 at 9:36 pm

    Apa lagi cuti sekolah sudah dekat. Next week start dah. Memang bagus enroll anak anak ke activity macam ni dari they all dok ngan tv or game je.

    Reply
  10. Jia Shin Lee says

    November 21, 2018 at 9:41 pm

    This is such a great activity for kids, I will surely send my kids over and try it out, looks like fun and I like that it’s educational at the same time.

    Reply
  11. Ruby says

    November 21, 2018 at 10:20 pm

    Subhanallah bestnya. Paling best bila Angkasawan Negara pun ada. IDOLA ruby tu. Hahaha. Bukan calang-calang orang. Sebab kehidupan Datuk Sheikh Muszhapar Shukor boleh dicontohi sehingga kini. Instagram dia pun aktif. Anak-anak beliau pun bijak. Parenting goal!

    Reply
  12. JMR says

    November 21, 2018 at 10:21 pm

    Tahniah Yana…ni bijak ikut genetik mak pak dia ni..paling penting, dapat bergambar dgn s.muszaphar tu kan

    Reply
  13. ayu rafikah says

    November 22, 2018 at 1:04 am

    seronoknya tengok program yang ditawarkan di stem…bagus bila tengok pendekatan yang diperkenalkan..banyak program yang dijadualkan untuk masa cuti sekolah ini

    Reply
  14. Suhana binti Shohairi says

    November 22, 2018 at 6:41 am

    Bagusnya kak aktiviti seperti ni untuk anak2 masa cuti sekolah nanti. Dpt asah potensi STEM yang ada. Aktiviti pun nampak menarik dan santai. Sure anak2 akan suka lagi2 parents join sekali kan.

    Reply
  15. Mimi says

    November 22, 2018 at 7:32 am

    Bagus diadakan aktiviti seperti ni untuk anak anak bila tiba musim cuti sekolah nanti. Sekurang kurangnya terisi masa yang terluang kan buat aktiviti berbentuk kreativiti macam ni

    Reply
  16. Liez says

    November 22, 2018 at 7:41 am

    If berkemampuan boleh hantar anak-anak untuk aktiviti cuti sekolah.. banyak promosi yang liez tgk dan mmg bagus untuk anak-anak kita. Spend cuti dengan aktiviti berfaedah

    Reply
  17. Nadia johari says

    November 22, 2018 at 3:00 pm

    Bagus yana.. Imaginasi tinggi dan cepat berfikir.. Tahniah sebab menang.. Bagusla tempat macam ni.. Anak2 enjoy

    Reply
  18. Lily says

    November 23, 2018 at 11:41 am

    wahh.. this is such a good program for kids this school holiday. Kids these days need less screen time and more things like this.

    Reply
  19. Halimah says

    November 23, 2018 at 12:47 pm

    Wah…untungnya dpt berselfie dgn Datuk Sheikh Muszhapar Shukor dan tahniah buat yang menang

    Reply
  20. Azni says

    December 5, 2018 at 11:44 pm

    Teringin nak bawak anak
    P
    Tpt camni

    Reply
  21. mostfungames says

    December 19, 2018 at 11:42 am

    Thanks for sharing this quality information with us. I really enjoyed reading.

    Reply
  22. gomovies says

    December 19, 2018 at 11:42 am

    Nice to read your article! I am looking forward to sharing your adventures and experiences

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI PULUT SERUNDING
    By : Tiffin Biru
  • Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?
    By : Ben Ashaari
  • Dengki Ke ?
    By : Saidila Lifestyle
  • MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA
    By : Sohoque
  • Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!
    By : Hafiz Rahim
  • Jangan Putus Asa
    By : Mama Kembar Tiga
  • KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL
    By : YB Shehan

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa