Telur masak kicap menu paling cepat sedap

Bila mama kononnya busy! Maka…

Alamak…!! Dah jam 12pm. Nina lupa nak jemput Eilhan tadika. Pastu jemput Yana, lagi 30 minit lepas tu jemput Eilman. Lagi 40 minit lepas tu jemput kakak Eillya. Before 2:30pm hantar Eilman Yana Sekolah Agama lak… Aduyai .. . Acah-acah busy nya la hai mama ni.  Telur masak kicap menu paling cepat sedap

Tapi…. Bukan tu masalahnya.
Itu rutin harian Nina as Embak Supir. Jangan tak tau, Nina banyak jawatan yang di sandang selain  pengurus kewangan dan house manager. Cam gempak jer jawatan kan?  Padahal surirumah jer.  Hehe…   Busy nya mengalahkan Director Ahmad Nisfu. Eerkk… Tak de kaitan pun!

Masalahnya sekarang Nina belum masak. Derang dah nak balik sekolah, nak makan sebelum pegi sekolah agama lak nanti. Huhuuuu…. 😭😭😭 Entah apa yang sibuk sangat pagi tadi sampai tak sempat masak pun entah ler… 🙈🙈 jangan ditanya

Maka… Dalam kelam kelibut masak nasi, goreng telur mata kerbau, kelentang kelentung kat dapur ini lah hasilnya.

Telur masak kicap menu paling cepat sedap

Resipi paling senang kegemaran anak-anak telur masak kicap

Telur Masak Kicap jerr….

Bahan-bahan
3-4 biji telur – goreng mata kerbau (jangan tanya mana dapat nama tu, tak de pun kerbaunya) . Favorite anak-anak suka part telur kuningnya ½ cook! Nyummy
1 biji bawang besar – hiris jer
3 ulas bawang putih – nak cepat ketuk jer
Beberapa cili merah, cili hijau (nak pedas buh cili padi)
1 biji Tomato potong baji
Kicap lemak manis JALEN
Sedikit sos tiram Jalen
Air
Minyak tuk menumis

Cara masak
1. Telur yang dah di goreng ala telur mata kerbau tu ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau wangi. Kot masa masak tu korang selsema hidung tersumbat, nampak dah kuning kekuningan tu pass laaa…
3. Masukkan air.. Masak hingga mendidih. Sebatikan rasa tumisan dan air.
4. Masukkan kicap lemak manis Jalen dan sedikit sos tiram. Kombinasi dua ni aje dah cukup menyedapkan masakan.
5. Masak sampai mendidih, pastu masukkan tomato kasi seimbangkan ada rasa original masam sikit. Pastu cili merah, cili hijau potong.
6. Curahkan kuah atas telur mata kerbau tadi . Makan dengan nasi panas-panas memang syiokk… Laju jer anak-anak makan! Settel menu paling cepat ringkas gerenti licin! Alhamdulillah

So ini aje menu yang termampu di kala masa tak mengizinkan. Jangan mengade tanya video tutorial  masak.  Bababb kang. .  Kita lagi kalut mana done nak bikin video. Masak kicap jer kot! 🙈

Maka nya… Time management amat lah penting. Tapi memang selalu akan ke laut masa tu berenang-renang mencari tepian. Sempat berfalsampah! HAhaha..

Korang lak apa menu paling ringkas cepat di masak ?

8 Comments
  • IQ aka Izyan Balqis
    Posted at 14:13h, 17 October Reply

    memang tengok telur masak kicap macam ni pun dah rasa sedap. alahai.

  • ray
    Posted at 16:18h, 17 October Reply

    lamanya x makan telur masak kicap.

  • adianiez AIDA
    Posted at 16:36h, 17 October Reply

    ni la lauk feveret aida dari kecik tau.
    now memang buat utk anak2 plak.
    time x kecemasan pun aida buat nih.
    cili padi. cili hijau. bwg besar. air limau skit.
    kuning telur separuh masak mcm Nina tu.
    wow!

  • Mariana
    Posted at 20:29h, 17 October Reply

    Terliur tgk. Senang dan sedapp

  • Julia Johari
    Posted at 10:56h, 18 October Reply

    Menu all time tak pernah bosan hadap ni haha

  • YB Shehan
    Posted at 22:49h, 18 October Reply

    ini pun leh tambah berpinggan2 woooooo

  • Qiah
    Posted at 21:15h, 04 September Reply

    Sy belajar masak telur kicap dr sini hehe

  • Hotel & Hospitality Writing Services
    Posted at 14:41h, 05 August Reply

    Hotel & hospitality assignment writing services are essential for hospitality management coursework writing service students and Hotel & Hospitality Writing Services seekers.

Post A Comment