Cara masak menu cepat sambal telur hancur

Aarrgghhhh…!! Malasnya nak masak akhirnya masak …

Korang pernah tak, mood malas lemau yang amat sangat bertahta? Semua benda tak mo buat. Tido pun tak mo. Tak tau laaa kenapa… Yelah,  manusia normal memang ada rasa gini sesekali.  🙈🙈

Aiseymen… Tapi perut dah mula nyanyi keroncong untuk Anna. Sat lagi anak-anak plak dah nak balik sekolah. Masak apa pun belum lagi ni. Bahan pun belum nyah beku lagi. Buntu nak masak apa???

Aargghhh… Malasnya nak masak. Apa menu cepat sedap ?

Akhirnya Nina terfikir nak kan yang segera cepat siap dan semestinya menu kegemaran anak-anak!

Maka Nina share menu malas bodo-bodo style Nina.  Bodo-bodo tu maksudnya campak-campak tau!  Bukan bobo dimana.  😜😜

Risau lak kena kecam macam  ritu, Nina masak Mee Goreng Bodo paling senang  di katanya tak baik kata makanan bodoh.  Aduh… . Netizen memang suka kecam  kann.. . Huhuu

Yes! Telur. Akhirnya Nina masak Sambal Telur Hancur. Sebab malas kannnn maka cili nya Nina guna aje Perencah Nasi Goreng ADABI. Malas terokkkk dah ni.  Huhuu

Cara Masak Menu Cepat Resipi Sambal Telur Hancur Sedap

Sambal Telur Hancur Dietku ADABI

Bahan-bahan
2 biji telur
1 biji bawang merah – hiris nipis
4 ulas bawang putih -Nina ketuk jer
1 inch halia -hiris nipis
1 biji kentang – potong dadu
1 batang carrot – potong dadu
1 paket Perencah Nasi Goreng ADABI
Sesudu dua Sambal Belacan Pedas ADABI – kalau korang suka terlajak pedas tambah lah 3/4 sudu. Asal tak buh sebekas terus udah lerr…. Malampau sangat kalau buh sebekas terus 😂😂
Sedikit air dalam ½ cawan gitu
Minyak untuk menumis

Cara Masak Menu Cepat Resipi Sambal Telur Hancur Sedap

Cara masak
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah bawang putij, halia hingga berbau wangi dan kekuningan
2. Masukkan kentang, carrot masak hingga empuk
3. Kemudian masukkan bahan utama – Perencah Nasi Goreng ADABI, gaul masak rata. Masukkan air dalam ½ cawan.
4. Pastu masukkan sesudu dua Sambal Belacan Pedas ADABI. Gaul rata sampai semua masak
5. Masukkan telur. Tunggu sekejap kemudian kacau kacau pecah-pecahan telur tu.
6. Kalau suka boleh masukkan daun ketumbar. Nina suka! Lebih beraroma dan lagi sedap.
7. Tutup api dan sedia dihidangkan , makan bersama nasi panas-panas memang boleh hancur diet! Huhuu….

Nota : tak payah masuk garam, sebab ikut selera Nina dah sedang elok rasa kesemuanya. Tapi kalau selera korang perlukan sedikit masin, buh laaa sikit eh…

11 Comments
  • cik nor
    Posted at 16:02h, 05 September Reply

    wow.. sedap tu k.nina.. tu bukan malas namanya k.nina. Kalau mls telur mata ngn kicap jer..haha

  • Ida Widyani
    Posted at 18:26h, 05 September Reply

    Salam, fuh, cam best rasanya, boleh try ni, tqvm for the recipy.

  • athirahassin
    Posted at 21:42h, 05 September Reply

    walaupun br lepas mkn tp bila tgk ni terliurrrrrr

  • Fadhilah Izaraee
    Posted at 23:11h, 05 September Reply

    Oh no, ini memang menu hancur dietku. Semestinya! Love the recipe. lama dah tak makan sambal telur hancur mcm ni.

  • Sueizza
    Posted at 03:28h, 06 September Reply

    Sama la kak oiiii kalaudah malas,akan masak apayg paling cepat boleh makan hehehhe

  • lisa
    Posted at 16:47h, 06 September Reply

    kalau lisa.. lisa mmg malas masak so mcm mana ? hahaha

  • Mama Kembar Tiga
    Posted at 08:00h, 07 September Reply

    Uiiii sedapnya! Makan ngan roti pun syiok ni

  • qiss
    Posted at 01:18h, 09 September Reply

    tengok gambar pun terliur…nanti nakntry resepi ni time malas masak..hahah

  • liez
    Posted at 01:57h, 11 September Reply

    nama je menu bodoh tapi sedap kannnnn???
    berulang tambah nasi tuuu

  • JULIA JOHARI
    Posted at 13:55h, 03 October Reply

    Satu lauk mcm ni x payah buat lauk lain dh kan kak…ish terliur…tq kasi idea dan resepi ni kak

  • Nadia Johari
    Posted at 00:39h, 11 October Reply

    senang sangat ni kak masaknya..klau dah takde idea bole ni ..hehe

Post A Comment