• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Enjoy sakan Mak Mak Day Out di WHIP & WHISK CAFE Alam Damai

August 18, 2018 by Nina Mirza 9 Comments

Mak mak macam Nina kadang tu bosan setepek bila dok terperap kat rumah jer kannn?? Setuju tak? Giler tak setuju. Hakikat realiti kehidupan.  Kannn. ..?  HAha

Ok, Alhamdulillah Nina punya suami aka Geng yang sentiasa memahami jiwa raga isteri nya yang comel lotte dan tercinta berkarat ni. Chewah… Eh! Ada ker suami yang tak faham isteri. Ada eh..?? Sila pi semak hati nurani tu eh.. Dulu you jump ai jump kann? 😝😝

Udah udah… Tengok Nina dah merapu. Ok Sebenarnya nak share ngan korang satu tempat lepak best! Selain suasana cafe nya tenang, cantik tersusun rapi, makanan dia pun syiokkkk sedap weyy..!! Mak mak ni bila jumpa lupa segala masalah.  Me time laaa katakan 🎉😍

Korang  kena percaya sebab bila tekak ocd bab makan macam nina dan kengkawan Nina ni yang juri nya.. Hehe. .. Tapi kannn, sebenarnya Nina tak de laaaa cerewet sangat, depa ni punya cerewet lagi tahap tertinggi. Sapa? Teka laaaa antara kami  berlima ni. Ooppsss….!!  🙊🙊

Whip And Whisk Cafe Alam Damai

WHIP AND WHISK CAFE ALAM DAMAI

Memang mendamai kan tatkala berada kat sini. Tengok… Susun atur cafe yang bersih, minimalis cukup menenangkan.

Meh Nina share menu yang kami nikmati kat sana

Salted Eggs Crispy With Calamari

Tak mampu ku bohongi….  Serius  terangkat sedap beb rasa dia..! ! Sos dia yang berkrim penuh cheezy memang asyikkkk.. ..

Whip And Whisk Cafe Alam Damai Cheras

Pekana lak ngan sotong crispy dia . Aduh..   Tak cukup  siot. .!! Sila dengar nasihat Nina,  nak order Salted  Eggs Crispy With Calamari ni jangan mengade-ngade  nak share-share.  Nangis korang nanti.  😂😂 Recommended 👍

Parmesan Cheese Chicken

Whip And Whisk Cafe Alam Damai Cheras

Menu ni portion nya agak besar gak! Sesuai laaa kot korang nak share share makan dengan penuh kasih sayang. Acececehhh… Ada isi ayam part dada beberapa ketul yang agak besar, kentang wedges, salad, (bawah salad ada roti) dan sausage. Lain dari yang lain rasa sausage dia. Sedap! Bila di tanya, rupanya sausage dia homemade. Padan laaa sedap dia lain macam. Terbaik laaa…

Parmesan Cheese Chicken ni memang mantap padu rasa dia bila digabungkan dengan sos cheese nya yang ohsem! Cuma… Kalau laaa sos cheese tu banjir melimpah pasti lagi terasa kenikmatannya. Chewah …

Oreo Slurpee ohsem!

Whip And Whisk Cafe Alam Damai Cheras

Air yang mengiurkan ni nama nya Oreo Slurpee.  Sedap kot! Tengok aje presentation nya.   Cuma selera Nina lebih pada yang light  light jer…. Atau sebenarnya Nina yang tak  cukup  kesempatan menghayati rasa dia kot   Kalau anak-anak gerenti suka slurpee gini rasanya.

Memandangkan hari tu kami pekena 2 menu tu jer tapi korang jangan risau, banyakk lagi menu lain yang ada kat sini.

Whip And Whisk Cafe Alam Damai Cheras

Nah…. Nina share sikit gambar menu nya yang sempat Nina snap masa derang dok sakan berborak kat sana. Yelah… Derang tu kannn asyik bercerita aka sharing tips camera Sony derang kann…. Kita pakai handphone aje. Sedar diri ini tak punya camera maka dok diam-diam aje. Huhuhu konon kita sedey… Kannn Tati? 😂😂

Cafe bersih tip top awakkk…. Gred A 👍👍

Wi-Fi ada kat sini 🎉🎉

Mmmm… Kesukaan ramai. Asal ada Wifi berduyun suka lepak chit chat kan… Sepantas kilat dok upload menu tu, menu ni, air tu, air ni, pose sana pose sini. Biasalah… Eh! Korang pun sama kannn?? Mengaku jer laaa

Free Coffee

Dengar free dah seronok kann? Memang best! Korang penggemar tegar coffee pasti suka! Ni haa… Ada kad tuk members. Tiap kali korang beli hot coffee kat sini,  dapatkan cop seketul, dah penuh kad ni korang boleh tuntut coffee free! Menarik kann…. Sehari secawan, hujung minggu coffee free. Bijak kann..?

Penghantaran delivery

Ahaaa…. Berita baik tuk korang yang malas nak keluar bawak kete, malas parking walau pun kat sini parking free, malas nak make up sebelum outing, malas nak iron tudung dan sebagainya…. Kalau dah malas memang gitu orangnya, dok berbakul dengan alasan! Kannn… hahaa

Whip And Whisk Cafe Alam Damai

Ok, Whip And Whisk Cafe sedia menerima tempahan penghantaran makanan terus ke depan pintu rumah korang. Nah… Nina share kan lokasi nya. Mana yang dok di luar kawasan liputan jangan mengade ngade call mintak hantar food lak eh.. Bababb kang

Senang jer nak datang sini.  Waze kan ada.. .

Korang nak datang sini senang sangat, type aje kat waze tuu Whip And Whisk Alam Damai, pastu ikut cakap Waze confirm sampai depan cafe.

Alamat: 52-G, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai, Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-9107 3987

Atau korang nak intai apa lagi yang menarik ada kat sini korang boleh mentelaah kat

Facebook: Whip And Whisk Bake Shop And Cafe
Instagram: Whip And Whisk KL

Waktu perniagaan

Selasa – Jumaat @ 10am – 11pm (kitchen open at 11am)

Sabtu – Ahad @ 10am – 11pm
Isnin – tutup

DEWAN BALLROOM SERBAGUNA DI CHERAS SENTRAL

Nina nak share sikit ngan korang, kat area Cheras Sentral ni ada Banquet Hall – Sireh Pinang yang menyediakan dewan untuk apa jua majlis keramaian sekali pakej katering. Kot korang nak buat majlis kahwin ker, aqiqah , cukur jambul , reunion , hi – tea , dinner , press conference mahupun fashion show juga boleh di realisasikan kat dewan yang cantik ni.

Dewan Sireh Pinang berkeluasan 5700sq boleh memuatkan 25 meja bulat. Ada sediakan pentas yang boleh diubah suai mengikut bentuk kesesuaian majlis dan kehendak pelanggan. Yelah … kot korang nak buat fashion show tuk design baju / tudung korang ker kann… Derang akan sediakan pentas ala runaway tuk model catwalk gitu. Menarik kann…??

Dewan-Kahwin-Banquet-Hall-Sireh-Pinang-Cheras-

Banquet Hall Sireh Pinang ni bukan aje di lokasi yang statergik malah di level 9 sama aras dengan parking, sangat memudahkan tetamu yang bakal hadir nanti. Sound system pun lengkap dan setiap sudut yang jauh dari pentas juga ada disediakan monitor supaya tetamu yang jauh dari pentas tidak ketinggalan menyaksikan apa yang sedang berlaku dibahagian hadapan.

kot korang berminat nak tempah, korang boleh lah hubungi :-

SIREH PINANG BANQUET HALL
ALAMAT : LEVEL 9 , CHERAS SENTRAL
FACEBOOK : Sireh Pinang Banquet Hall
INSTAGRAM : @sirehpinanghall
PHONE : 019-3165566 ( En. Shaiful )

 

 

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review Tagged With: Alam Damai Cheras, Banquet Hall, catering, Delivery Food, dewan, dewan kahwin, Food Blogger, Food Delivery, Food review, Info - Food Review, Lokasi terbaik untuk sebarang event majlis, pakej Perkahwinan, Service delivery KL, Sireh Pinang Banquet Hall, tempat makan best, tempat makan sedap, Western Food, Whip And Whisk Cafe

  • Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
    Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
  • Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
    Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
  • Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak  menu minum petang
    Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang
  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3



Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis says

    August 20, 2018 at 11:28 am

    nampak sedap menu2 dia, teringin nak cuba!

    Reply
  2. MAISARAH IBRAHIM says

    August 20, 2018 at 9:38 pm

    singgah sini hehe

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html

    Reply
  3. wawa yusoff says

    August 21, 2018 at 11:26 am

    Parmesan chicken cheese tu memanggil2 pulak rasa nya! salted egg calamari ru memang buat telan ailio. gulp!

    Reply
    • Nina Mirza says

      August 21, 2018 at 11:33 am

      Salted eggs crispy calamari tuuu recommended sesangat

      Reply
  4. RADHIA HAAFIZA CHE RAZALI says

    August 21, 2018 at 11:45 am

    Waa..nampak sedapnya semua menunya..siap ada delivery tu..yang paling terbaik kebersihan tiptop sebab dapat A..nak ajak husband try makan di Whip & Whisk Cafe la

    Reply
  5. mamatisya says

    August 21, 2018 at 1:02 pm

    terliur tgk menu ni Salted Eggs Crispy With Calamari..yummmy..air tu pn nmpk sedap

    Reply
  6. Zaidalifah says

    August 22, 2018 at 1:24 pm

    Sedapnye makanan semua, awat tak ada delivery sampai opis cyberjaya…

    Reply
  7. SALMAH says

    August 26, 2018 at 7:12 pm

    sedapnya tgk gambar all the foods

    Reply
  8. Nadia Johari says

    October 11, 2018 at 12:44 am

    nampak menyelerakan makann dia..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Supercube , bagus untuk pencinta kesihatan seperti aku ni !
    By : Ben Ashaari
  • DALAM ISLAM TIADA ISTILAH MULUT JAHAT HATI BAIK
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI SUP IKAN MERAH
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa