• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Asyik beli jer…. Jom buat sendiri ROTI JOHN HOMEMADE senang jer

June 5, 2018 by Nina Mirza 4 Comments

As’salamualaikum dan Salam sejahtera,

Apa menu sampingan yang paling anda  suka buat juadah berbuka puasa? Mengikut pencarian google blog Nina sepanjang bulan Ramadhan dimenangi oleh En.John. … Sapa tuu? Hehee…. Bukan Mr.John tapi Roti John. Sapa pun pasti suka kan … Kalau tak, takkan ramai dok beratur panjang sanggup tunggu. Iyer tak? Jangan bohong tak baik dosa.. Hehee..

Nina dah pernah share sebelum ni (tahun Bila punya entry tahh… tapi sangat ramai masih dok google)  Boleh tengok   Resepi Homemade Roti John paling senang dan gambar step by step

Terima kasih banyak diatasi sokongan anda semua. Baru-baru Nina Nina buat lagi dan Nina share kan semula di sini.

Resipi dan cara masak Roti John Homemade

Resipi dan cara masak step by step Roti John Homemade

Bahan-bahan
2 keping daging burger – dinyah bekukan dan cincang halus
2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 inch halia – ketuk dan cincang halus
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam
Garam secukup rasa – jika perlu

Cara penyediaan bahan utama
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk

Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.

Nak lagi senang faham,  korang layankan video seminit Nina.  Tengok tau!  Penat kita shoot sambil masak.  Bukan keje senang ni awakkk…  Huhuuu Tolong click subscribe eh

Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan…

Senang kan…?? Pasni buat sendiri jer…
Selamat berbuka puasa.

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi, Tips Tagged With: Cara Masak, Daging, Iftar, Juadah Berbuka Puasa, kudap kudapan, Menu buka puasa, menu buka puasa simple, menu cepat, Roti John, Roti John Homemade, step by step, Western Menu

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. cik nor says

    June 5, 2018 at 2:18 pm

    tgk macam senang tapi penyakit M ada jadi susah jadinya..haha

    Reply
  2. Dewi says

    June 5, 2018 at 3:46 pm

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply
  3. IQ aka Izyan Balqis says

    June 6, 2018 at 11:26 am

    YA ALLAH…sedapnya kak ninaaaa…nak try buat sendiri jugak la lepas ni

    Reply
  4. 8 ball pool says

    May 28, 2020 at 2:56 pm

    Dah cuba pagi tadi, sedap & muf6, org bujang mcm aku pun boleh buat. Time kasih resepinya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Laman Basikal di Taman Tasik Seremban semakin menarik !
    By : Ben Ashaari
  • 20 SOP JEMAAH WAJIB PATUHI SEKIRANYA IBADAH UMRAH DIBENARKAN KEMBALI
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI LAKSA LEMAK
    By : Tiffin Biru
  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa