• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Resipi Viral Kuih Kerbau Guling sukatan cawan sedap mudah

June 2, 2018 by Nina Mirza 15 Comments

Kuih Viral Kerbau Guling

Sejak dua menjak ni, sana sinin sinun dok lalu kat timeline facebook pasal kuih Kerbau Guling. Ni semua penangan Malajah 3 yang lepas.

Rasanya korang pun baru tahu kot kannn…?? Bagus nya bila ianya jadi fenomena sebab ramai yang tak tahu jadi tahu Nina ler tuu dan ada laaa ilmu di dada pasal kuih tradisional ni. Idok lerr lupus di telan zaman. Yang pasti ianya kuih dan bukan kerbau!  Hehee

Asal nama Kuih Viral Kerbau Guling

Katanya asal nama ni sebab warna bahan asas kuih ni iatu air arang. Eh.. Teringat lak citer Nujum Pak Belalang.
Pak Belalang : “Belalang… Kau buatkan bapak secawan kopi belalang…”
Belalang : “Kopi ?? kopi mana ada pak.. dah berapa tahun kita tak minum kopi ..”
Pak Belalang : “ehhh.. engkau tumbuklah arang-arang dekat dapur tu belalang.. kemudian engkau bancuh dengan air sejuk .. asal hitam macam kopi jadilaahhh…”

Nah… Sekarang, fenomema tuuu air arang yang P. Ramlee cakapkan. Disebabkan warna kehitaman bak warna kerbau lah punca nama Kuih Viral Kerbau Guling. Guling tuu lak lepas kuih ni dah siap dan sejuk, di guling-gulingkan kuih ni kat kelapa parut. Gitu laaa citernya.

Kuih Kubau Guling aka Kerbau Guling

Menurut citernya asal kuih ni dari Kelantan /belah Siam nun sana.  Orang Klate deme kecek Kubau Guling tapi orang Kolumpo sebut Kerbau Guling. Mana-mana pun tak kisah laaaa, janji jangan kita pass makan yang terguling udah ler yaa…

Ni nak pesan, masa beli tuuu jangan mengade pi tanya kat Mokcik jual tu mana Kerbau nya? Mau kena pelangkung nanti! HAhaa…

Apa rasa kuih Kerbau Guling ni? Sedap ker?

Kengkawan yang dah buat dan biasa makan kuih ni bilang, kuih ni sedap, manis dan ada rasa sedikit pahit. Senang citer rasa dia macam kuih kaswi + dodol gitu… Mmmmm… Terbayang kesedapannya. Gulp!

Ok, sejujurnya Nina belum pernah buat dan rasa lagi kuih viral ni. Tapi teringin nak cuba… Maka, Nina share ngan korang yang memerlukan Resipi Kerbau Guling sedap mudah sukatan cawan ni dan tuk rujukan Nina kelak. Bila laa gamak nya rajin nak buat Huhuu… Resipi  asal dari youtube kat bawah tapi sukatan gram,  Nina tukarkan tuk korang sukatan cawan.  Senang kann…. ??

Resipi Viral Kuih Kerbau Guling sukatan cawan sedap mudah

 

Resipi Viral Kuih Kerbau Guling Sukatan Cawan Sedap Mudah

Bahan A
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
⅓ cawan beras pulut
200 ml susu UHT Full Cream Milk
½ cawan santan pekat
1½ litter air
2 biji tempurung kelapa ( bakar, tumbuk dan tapis, kita guna air hitam dia sahaja. Ambik yang atas. )
Atau pun korang boleh gantikan dengan 2 sudu kecil Bamboo Charcoal Powder atau 3 uncang kopi segera. (masukkan dalam campuran sukatan air)
1 sudu kecil kapur makan
¾ cawan gula pasir

Bahan B
½ kg kelapa parut
Garam sikit
Beras pulut ( di goreng )

Cara Buat Kuih Kerbau Guling

1. Gaul tepung jagung, tepung beras pulut bersama tepung beras hingga sebati
2. Masukkan air debu tempurung, kapur makan ( bancuh dengan ½ cawan air dari sukatan 1½ litter air )
3. Tuang semua bancuhan ke dalam kuali dan masukkan gula.
4. Kacau sampai pekat
5. Bila sudah masak, masukkan adunan ke dalam loyang size 8  yang telah digris minyak.
6. Dah masak, biarkan sejuk seketika
7. Apabila dah sejuk, potong dan gulingkan atas kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
8. Taburkan beras pulut yang telah kita goreng tadi. Siap.

Tips

Oh ya, jangan lupa untuk sapukan juga minyak pada permukaan kuih kerbau guling agar ianya tidak mudah kering dan keras.

Macam senang jer kann…?? Tapi yang susahnya part tempurung kelapa nak di bakar, tumbuk, tapis sebab kita nak kan air hitam dia tu kann… Eerrkkk….

Kalau korang rajin nak melayan youtube dengan kuasa internet laju, boleh laaa korang tengok step by step Chef ni buat cara masak Kuih Viral Kerbau Guling.

Tak de tempurung camner nak buat Kuih Viral Kerbau Guling?

Ok, berita baik Nina nak share ngan korang. Kengkawan bakers Nina ada kasitau, serbuk tempurung arang tuu ada jer jual kat Bakery. Nama dia Bamboo Charcoal Powder. Harga nya kurang lebih RM27.00 sebekas (100gm) . Mahal gak! Nak pakai sikit jer Huhuu…

Resipi Viral Kuih Kerbau Guling sukatan cawan sedap mudah

Atau ada yang gantikan dengan 3 uncang serbuk kopi segera. Maka rasa pahit pahit arang tu digantikan dengan serbuk kopi. Yelah… Bukan semua orang rela nak makan benda terbakar bakar ni kan…

Nak citer panjang bab kesihatan…. Jenuh lak korang terpaksa baca ceramah Nina nanti. Maka… Tepuk dada tanya selera. Besederhana dalam apa jua yang kita makan. InsyaAllah tidak memudaratkan. Kannnn…??

 

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi, Tips Tagged With: Iftar, Juadah Buka Puasa Mudah, Kuih Muih Tradisional, Kuih Muih Warisan Kita, Menu buka puasa, resepi mudah, resipi viral, Resipi Viral Kuih Kerbau Guling sukatan cawan sedap mudah

  • Tahun 2021. Ok ke daftar  anak sekolah Tadika? Atau membazir sebab belajar online jer nanti
    Tahun 2021. Ok ke daftar anak sekolah Tadika? Atau membazir sebab belajar online jer nanti
  • Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
    Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
  • Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
    Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
  • Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak  menu minum petang
    Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang
  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa



Comments

  1. anuar says

    June 2, 2018 at 11:10 am

    Ramainya orang sukakan kuih ni..

    Reply
  2. zulhilmi tempoyak says

    June 2, 2018 at 10:42 pm

    depa kata kalau utara panggil ni kueh kosui.. xpenah try lg yg kerbau ni lg. hehe

    Reply
  3. Ana Jingga says

    June 3, 2018 at 1:09 pm

    kalau tengok bahan-bahan nya lebih kurang kuih kasui je kan Nina, mungkin yang berbeza hat arang tu je 🙂

    Reply
  4. Cindyrina says

    June 3, 2018 at 1:26 pm

    Comel gambar kerbau tergoleng kat atas. First time kot dengar Nama kuih camni. Sapa la Yang cipta pandai sungguh. Teringin nak Rasa.

    Reply
  5. Ezna says

    June 3, 2018 at 5:08 pm

    Ni macam kuih kosui tu ke?. Tak pernah rasa kot kuih kerbau ni. Warna kuih ni gelap macam arang eh?. Maybe sebab masuk charcoal la kot.

    Reply
  6. Yana says

    June 4, 2018 at 12:16 am

    it’s amazing how you make this kuih recipe look so easy and simple. I think I have eaten this kuih before…because it really looks very familiar. But i forgot how it tastes like. either way….tahu lah nak suruh mak buatkan kuih apa untuk raya tahun ni…hehheheh

    Reply
  7. Zayani Zulkiffli says

    June 4, 2018 at 12:30 am

    Oh ada jugak eh kuih ni. Pertama kali dengar tentang kewujudan kuih macam ni. Esok nak cuba cari at bazar kalau ada. Takde, boleh cuba buah sendiri,

    Reply
  8. Mahamahu says

    June 4, 2018 at 12:52 am

    Ohh ini kere resipi yang tengah viral tu boleh lah cuba yer tak tahu lak caranya senang jer hehehe tapi yang pelik tu pakai arang nak bagi hitam heheheheheh…;..

    Reply
  9. Hanny Abdullah says

    June 4, 2018 at 12:56 am

    Hahaha…kelakar lak tgok kerbau terguling tu..
    Bila dh viral kuih ni baru sis tahu kewujudan dia..memang tak pernah merasa atau tahu selama ni.
    Dah viral cam gini teringin lak nak rasa..

    Reply
  10. Ananony says

    June 4, 2018 at 2:10 am

    feberet ni…tq ya..nanti leh cuba…blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    Reply
  11. Mimi says

    June 4, 2018 at 5:37 am

    Mula mula kan ingat kuih nih guna pewarna hitam sekali bila baca guna tempurung yang dibakar ye. Memang lain dari yang lain resipi kuba guling nih.

    Reply
  12. Zharif Azis says

    June 4, 2018 at 7:54 am

    Okay now saya tahu kenapa kuih nie special. Guna arang tempurung kelapa rupanya. Patutlah rasa dia lain dari yg lain kata org. Mula pon ingat macam kuih kaswi. Tp org kta xsama. Thanks ya diatas perkongsian resepi ini

    Reply
  13. Lia Hasty says

    June 4, 2018 at 8:42 am

    Teringin sangat nk Cuba kuih viral Kubau guling ni. Sampai masuk berita lah. Sebab nak rasa sendiri apa rasa dia kn. Kalau nk but sendiri bila lah ada masa kn.

    Reply
  14. JULIA JOHARI says

    June 4, 2018 at 12:26 pm

    Mahal juga ye harga bamboo charcoal tu…tq kak nina bg jawapan sebab pernah usya bahan resepi nak buah kuih ni…terfikir pasal tempurung hitam tu la…mujur ada jawapan.

    Reply
  15. Airah says

    June 7, 2018 at 1:24 pm

    Memang viral sangat kuih ni asyik tengok dekat facebook je orang share resepi dan sambil beratur nak beli.kena cuba ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Online learning ? 7 orang anak perempuan ni antara anak anak yang sudah ketinggalan !
    By : Ben Ashaari
  • DALAM ISLAM TIADA ISTILAH MULUT JAHAT HATI BAIK
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI SUP IKAN MERAH
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa