• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Resipi kek Pisang Tak lapuk Dek Zaman… Evergreen gitu!

December 20, 2017 by Nina Mirza 16 Comments

Kek Pisang

Korang suka makan Kek Pisang tak? Alahai … kek bodo orang kampung kata. Kek yang tak pernah cantik, memang gitu jer rupa paras dia tapi bila dah makan memang payah nak berhenti. Nak nak pekena lak ngan kopi O kaw! Siannn dia cakap tak cantik

Tentu korang tertanya awat kata kek bodo, kek tak cantik kann…?? Yelah, jarang sekali kita tengok kek pisang ni di deco buh krim ising, buh cream cheese pastu ada bunga cecantik atasnya, siap ada lilin dan tulisan Happy Birthday! Pernah korang nampak?? Kalau ada pun mungkin 1 dalam 2.6 billion kot ..

Sebab kebiasaannya kek pisang ni dihidangkan gitu aje. Lebih – lebih pun depa buh pisang atasnya sebelum bakar atau tabur kekacang sikit. Walaupun tak cantik, kek pisang ni memang menu yang rare!

Kek Pisang – kek evergreen tak lapuk dek zaman

Walau kekal togel sebegitu, kek pisang ni evergreen, tak lapuk dek zaman. Kat mana-mana majlis atau kenduri kendara kek pisang selalu ada! Sebab ianya menepati selera rasa pelbagai peringkat usia. Nak nak kek pisang nya homemade. Lagi lah terasa kenikmatan air tangan si pembuat lalu tersebar lah meluas sok sekk sokk sekkk makcik bawang akan kejadian dan kegebuan kek pisang tersebut. Kannn….??

Ok, sebelum Nina pun dah macam makcik bawang dok membebel… meh Nina kongsikan Resipi Kek Pisang sukatan cawan paling senang ( blend jerr) yang masih mengekalkan tahta carian kat blog Nina dan masih tak henti depa dok follow kat page masak-masak femes nun sana tuu …. Resipi Kek Pisang Viral gerenti jadi yang orang dok cuba sana sini. Resipi sukatan cawan tak perlu mixer, blend aje! Paling senang sedap lak tuuu…

Resipi Kek Pisang

Style Gambar Food Flat lay ! Cantik tak?

Apa pendapat korang… Cantik tak kek pisang ni Nina cuba snap style flat lay gini? Nampak macam gambar foodies omputeh sikit kann..? Mohon korang jangan nyampah ehh, Nina tau korang akan cakap ek elehhh… perasan! Ok laa… sedar diri. Nina baru nak belajar-belajar cuba snap dari angle lain. Ada rezeki nanti nak pi kelas photophone.

Beza nya kali ni Nina bakar dalam bekas muffin foil. Saja bikin kecik-kecik. Tak payah anak Nina dok suruh mama potongkan kek tiap kali nak makan. Sila layan diri. Senang mak! Hehe . . .

Resipi Kek Pisang Viral sukatan cawan – Blend aje!

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**
4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji) Atau secawan penuh pisang lenyek
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**

Resipi Kek Pisang

Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit. Kalau bakar dalam muffin foil macam Nina tuu, bakar dalam 20-25 minit.
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…

Senang aje kan..?? Sap sap suiii aje! Yang penting, dari air tangan orang tersayang pasti lagi sedap, bersih dan halal toiyibban…

Korang try laa… Nanti mana-mana makcik bawang Mak Jemah yang dok sokk sekk sokk sekkk ngumpat korang tuu, gerenti senyap lepas rasa air tangan Kek Pisang gebus korang. Silap-silap depa dok bodek korang mintak Resipi Kek Pisang viral ni..

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi, Tips Tagged With: cake, contoh style gambar flat lay food, kek Pisang, kek pisang viral, menu kenduri, menu minum petang, resipi ringkas, resipi viral

  • Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
    Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
  • Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
    Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
  • Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak  menu minum petang
    Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang
  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3



Comments

  1. Mohd Shahrir Bin Mohd Arshad says

    December 20, 2017 at 10:31 am

    Wowwww wowww wowww tunjuk ajar ku sifu

    Reply
  2. mas saari says

    December 20, 2017 at 10:32 am

    Kita suka kek pisang tapi tak pernah cuba buat, nanti nak cuba jugaklah.

    Reply
  3. yanieyusuf says

    December 20, 2017 at 11:39 am

    wahh nampak sedapnya.. kaknina plz buatkan untuk yanie ye.. nak buat sendiri mood tgh malas ni huhuh

    Reply
  4. sueizza says

    December 20, 2017 at 10:30 pm

    sedapnyaaaa wat minum petang,hari tu buat kek pisang guna resepi kak nina,eddy suka dah sekarang asal ada pisang je sibuk suh buat hehehhe…

    Reply
  5. NORIZA ABDUL RAHMAN says

    December 21, 2017 at 3:12 pm

    Sedapnya kek pisang tuuu

    Reply
  6. Ksjb says

    December 22, 2017 at 5:42 am

    Dari dulu meniaga tepi jalan kebanyakan yang suka kek pisang ni orang perempuan. Saya dengan biras lelaki saya tak suka kek pisang tapi orang rumah dengan adik ipar perempuan dengan kakak ipar suka betul makan kek pisang.

    Reply
  7. permatabiru says

    December 24, 2017 at 3:40 pm

    wahh bole cuba resepi kak nina nie.nampak mudah semua bahan dah ada kecuali pisang hehe. kna gie cari kedai nanti

    Reply
  8. ina says

    December 26, 2017 at 9:38 am

    pandainya nina wat kek pisang. Ina kalo kek memang takreti..tengoklah banyak mana resipi sekalipon, gerenti fail.. emm, ntahlah nina, tangan ina ni.. macam taksesuai buat kek

    Reply
  9. Julia Johari says

    December 26, 2017 at 11:09 am

    Cantiknya rupa kek pisang kak nina buat…nampak ada rongga2 tu tambah nikmat plak tgk…selalu kalau kek terlampau padat sangat buat rasa muak nak mkn sebenarnya…ish2 nak buat la oven dah ada ni hehe

    Reply
  10. encikhafiz.com says

    December 27, 2017 at 3:20 pm

    petang-petang begini memang sedap makan kek pisang. terima kasih atas perkongsian ini admin

    Reply
  11. http://royalediting.com/save-my-time-edit-my-essay-for-me says

    September 10, 2018 at 3:05 pm

    You always feel that the pleasure from the hands of the master applies to your mood that you get on time when you eat this dish.

    Reply
  12. Ila says

    September 25, 2018 at 2:23 pm

    Assalamualaikum. Sy dah cuba resepi puan. Alhamdulillah naik elok. Cuma knapa bhgian ats jd garing ye??. Dah bkr dlm 40mnit. Pastu stop bila tgk kek jd gitu.

    Reply
    • Nina Mirza says

      September 25, 2018 at 4:13 pm

      Wa’alaikumussalam ila,
      Maybe faktor suhu oven. Sebab suhu oven kita tak semestinya sama. Altenatif lain, boleh cover atas dengan aluminium foil. Kurang sikit burn dia.. Makaseh sudi cuba ehh

      Reply
      • EMMI NUR SILA BINTI ADNAN says

        November 15, 2018 at 8:20 am

        Alhamdulillah nina.. Resepi nina menjadi… Cuma akak silap tgk api atas bukan api bwh hahahah… Tqqq

        Reply
  13. Fiqah says

    December 13, 2018 at 4:24 pm

    Saya dh cuba guna resepi ni. Tapi knp tekstur tak sama ya.

    Reply
  14. Abu Bakar Osman says

    May 27, 2019 at 10:30 pm

    Saya telah ikuti resepi ni tapi kek jadi bantat, kenapa?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Supercube , bagus untuk pencinta kesihatan seperti aku ni !
    By : Ben Ashaari
  • DALAM ISLAM TIADA ISTILAH MULUT JAHAT HATI BAIK
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI SUP IKAN MERAH
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa