Bendi Masak Singgang Paling Mudah

Menu sahur paling senang bila tak de selera nak makan… Singgang Bendi

Menu Sahur Paling Senang Bendi Masak Singgang

Kebiasaannya waktu sahur antara waktu yang mencabar nak bangun makan. Yelah, pepagi buta memang mata ni macam ada gam dinasor. Payah nak buka apatah lagi nak ngadap nasi. Menu Sahur Paling Senang Bendi Masak Singgang

Selalunya kesian tuk kaum ibu kita lah tuu yang bertungkus lumus menyediakan juadah sahur. Bukan mudah nak masak menu yang gerenti boleh bikin kaum keluarga nak jamah makan. Kann….

Menu paling simple, cepat dan senang di masak

Singgang Bendi antara menu paling simple , cepat , mudah di masak. Anak-anak Nina suka bila Nina masak style singgang gini. Nanti last-last depa hirup kuahnya. Mak nya lagi laa suka sebab sap sap suiii aje masaknya! Giler tak suka, ye tak..?

Teknik masak singgang ni hanya perlu merebus sampai didih kuahnya pastu campak aje bendi. Tunggu didih lagi tutup api settel! BendiLauk Singgang ni femes buat orang sakit. Sebab kuahnya yang masam, pedas dah tentu membuka selera. Mudah kan..

Selain bendi, daging antara bahan utama yang kerap orang masak style singgang. Cuma masa masak lebih lama laa bila masak daging. Lain laaa kalau ada orang nak sponsor tuk Nina piuk Noxxa. Tekan tekan teettt 3-5 minit siap! Alangkah indah nya saat memasak gitu… Mimpi jer laaa Nina ooiii

Bendi masak singgang ke asam rebus? erkk…

Ada orang panggil menu ni bendi asam rebus, ada gak panggil ianya masak singgang. Mana satu pun betul pun entah laa… Yang penting ini lah menu sahur paling senang! hahaa…

Menu Sahur Paling Senang Bendi Masak Singgang

BENDI MASAK SINGGANG PALING MUDAH

Bahan-bahan
10 batang Bendi – terpulang banyak mana nak masak.
1 biji bawang besar – dimayang
5 keping cili kering – potong dalam 2inch (nak pedas letak cili padi lagi syiokkk)
2-3 keping asam keping
Sedikit ikan bilis – tumbuk-tumbuk atau gitu aje (udang kering pun sedap)
Air
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1- Bendi dicuci bersih dahulu. Kemudian potong sikit pangkal dan hujungnya.
2- Masakkan kesemua bahan dalam periuk kecuali bendi. Masak kuahnya hingga mendidih
3- Selepas mendidih masukkan bendi dan masak seketika. Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4- Tutup api dan sedia dihidangkan

Sambil makan ngan nasi panas-panas, memang layan lauk bendi masak singgang ni… Slurppp slurpppp hirup kuahnya!

Menu Sahur Paling Senang Bendi Masak Singgang
5 Comments
  • umminani
    Posted at 06:47h, 07 June Reply

    kami panggil sayuq air jer.

  • athirahassin
    Posted at 06:58h, 07 June Reply

    kalau masa husband xde suka la masak ni sebab dia tak suka sangat makan mcm ni.. campur plak budu dgn ikan goreng.. adehhhhh

  • Julia Johari
    Posted at 08:41h, 07 June Reply

    Juju mmg suka makan singgang…mudah perangat ulang2 mkn 3 hari berturut2 pun tetap sedap singgang…senangnya hidup!

  • sueizza
    Posted at 18:54h, 09 June Reply

    weeee feveret sue ni kak.

  • qaseh
    Posted at 12:20h, 15 June Reply

    Cicah budu sedap gak nih haha tp laki kureng gemar makan bendi kikiki

Post A Comment