Buffet Ramadhan KL International Hotel

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati’ di Kuala Lumpur International Hotel

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati di Kuala Lumpur International Hotel

Ahaa… terliur tak? Kari ketam ni menggoda sungguh kan…?? Korang bayangkan isi nya yang segar, manis bersama kuah kari pekat yang memikat rasa. Makan lak ngan nasi panas-panas! Gerenti korang makan hingga menjilat jari hingga ke titisan terahir kuahnya dan kasi licin pinggan. Kannn….?? BUFFET RAMADHAN Kuala Lumpur International Hotel

Ker korang suka makan kari cecah ngan roti. Aduyai … boleh habis sebuku roti dibuatnya! MasyaAllah … Dugaan apakah ini..?!? Tolong jangan kecam Nina.. Hamba tak bersalah. Maaf kan kami penunggu gua, maaf kan penunggu gua. Eh! tetiba lak dialog Nujum Pak Belalang. hahaa…

Kat mana Kari Ketam ni…??

Meh Nina share ngan korang…  Macam sakit jiwa lak gamaknya kalau Nina dok saja tayang  gambar Kari ketam tu kat korang kann…!

Ok, ni nak habaq. Kari ketam tuuu ada kat Buffet Ramadhan di Kuala Lumpur International Hotel.   Kat Toppot Cafe, Aras 4 Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Lorong Haji Hussein 2, off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur. Tahun ni tema depa Masakan Kampung Sejati .  Macam sakit hati lak nengok gambar Nina kann… hehe

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati’ di Kuala Lumpur International Hotel

Usai melangkah masuk ke restoran, barisan sajian buffet pasti menggamit selera dengan beberapa sudut ‘live cooking’ yang menjanjikan keenakan dan keaslian masakan tradisi. Saat berbuka lebih menyelerakan dan terasa seperti menikmati hidangan di kampung apabila nasi panas dihidang bersama deretan lauk pauk pelbagai jenis. Macam-macam hado!
PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel

Oh.. Siput sedut masak lemak cili api.  Mmmm…. nyum nyum! jahat Nina jahat! Wakakaa

Haishh … Tak akan toleh kiri kanan tatkala ngadap lauk kampung sejati ni. Sapa tak reti makan siput sedut memang insan yang rugi. Sroott sroott …!! Ssyyhhh…. Sroott sroottt…!! Aarghhh… Peduli apa kat hotel atau kat rumah.  Asyik weyyy layan setiap sedutan siput sedut masak lemak cili api ni weyy….

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel

Daging Salai Masak Lemak. Lauk ni memang Masakan Kampung Sejati. Korang bayangkan… Tatkala gigitan dagingnya yang empuk, lembut, terasa bauan salai yang memukau bersama kuah pedas berlemak memang meruntum jiwa raga! Kann….

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel

Sotong Tumis Jintan. Kenapa dikau begitu menggoda keimanan ini?! Haishh …. udah udah … Jangan tenung lelama. Nina sendiri pun terliur ni sambil type entri ni. Padan muka sendiri Wakakaa…

Banyak menu yang best best kat sini. Antaranya kari kepala ikan, ketam kari alabonda, sotong tumis jintan, siput sedut lemak keledek, daging kurmautara, gulai ikan tongkol, daging salai masak lemak, gulai nenas ikan masin dan ikan kembung dan pari panggang dibalut daun pisang dan air asam.

Bukan itu aje! Keenakkan sebanyak 30 aneka jenis kerabu dan 15 jenis sambal yang dihidangkan berbeza setiap hari pastinya membuka selera.

Kerabu ohh.. Kerabu

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel
Masakan Kampung paling Nina suka kerabu! Makan ngan nasi panas-panas memang terbuka segala sudut selera anak tekak ni. Paling Nina suka Kerabu Mangga. Dengan hirisan mangga yang masam manis, ada hirisan bunga kantan, cili, kena lak taburan kacang ranggup. Hadoi … kecuq air liuq chek. Oopsss…. puasa!

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel

Selain kerabu mangga, ada juga Kerabu sotong, daging salai, jantung pisang, rebung, surimi, pucuk gaus, limau barli, nangka muda, pucuk paku, obor-obor dan banyak lagi . Pekena lak dengan 15 jenis aneka sambal antaranya dabu dabu manado, sambal ijo, berembang asem, udang geragau yang garing dan pedas, udang kering nyonya, lonteh, sambal hitam Pahang, cencaluk, tempoyak, budu dan belacan yang sedap dicicah pelbagai jenis ulam-ulaman segar. Masakan Kampung yang sangat sejati gitu kannn….??

Dessert / Pencuci Mulut

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel

Kuih-muih Tradisional , Aneka Bubur

Manis-maniskan selera dengan kuih-muih tradisional ; tako, seri muka, kole kacang, lopez dan cucur badak. Bukan tuu aje! Aneka bubur pun ada. Bubur kacang hijau, pengat labu dan bubur lambuk. Juga disediakan agar-agar aneka rasa dan puding dengan variasi warna menarik dan rasanya yang pelbagai.

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel

Sambil menunggu solat Terawih, menu diteruskan dengan roti jala dicicah kari ayam atau serawa durian, sago gula Melaka atau goreng pisang, keledek dan keropok lekor.

Lok-Lok..!! Banyak nya pilihan …

PROMOSI BUFFET RAMADHAN Masakan Kampung Sejati Kuala Lumpur International Hotel

Kalau korang minat yang cucuk-cucuk ni atau nama sebenar dia Lok-Lok, kat sini banyakkkk pilihan! Antaranya ada telur puyuh, bebola ikan,udang, isi ketam, sotong dan tauhu yang enak dimakan bersama sos cili dan sos manis. Jangan lupa air buah-buahan bermusim yang dibancuh sedap, segar dan menyelerakan hingga ke titisan terakhir gitu… Chewah

Moreh Percuma dan aktiviti Ramadhan

Disamping itu, pihak hotel juga menyediakan acara moreh secara percuma setiap hari kepada para jemaah yang menunaikan solat Terawih di surau KLIH. Disediakan juga aktiviti harian lain sepanjang bulan Ramadhan ini, antarnya tazkirah sebelum waktu buka puasa dan pengedaran surah Yassin.

Harga
RM69.00 bersih – Dewasa
RM35.00 bersih – kanak-kanak (4-12 tahun)
Bestnya kann…. harga ni termasuk GST! Bagus kann….
Waktu Buffet
Sajian Buffet Ramadhan ini bermula seawal hari pertama bulan Ramadhan sehingga menjelangnya malam Aidilfitri, setiap hari dari jam 6.30 petang – 9.30 malam

Surau

Kat KL International Hotel ni kann.. Korang boleh turut serta ikut sembahyang Maghrib, Isyak dan  Tarawih berjemaah di surau yang akan dipimpin oleh Imam bertauliah yang dijemput khas.

Kaunter Zakat

Sebelum balik nanti, kot korang nak bayar zakat fitrah kat sini pun boleh. Ada kaunter zakat fitrah kat lobi hotel pada 20 – 27 Ramadhan yang dikendalikan oleh pegawai Pusat Pungutan Zakat. Alahai … Bagusnya , memudahkan cara! Terbaik laa

Tada…!! Selfie sikit Chef

Sajian bufet Ramadhan disediakan oleh Chef berpengalaman yang terkenal dengan air tangan bonda, Eksekutif Chef, Kasim Man yang telah 36 tahun di dapur hotel. Dibantu Pembantu Chef, Kamal Ariffin, Azlan, Izwan, Izwani dan Zaharah.

Promosi lain

Sebagai tanda penghargaan pihak hotel turut menyediakan pelbagai insentif dan promosi ditawarkan bagi memeriahkan promosi tahun ini. Nikmati promosi Diskaun Kredit Kad, Pakej Bilik Mesyuarat Percuma, Pakej berkumpulan, pakej Ahli Facebook, Pakej Penajaan, Baucer Pra-bayar dan Set Pakej Katering ‘Take- Away’.

Amacam… macam best dan berbaloi-baloi kann..?? Kot korang nak booking ke, nak tahu info lagi terperinci  pasal promosi ni, korang berhubung terus ngan En Azli bin Ariffin, Pengurus Jualan & Pemasaranditalian 019 3822 100 atau layari www.klitel.com.my. 

Ppssttt >>>> Ampun maaf yaaa andai entri Nina ni membuat jiwa raga korang terasa sakit nya tuh di sini… Bukan niat tapi sharing is caring info tuk korang 🙂

Salam Ramadhan buat semua..

16 Comments
  • umminani
    Posted at 07:48h, 06 June Reply

    jom la kak nina kita p makan disini. boleh rasa makanan bestnih

  • Mohd shahrir Mohd arshad
    Posted at 08:27h, 06 June Reply

    Ketam ngan Siput Sedut tu MENGGODA

  • Mama Kembar 3
    Posted at 08:43h, 06 June Reply

    Kari ketam cicah roti.,.perghhhh dapnyaaa!

  • TATI MANSUR
    Posted at 09:45h, 06 June Reply

    Walaupun tati x boleh makan ketam.. tapi tgk gambar nina ni mmg kecuq ayaq liuq baq ang..

  • Meliza Ibrahim
    Posted at 09:46h, 06 June Reply

    Sedapnya kari ketam tu.. Nampak menggoda

  • Miera Hassan
    Posted at 09:49h, 06 June Reply

    sakit jiwa pulak tengok gambar makanan ni pagi-pagi… menggoda aihh

  • mas saari
    Posted at 09:51h, 06 June Reply

    Sedapnya pilihan kerabu tu. Pastu harga bufetnya pun xdelah mahal sangat, berpatutan!

  • shark
    Posted at 09:53h, 06 June Reply

    jahat sangat menu menu dia.
    kari ketam tu kalau dapat memang puas hati.
    kena dengan harga.

  • YB Shehan
    Posted at 09:57h, 06 June Reply

    Harga dia not bad.. menu mengancam aduuuu

  • CIKZACOM
    Posted at 10:21h, 06 June Reply

    Aduhhhh menggodanyaaaaa, ketam tuuuu!

  • Firzz radzi
    Posted at 10:27h, 06 June Reply

    Lauk kampung kegemaranku….nak kena pergi ni…

  • Lisak
    Posted at 10:50h, 06 June Reply

    Siput seduttt febretttt tu aarghhh

  • IQ
    Posted at 21:32h, 06 June Reply

    Menggodanya menu diaaa…kerabu tu pun fevret IQ!

  • Noor Haida Zaibidin
    Posted at 21:37h, 06 June Reply

    Owhhhh tiiiddaaakkkkk… smua favorite Eyda… ketam, siput sedut kerabu… huwaaaaa….

  • Papa Amyzal
    Posted at 22:39h, 06 June Reply

    Sedapnya!! ❤️❤️

  • nadia johari
    Posted at 14:07h, 07 June Reply

    sedapnya, siput sedut, kerabu..masyallah..

Post A Comment