GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Nenek bukan sebarang nenek! GRANDMAMA’S Pavilion Awesome!

Eh ehh… Korang dah ganti puasa? Hujung minggu ni jer kita dah Ramadhan dan kita mula berpuasa. Apa plan korang sempena Ramadhan? Ada ke yang dah set ngan Bos – no lunch then balik awal masak kat rumah atau sebaliknya? Nina tau kengkawan Nina ramai yang punya kerjaya hebat-hebat. Idok ler macam Nina ni, tak de jawatan.. Surirumah aje.. sob sob sobb…

Hurmm… Buat yang kemain sibuk keje tuu, korang dah ada shortlist restoran yang korang nak terjah berbuka puasa nanti? Maklum lah, gerenti ramai yang stayback keje lewat malam, ada tuu nak balik berbuka kat rumah memang tak sempat*maklumlah dok kota metropolitan ni mana-mana pun jammed!*  dan pilihan berbuka puasa sekitar area tempat keje lebih mudah kann…?

Ahaa… Buat kengkawan yang keje area KL tuu, Pavilion antara lokasi tumpuan wargakota. Meh Nina cadangkan korang berbuka puasa kat Grandmama’s Restoran yang bertempat di Level 6,  Pavilion Kuala Lumpur.

Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Aduyai … Tengok ni..!! Ini lah treadmark depa – Nenek ‘hot’ ala hipster sambil tunggang moto besau.  Vvrommm vvroommm…. Kurlasss you!

Usai melangkah masuk Restoran Grandmama’s ni hati tetiba rasa romantis gitu. Restoran yang tenang, susun atur yang kemas dan rasa relax. Kalau laaa dolu-dolu ada restoran ni, sini lah kot tempat pilihan Nina dating ngan Geng. Eh ehh… Throwback lak. Hahaa.. Serius Nina suka restoran ni!
GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Tadi tuu suasana dalam Restoran. Jangan tak tahu, rupanya kat luar pun ada.. Lebih santai dan terbuka. Ahaa.. Yang ini lak sesuai tuk Nina di masa sekarang, santai makan-makan bersama family. Ruang terbuka yang cukup luas, kemas dan bersih.
GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Smoking Area pun ada!

Ppsstttt >>>>> Untuk abang-abang yang suka ‘meng’ asap kan diri tuu… Ada smoking area tuk korang. Alaaa… Bukan Nina tak tau, ada jer golongan yang sejurus masuk waktu berbuka puasa, depa ni harus nak asap dulu! Dont worry… Kat sini korang boleh laaa berbuka puasa bersama kepuk-kepuk kepulan asap yaa..

Grandmama’s Smoking Area

Ok… Restoran dah cantik,  menarik, cun – lulus kan… Nina faham, orang keje sibuk ni biasanya pentingkan suasana yang tenang, selesa sebab masa makan laa masa untuk mereka berehat seketika melepaskan penat lelah bekerja.  kann…?? Kita faham sebab dolu kita pun keje buzy yang amats!

Ok, jom tengok Set Menu Selera Sedap Grandmama’s tuk Berbuka Puasa Ramadhan ni..

GRANDMAMA’S  – Set Menu Selera Sedap Ramadhan 2017

Di Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur menyajikan Set Menu Selera Sedap mengikut per pax. Ahaa… Senang kan…? Memudahkan tuk korang nak pilih set  hidangan tak payah fikir banyak dan budget berbuka puasa nanti. Kot ada nak berbuka puasa berdua couple set ke, atau nak  buat small reunion pun boleh…

Set A untuk 2 pax
Set B untuk 4 pax
Set C untuk 6 pax

Meh layan gambar yang sempat Nina snap tatkala Nina menikmati kesedapan juadah di Grandmama’s Pavilion ni.  Sedap weyy … Korang jangan salahkan Nina lak kalau korang terliur.  Huhuu

Set C – 6 pax (Available @ Pavilion Kuala Lumpur only)

Tuk korang yang datang ngan group keje ker, family ker boleh laaa try Set C – untuk 6 pax. Meriah!

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENU SET C 6 pax
Hah… Tengok tuu…!! Meriah kann…. Macam-macam ada! Disajikan Seafood Curry Hot Pot, Hainanese Style Mackerel Fish with Sweet Sour Sauce, Sweet & Sour Chicken, Black Pepper Sauce Beef with Cashew Nuts, Udang Masak Merah, Deep-fried Squids with Pepper Salt, Vegetable of the Day, Deep-fried Chicken Bean Curd Roll.  Juga disediakan 6 mangkuk nasi. Turut disertakan keropok ikan, ulam-ulam bersama cili belacan, kuih muih, kurma dan otak-otak dalam set ni..

Apa paling best kat SET C – 6pax?

The Best  Deep-Fried Squids with Pepper Salt

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENU

Set ni paling Nina suka Sotong Goreng Tepung Pepper dia! Nama omputeh dia Deep-Fried Squids with Pepper Salt. Aduh … Sedap laaa..!! Salutannya tepung kat luarnya garing crunchy, berempah dan sotongnya tak liat.  Taburan serbuk pepper tuu yang buat ianya lain daripada yang lain. Tak pernah rasa Sotong Goreng Tepung yang sedap gini. Terbaik laa…!!

Seafood Curry Hot Pot

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENU

Satu keunikkan rasa dalam Seafood Curry Hot Pot Grandmama’s. Sedap yang unik! Rasa kuah kari nya yang tidak terlalu berempah, lemak yang “mmmm…. nape sedap ni?” Haa.. itu yang bermain dalam fikiran Nina setelah merasa sesudu kuah kari seafood Hot Pot ni. Ooo… ok, rupanya menu ni adalah   signatures dishes kat Grandmama’s.  Patut laaa sedap terangkat!

Black Pepper Sauce Beef with Cashew Nuts

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENUAdoi …. Ini favorite Nina. Menu ala chinese style. Sedap sedap..!! Kacang gajus yang garing memang menyerikan sajian black pepper ni.

Udang Masak Merah

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENU

Aduyai … Udang Masak Merah ni memang layan laaa… Anak-anak Nina kalau hadap ni sekejapan licin! Dah laa tak pedas, memang kena laaa ngan citarasa derang. Tetiba teringat air tangan nenek … huhuu

Set B  – 4 pax (Available @ Pavilion Kuala Lumpur only)

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Untuk set B (4 pax) pula dihidangkan Deep-fried Spice Chicken, Beef Rendang,  Sweet Sour Fish, Prawn and Squid with Chef’s Signature Sauce, Burung Puyuh Masak Merah, Vegetable of the Day, Deep-fried Chicken Bean Curd Roll. Juga disediakan 4 mangkuk nasi. Turut disertakan keropok ikan, ulam-ulam bersama cili belacan, kuih muih, kurma dan otak-otak dalam set ni..

Burung Puyuh Masak Merah – sedap nya…

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENU

Paling Nina suka Burung Puyuh Masak Merah ni…! Sedap nyaa…

Set A  – 2 pax (Available @ Pavilion Kuala Lumpur only)

Sesapa yang nak berbuka puasa berdua dating Nina cadangkan korang order Set A. Dihidangkan dalam dulang dan portion nya korang makan gerenti kenyang laa…

Dihidangkan Curry Chicken, Hainanese Style mackerel Fish with Sweet Sour Sauce, Burung Puyuh Goreng Kunyit, Udang Masak Merah, Vegetable of the Day, Deep-fried Chicken Bean Curd Roll. Meriah weyy menu nya…

Selera Sedap Set Menu Grandmama’s KLIA and Genting

Single Platter A  – Nasi Kerabu Daging Grandmama’s (Available  @ KLIA and Genting)

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENU

Mana yang dating berduan tuu sesuai sangat Set Nasi Kerabu ni. Tengok tuuu… Banyak weyy lauk pauk dalam satu dulang. Korang share share laaa makan. Dalam Set Sedap ni ada Nasi Kerabu, Beef Rendang, Curry Chicken, Burung Puyuh Masak Merah, Sayur Campur, Cili Belacan, Ikan Masin, Ulam Ulaman, Keropok Ikan, Telur Masin dan Kurma.

Single Platter B – Nasi Kerabu Seafood Grandmama’s (Available @ KLIA  and Genting)

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Dihidangkan Nasi Kerabu, Hainanese Style Mackerel Fish with Sweet Sour Sauce, Burung Puyuh Goreng Kunyit, Udang Masak Merah, Sayur Campur, Cili Belacan, Ikan Masin, Ulam Ulaman, Keropok Ikan, Telur Masin, Kurma

Specialty Drinks

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENU

Kat sini korang kena try specialty drinks depa. Sedap weyyy berbuka minum sejuk-sejuk air 3 layer ni..!! Hilang kehausan kedahagaan kering tekak seharian berpuasa. Mmmm…. Slurpp slurppp~
3 layer Coffee , 3 layer Tea dan 3 layer Soda Bandung.

Kuih Muih Tradisional

GRANDMAMAS PAVILION SELERA SEDAP SET MENU

Untuk pencuci mulut, dihidangkan kuih muih tradisional. Ini antara kuih yang akan dihidangkan. Ada banyak jenis lain. Nina paling suka Kuih kaswi tuu sedap! Lembut jer…

Kurma

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Setiap Set Menu Selera Sedap akan dihidangkan kurma. Makanan sunah yang harus dimulakan sebelum menjamah makanan lain. Dah diberi sila makan ya… hehee

Apa yang menarik kat Grandmama’s Restaurant

Konsep restoran yang santai,  kemas dan bersih memang menepati KPI ISO Nina amboi hehee…  Ruang yang luas selesa untuk seisi keluarga mahupun lepak reramai ngan kengkawan.

Selain tu, sajian menu mereka yang kontemporari fusion Eh macam  interior design lak bunyinya  boleh laaa janji faham ehh….  Menu pelbagai pilihan kat sini seiring dengan selera tekak pelbagai kaum kat Malaysia ni.  Yelah …. kengkawan office kan macam-macam selera tekak depa. Kat sini semua pun ada! Sedap lak tuu…

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Amacam..?? Sapa-sapa yang keje area KL ni boleh laa masukkan list Grandmama’s Restaurant dalam list berbuka puasa nanti. Jangan lupa ajak Nina, belanja kita tau! nak ikut… hehee

Harga?

Selera Sedap Set Menu Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur

Set A untuk 2 pax – RM78+
Set B untuk 4 pax – RM155+
Set C untuk 6 pax – RM285+

 

Selera Sedap Set Menu Grandmama’s KLIA and Genting

Single Platter A Nasi Kerabu Daging Grandmama’s – RM38.90+
Single Platter B Nasi Kerabu Seafood Grandmama’s – RM38.90+

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, korang hubungi 03-2143 9333

Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur
Lot 6.01.02 Level 6, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur
Tel : 03-2143 9333

Waktu Perniagaan
11:30am – 10:30 pm

Web : http://www.grandmamas.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/grandmamas.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/grandmamasmsia/

GRANDMAMAS SELERA SEDAP SET MENU

Oh ya.. nak kasitau ni, Grandmama’s Restaurant ada beberapa cawangan gak tau.  Selain kat Pavilion korang boleh laaa terjah ke

Grandmama’s KLIA
Lot SATMZ 5, Mezzanie Level, South Wing, Satellite Building KLIA 64000 Sepang Selangor
Tel : 03-8776 2357
Grandmama’s SkyAvenue, Genting Highland
Lot T2-05, Level 1, SkyAvenue Genting Highland, 69000 Pahang
Tel : 03-6101 3289
Grandmama’s Intermark Mall Kuala Lumpur (dibuka Ogos 2017 nanti)
The Intermark, 348 Jalan Tun Razak Kuala Lumpur

Hurmm…. Banyak cawangan kan…?? Korang boleh jer pilih nak pi mana..  Set Menu Selera Sedap ni bermula 27 May – 24 June 2017. Nanti korang ajak laaa member-member berbuka puasa kat sana ehh…

Selamat Berpuasa buat semua.. jaga diri

16 Comments
  • JULIA JOHARI
    Posted at 10:50h, 23 May Reply

    Sampai skrg xleh lupa kesedapan seafood curry hot pot tu…besttttt

  • umminani
    Posted at 10:52h, 23 May Reply

    menariklah kak nina. Gambar2 semua cantikdan menarik.
    umphh.. tergugat kalau tgk waktu puasa nih

  • lisak
    Posted at 11:03h, 23 May Reply

    nasi kerabu tu … lahai menggoda sungguh na. banyak lauk

  • Munirah Izzan
    Posted at 12:02h, 23 May Reply

    Menarik menu nya.. tgk pic je pun tertarik dah..

  • mas saari
    Posted at 12:20h, 23 May Reply

    Cantiknya layout restoran dia. Menu pun nampak menyelerakan.

  • Anuar
    Posted at 12:23h, 23 May Reply

    Gambar nenek naik motor besar tu boleh jadi tarikan utama… 😉

  • Ben Ashaari
    Posted at 15:05h, 23 May Reply

    Cam sedap.. Kena g cuba gak ni..

  • YB Shehan
    Posted at 15:07h, 23 May Reply

    Jahatnyaaaaa menu2 dia. Terliur aiii. Udang2 tu.. perghhhhhhh..

  • yanieyusuf
    Posted at 15:22h, 23 May Reply

    Serius sangat menarik restorannya punya cara hidangan dan menu yg disediakan.. Terliur yanie tau..

  • azni
    Posted at 15:40h, 23 May Reply

    tak perasan pulak resotran ni kat pavilion.

  • Shazillah Sani
    Posted at 16:28h, 23 May Reply

    aduhh…gambar kak nina bikin terliur…sedap tgk makananya..huhuhu

  • nadia johari
    Posted at 17:10h, 23 May Reply

    tengok kedai macam makanan nyonya..tapi makanan melayu..sedapp

  • Mama Kembar Tiga
    Posted at 18:36h, 23 May Reply

    Sotong goreng tepung tu…menggodanya!

  • Ubaidullah
    Posted at 09:36h, 24 May Reply

    perghh, lawa sungguh gambar. macam nak gigit ja ayam tu . hehe

  • Miera Hassan
    Posted at 15:45h, 29 May Reply

    Cantiknya deco.. Alahai..makanan pun harga berpatutan

  • nadia johari
    Posted at 07:40h, 31 May Reply

    tu dia makanan melayu tu..sedap bak hang

Post A Comment