• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Ok, ni sedap! Udang Masak ButterMilk Chinese Style Paling Mudah Sedap..

October 19, 2016 by Nina Mirza 7 Comments

Masakan Chinese Style

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Masakan ala Chinese Style antara menu kegemaran Nina. Baru-baru ni Nina makan kat Restoran Chinese Muslim Food kat Blue Ginger Restaurant . Sedapnya alahai Chicken Buttermilk bersos dia. Ruginya hari tu ambik seketul jer. Tak puas makan.. Huhuu . . . Resepi Udang Chicken ButterMilk Paling Mudah Sedap 

On the way balik rumah dah terbayang-bayang nak cuba masak gitu gak laa.. Tapi Nina nak gantikan ayam tuu ngan udang. Anak-anak Nina paling suka udang. Kuahnya yang tak pedas, lemak berkrim pastu wangi dek daun kari. Mmmm…. pasti anak-anak suka ni! Naluri hati seorang ibu berkata-kata selalunya tepat. Chewah… Acah Mak Enon. haha

Ok, udang dah ada bahan-bahan lain pun dah cukup. Berdebar-debar gak nak cuba. Maklumlah kiranya ini resepi ni try an error. Kalau jadi Nina kongsikan ngan korang kalau tak menjadi, senyap-senyap dok diam sudah! hahaa…

Selesai masak Nina rasa kuahnya dulu. Hurmm…. Hurmm… Mmmmm… Ok sedap! Tak sangka menjadi dengan jayanya. Lemak berkrim di sukai ramai. Cehh… Berangan jer! Anak-anak dan Geng belum rasa dan komen lagi. Risau gak ni…

Yeayyy … Lulus! Udang Masak ButterMilk  menjadi – sedap!

Udang Masak ButterMilk ni kalau ikut selera tekak cerewet Nina dah kira lulus tapi Geng kata “Mmmm… kalau pedas lagi sikit lagi sedap!” ok noted! Nampaknya untuk Geng lain kali Nina letak cili padi hiris halus-halus banyak-banyakkkk sorok eh! tabur kat nasi dia. Baru kick pedasnya! Kannn….?? Haishh… bukan bukan..!! Syuhh syuhh… Pi jauh-jauh hasutan syaitonn nirrojim yang jahat ni. Jangan ikut tau! Nina gurau je.. Hehee

Dah dah … Usah di layan bebelan ala mak-mak nenek Nina. Kadang-kadang datang laaa mood merapu Nina ni. Ok, moh lerr tengok resepi Udang Masak ButterMilk Mudah Sedap style Nina. Korang cuba tau..! Kalau sedap kasitau tapi kalau tak sedap diam-diam sudahh… hehe.. Ehh, kalau tak sedap pepandai lah korang adjust atau senang citer tak yah masak lagi. Sedap tuu kan subjektif. Kann….?? Tapi kalau korang dan anak-anak suka carbonara, cheese cheezy gerenti laaa korang suka ButterMilk ni. Positif kan Nina? hehe 🙂

Resipi Udang Chicken ButterMilk Chinese Food Paling Mudah Sedap

Resepi Udang Chicken  ButterMilk Paling Mudah Sedap

Resepi : Nina Mirza
Bahan bahan
1kg Udang sederhana besar (lagi besar lagi best)
1/4 butter
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka pedas sila buh segenggam. Eerkk..
4 pelepah daun kari
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang holand – tak yah gi holand tau! hehe.. Kalau tak de bawang besar pun ok
5 keping cheese – Nina guna cheesedale petak tuu jer
500 ml susu UHT atau susu cair – kalau suka kuah banyak buh laa sekotak terus. hehe
1 sudu teh tepung jagung bancuh ngan air untuk memekatkan kuah.
Garam secukup rasa

Bahan perap
1 sk garam
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum

Resepi Udang Masak ButterMilk Paling Mudah Sedap

Cara penyediannya
1- Perap udang ayam dengan bahan perap selama 20minit. Goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2- Panaskan kuali masukkan butter. Cukup sekadar cairkan butter. Jangan lama sangat, nanti hangus tak sedap butter tuu.. Pastu masukkan cili padi, bawang putih, bawang holand dan daun kari tumis hingga kekuninggan dan wangi.
3- Masukkan susu masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cheese. Kacau kuah guna whick supaya susu, cheese dan minyak sebati. Kalau guna senduk jer, minyak terasing ngan kuah. Tak best.
4- Perasakan dengan garam secukup rasa. Tak letak pun tak pe sebab kat butter tadi dah ada garam. Atau letak lah sikit. Ikut selera tekak masing-masing. Masukkan bancuhan tepung jagung ngan air tadi untuk memekatkan kuah. Terpulang kat korang kepekatan kuahnya.
5- Lepas tu masukkan udang yang dah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan…

Ppsssttt … Tips

ppssttt >>> Pesanan khidmat masyarakat : Sslain Udang korang leh ganti ngan ayam.  Sedap gak!  Dan lagi…  Bancuhan tepung jagung ngan air tuu sikit jer. Kuah jangan pekat sangat sebab nanti dah sejuk kuahnya akan lagi pekat dengan sendirinya. Sebab tuu makan panas-panas sejurus siap. Mmmm… Sedap sampai menjilat kuali jari! hehe…

Resepi Udang Chicken ButterMilk Paling Mudah Sedap

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi Tagged With: Chinese Muslim Food, Chinese Style, Lauk Pauk, masakan cina, menu anak-anak, menu kegemaran anak-anak, resepi mudah, resipi ringkas, Udang buttermilk, Udang Masak Buttermilk

  • Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
    Boring dah masak tempoyak jerrr . . Cuba Ikan Patin Masak Kari. Sedap!
  • Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
    Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM mengupaskan isu MRKH lakonan Puteri Aishah dan Azlee Khairi
  • Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak  menu minum petang
    Resipi BUBUR PISANG Sedap ni berkhasiat untuk anak menu minum petang
  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3



Comments

  1. Ayu says

    October 19, 2016 at 9:53 am

    Sedapnya.. Nak kna g cari udang segar neh.. Pernah mkn je, x pernah buat hihi

    Reply
  2. adda syuhada says

    October 19, 2016 at 10:25 am

    wahhh…sedapnyer..

    Reply
  3. rozita says

    October 19, 2016 at 11:49 am

    macam best je… biasa dengar menu ni tapi tak berani nak cuba.. tp ni menu hari minggu ni..siap perap bagai memang tak sempat la hari biasa.. hihi

    Reply
  4. Introducer account semasa may bank/cimb says

    October 22, 2016 at 7:30 am

    Memang menyelerakan….terliur saya….

    Reply
  5. Hola Joys says

    January 11, 2017 at 10:30 pm

    Nampak Sedap 🙂

    Reply
  6. Sherry Idid says

    September 24, 2017 at 1:04 pm

    I’ve just tried it today & the recipe is a kick. Tq for sharing.

    Reply
  7. 8 ball says

    August 12, 2020 at 10:52 am

    Your share is the great knowledge I have gathered, you are an important person I admire, thank you

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Supercube , bagus untuk pencinta kesihatan seperti aku ni !
    By : Ben Ashaari
  • DALAM ISLAM TIADA ISTILAH MULUT JAHAT HATI BAIK
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI SUP IKAN MERAH
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa