As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Rambut gugur antara masalah besar yang kerap di alami oleh kaum wanita terutamanya ibu-ibu lepas bersalin. Sapa mengalaminya?? Angkat tangan skit Nina nak tengok.. Saya kita …!! Oooo… Awak ehh.. Cik Latifah, Cik Hasnah, Cik Rohani… Ehh.. Itu kan nama isteri En.Jamil ‘Madu Tiga’ lakonan P.Ramlee. Hehee… Oopsss..!! Bahaya ayat madu ni tuk kaum wanita. Kannn….?? Hehe…
Citer bab honey madu ni… Kaum wanita terutama sekali ibu-ibu lepas bersalin kena lah jaga penampilan. Terutama sekali mahkota kita iatu rambut. Jangan lah dibiarkan rambut dok kembang merebang kusut masai dah rupa Hantu Kak Limah. Sikat lah elok-elok, ikat kemas-kemas baru lah cantik, tampak anggun gitu. Kannn… Idok ler ‘ter’terima hadiah madu nanti. Oopsss…!! *sorry tersebut lagi*
Ok, bila citer bab sikat lak kann… Ramai dari kita takut nak sikat rambut selalu kann.. Kita beranggapan bila kita sikat selalu punca rambut akan kerap gugur. Bila dah gugur masalah lain lak dapat. Kengkonon nak cantik, dok sikat selalu lelama rambut semakin sikit jadi botak! Aduh …. Bila botak dah rupa Alien UFO laaa plak! Acaner…?? **macam Nina pernah jumpa Alien kann…** hahaa.. Andaian Nina aje sebab tengok kat TV. Sila salah kan TV okey. hehehe…
Nina ada terbaca cerita pengalaman Umminani lepas dia bersalin rambut gugur banyakkkk sangat sampaikan dia risau anak kecil nya termakan rambut tatkala meniarap merangkak. Risau kann…!! gggrrr…. TYZARA Shampoo 1 Langkah mudah selesaikan masalah rambut gugur kelemumur botak

Eermm…. Baby belum start sembur boleh laaa senyum meleret. Hehee..
Ada orang plak kata rambut akan mula gugur dan jadi semakin teruk bila baby main sembur-sembur air liur. Bila baby dok main sembur air liur memang nampak comel tapi maknya yang stress bila rambut makin sikit. “Biasa dia tuh… Babab mulut dia..!!” **sanggup ke nak babab mulut baby??** Hehee
Bab ini tak tau nak kata samada mitos atau fakta. Tapi macam betul jerr sebab Nina pun mengalaminya. Sejak lepas bersalin anak ke-4 dulu, semakin menjadi-jadi masalah rambut gugur ni. Sekarang ni dah beranak 5, rambut gugur tuu semakin banyak! Stress ooo….
Kalau setakat gugurnya sehelai ke 10 helai sehari tuu normal kata pakar rambut. Iyer ker? Entah laaa Tapi ni… sampai segumpal banyaknya! Rasanya hari-hari segumpal cukup sebulan dah cukup boleh buat rambut palsu kot. Rambut palsu kalau beli kan mahal.. Hurmm… Tapi nak hantar ke mana rambut gugur ni, sapa plak yang nak beli? Kalau lah boleh jual tentu ibu-ibu lepas bersalin semua dah jadi jutawan hasil rambut gugur jerr. Best kann..?? hahaa… verangan tak sudah hehehe…
Punca rambut gugur , rosak , kelemumur terutama lepas bersalin
Sebenarnya punca utama rambut gugur adalah dari dalam diri sendiri. Tubuh badan kita sebenarnya kekurangan zat , vitamin, mineral yang cukup untuk rambut. Terutama sekali sumber protien, kekurangan Vitamin B, kurang darah (tak mau makan Obimin lah tuuu). Khasiat yang ada lebih diserap untuk badan. Terutama sekali buat ibu yang susukan baby secara esklusif. Khasiat tuu tak tau nak pegi kat rambut. (tak de waze kot) haha..
Bila kurang khasiat kat rambut, maka terjadi laaa rambut gugur, kulit kepala berminyak, kelemumur. “Eeeee… rambut dah laa berminyak ada hati nak ajak orang keluar” Hahaa… macam pernah tengok tak dialog iklan ni kat TV.. Iklan YouNam kann….
Selain tuu faktor emosi yang tak menentu pun antara punca rambut gugur. Yelah, camner emosi nak stabil, hormon wanita sendiri memang tak menentu. Bukan aje lepas bersalin, asal bulan mengambang aje mula laaa emosi Cik P datang. Kannn….?? Tapi kalau hari-hari emo boleh botak! Huhuuu…. TYZARA Shampoo 1 Langkah mudah selesaikan masalah rambut gugur kelemumur botak
Ada juga berpunca sebab usia dah kertu berusia dan keturunan. Ahaa… kaum lelaki ramai mengalaminya. Kan kan kann….?? Mengaku aje laaa… Ada yang kulit kepala berminyak, pastu kulit kepala akan tersumbat maka wujud laa plak kelemumur. Pastu lak jadi gatal-gatal dan kemudian akan berpotensi untuk jadi Mr.B – Botak! Lagi buruk kalau yang ada masalah rambut berbau! Oh tidak….
Dah ada macam-macam masalah, susah nak cakap type lagi. Kesian…. Tapi tak kan nak redha biarkan aje kann…?? Ker ada yang buat-buat tak tahu jerr… Haishh…!! Jangan gitu. Atleast sebelum sampai waktunya , kena lah berusaha merawat dengan melambatkan proses rambut tuu gugur dengan sendiri.

Tapi …. Kalau botak tengah macam ni?? Hohohooo….
Ok, lepas terbaca cerita kawan Nina tips dan cara rawat rambut gugur terutama lepas bersalin , Nina pun ada buat perkara yang sama. Tapi rambut tetap gugur juga. Banyak sangat step by step rawatan yang perlu di buat. Kos pun banyak dah berabis…. Namun, rambut gugur tetap ada. MyGang plak ada masalah kelemumur. Memang kelemumur berkurangan bila guna shampoo anti dandruff tapi kelemumur tetap ada… Acaner?

Dengan satu botol shampoo boleh menyelesaikan masalah rambut. Mudah nya…!!
Kalau korang pun ada masalah macam Nina tapi malas macam Nina gak nak guna macam-macam produk (shampoo, conditioner, tonic, massage cream/oil, scalp hair cream) pastu kena lak pegi buat treatment kat salon. Beratus habis sekali rawatan.. Hadoi…!! Boleh botak semulajadi dibuatnya! Hahaa…
Ahaa… Ini lah shampoo yang sekarang ni Nina pakai. Best sangat sebab berkesan! Dengan sekali penggunaan korang akan rasai perubahannya.
TYZARA Shampoo soya cara rawat rambut gugur rosak kelemumur lepas bersalin
Apa itu Tyzara?
Tyzara adalah jenama bagi shampoo rawat rambut yang lebih dikenali sebagai shampoo soya. Menarik kan..?? Berasaskan soya ..

dah nama pun blogger kann…. sempat lagi nak selfie sebelum cuci rambut. Amoi tuu pun puji Shampoo Tyzara yang Nina bawak ni. Hehee . . .
Alhamdulillah… tak sangka dengan sebotol shampoo Tyzara boleh selesaikan banyak masalah rambut. Kira-kira … ehh.. tak payah kiralah. Memang jimat! Nina dan MyGang boleh share sebotol. Rambut gugur Nina settel, kelemumur dan masalah kulit kepala berminyak MyGang pun settel. Berkesan! Mudah sangat.

Ehem ehemmm… gosok jangan tak gosok gosok..!! Hehee. . .
Apa yang Nina suka lagi akan shampoo Tyzara ni kannn… Harum wangi! Suka sangat… Walaupun buih-buih nya tak berapa banyak, terasa kelainan tatkala bersyampu. Buih nya halus. Tak macam shampoo yang biasa beli kat pasaraya. Buih-buih nya boleh buat mandi buih you!
Pastu cecair shampoo Tyzara ni lembut, ringan, halus .. Korang tuang sikit jer (sebesar duit 50sen lama gitu) dah cukup. Pastu cecairnya berbeza dengan shampoo biasa yang korang akan nampak seakan ada kilat-kilat iatu molekul bahan kimia… yang kilat-kilat tu tak bagus tau!

Pakai sikit jer pun dah cukup. Berangin rasa fresh sejuk² Segar lepas cuci. Best sangat!
Lagi satu … Shampoo ni pun leh dijadikan ala krim massage urut kepala. Gosok-gosok kat kepala sampai serap kat kulit kepala tuuu pastu balut ngan towel. Kalau ada shower cap lagi bagus. Biarkan semalaman, esok baru cuci. Haa… tengok hasilnya!

Buat macam ni… Untuk treatment – balut rambut ngan towel semalaman macam MyGang tuu… esok baru cuci. Kalau ada shower cap lagi bagus!
Nak citer banyak pun tak reti sangat… Korang usha jer sendiri Facebook Rahsia Sihat Dan Cantik
Ppssttt >>>> khas untuk korang. Ya, korang lah yang baca ni… Ini rahsia tau! Nina share ngan korang jer code rahsia ni… type TZ “Nina” ke WhatsApp ke 012-4430338
Haaa… pi send sana. Special diskaun untuk korang. Nina dah kaw tim harga ngan Bos dia. … Cepat tau..!!
TYZARA Shampoo soya cara rawat rambut gugur rosak lepas bersalin
Kak Sue suka sangat bau syampo Tyzara nie..sedap!
nak cubalah syampu ni.. ada masalah rambut gugur gak..
dah guna tyzara …memang best seawal cucian pertama. …
Nak try jugak la. Kita belum ada baby dah byk gugur. hewhewhew
Ye saya pengguna tegar
Wahhhh… Boleh suggest dkt husband nie..hihihi
laki nad pun guna shampoo ni..nad yang suruh..ahhaa
Suka rasa sejuk je kepala bila lumur shampoo Tyzara ni