Resepi Sambal Tumis Telur Burung Puyuh … Meh baca tips rebus telur senang kupas dan cantik!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Sekejap aje dah hari Khamis. Tak lama lagi anak-anak akan menghadapi peperiksaan hujung tahun. Pastu plak, cuti sekolah panjang nak masuk tahun baru… Semuanya bergerak pantas tanpa kita sedar. Resepi Sambal Tumis Telur Burung Puyuh dan tips kupas telur cantik

Anak-anak nak exam selalunya akan mudah penat. Depa pun lalui  gak stress tuu… Cuma derang tak tau berdebar-debar tak keruan tuu stress !! Erti kata lain, derang hanya akan cakap takut exam aje. Iyer ker derang takut exam? hurmm… tak de makna nya…

Anak-anak sekarang ni tak sama macam kita dulu. Kalau dulu nak periksa memang gementar, takut macam-macam rasa ada. Sekarang ni mak pak yang over! Anak-anak relax jer kann…. hehee.. Resepi Sambal Tumis Telur Burung Puyuh dan tips kupas telur cantik

Kalau nak kan DHA lebih tak kira laaa tuk anak-anak atau mak pak nya , makan telur burung puyuh. Makan sikit pun cukup.  Bnayak lagi khasiat telur burung puyuh ni… Baca ni (klik) Khasiat telur burung puyuh. Banyakkk…!! Gerenti pasni korang tak takut tuk makan telur burung puyuh. Tapi biar lah bersederhana yaa… Usah obses sangat! Dah tua tuuuu nanti sakit lain lak datang hehee…

Resepi Sambal Telur Burung Puyuh dan tips kupas telur cantik

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Bahan-bahan
15 biji telur burung puyuh
sedikit garam – untuk merebus
1 biji bawang merah
2 batang serai
cili blend – Nina campurkan sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya Resepi Sambal Telur Burung Puyuh dan tips kupas telur cantik
1-  Telur dibasuh bersih lalu direbus sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan beberapa titik minyak masak ke dalam air rebusan. (supaya senang dikupas dan telur tampak cantik lagi licin)
Sesudah telur masak, alirkan ke air paip. Kemudian toskan lalu dikupas kulitnya dan ketepikan.
2-  Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis. Tumis bawang dan serai hingga kekuning-kuninggan
3-  Masukkan cili yang telah diblend secukupnya. (kalau mahukan sambal yang banyak letaklah banyak. Terpulang mengikut citarasa masing-masing) Goreng sehingga cili pecah minyak.
4-  Masukkan air asam jawa, kacau rata hingga mendidih. Rasakan secukup rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
5-  Masukkan telur burung puyuh yang telah direbus tadi. Biarkan seketika hingga mendidih. Masukkan bawang potong untuk hiasan. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba! Resepi Sambal Tumis Telur Burung Puyuh dan tips kupas telur cantik

5 Comments
  • Anuar
    Posted at 09:03h, 29 September Reply

    Ohhh… Baru tahu caranya nak kupas telur cantik…. Senang jer rupanya… Terima kasih di atas perkongsian info…

  • Noriza Rahman
    Posted at 09:16h, 29 September Reply

    Selalu rebus telur masukkan sedikit cuka supaya dia tidak pecah dan senang dikupas

  • Noriza Rahman
    Posted at 09:17h, 29 September Reply

    Selalu rebus telur masukkan sedikit cuka supaya dia tidak pecah dan senang dikupas..baru tahu yang kali ni kena masukkan minyak

  • nadia johari
    Posted at 21:02h, 29 September Reply

    sedapnya..esok nak pergi pasar

  • Introducer maybank/cimb-0127292850
    Posted at 05:17h, 15 October Reply

    Saya suka makan sambal telur puyuh ni…

Post A Comment