• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Buffet Ramadhan 2016 di Restoran Istana Bambu | Sedap..!! Berpatutan..

May 20, 2016 by Nina Mirza 8 Comments

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Sedar tak sedar tinggal beberapa hari aje lagi dah nak mula nya bulan Ramadhan. Pastinya Buffet Ramadhan antara carian utama kat Google. Maklumlah, kat KL ni ramai yang memenuhi tuntutan kerja yang extreme. Kerja didahulukan dari segalanya. Iyer tak? Busy keje tak sudah…. Buffet  Ramadhan 2016 Restoran Istana Bambu  sedap  berpatutan

Nina pasti yang workaholic akan memilih jalan mudah untuk berbuka adalah ke Buffet Ramadhan aje. Selain pilihan hotel kat serata KL yang banyak menyediakan buffet Ramadhan antaranya di Bestnya Buffet Ramadhan 2016 di Seri Pacific Hotel ,  Restoran juga tak kurang hebatnya buffet mereka.

Restoran Istana Bambu Buffet Ramadhan 2016 sedap berpatutan

Semalam Nina ke preview Buffet Ramadhan 2016 di Restoran Istana Bambu yang terletak di MRR2 (dari Batu Caves arah ke Ampang belah kiri). Bertemakan ‘Indahnya Ramadhan’, menyajikan pelbagai menu yang pasti membuat korang tak sabar nak berbuka puasa nanti.

Apa tak nya.. Dari masakan kampung tradisional hingga lah ke Chinesse food pun ada! Ada lagi…. Masakan Arab, Thai  juga ada…!! Pastu kann, ada kambing golek.. Hah Ha… Dah terbayang-bayang lah tuuu. Acecehhh…. Hehee . . . .

Mesti korang nak tengok  menu Buffet Ramadhan mereka dulu kann…. Meh Nina kasi korang cuci mata dengan menu yang Restoran Istana Bambu sajikan… Jeng jeng jenggg >>>> sedia mula! Restoran Istana Bambu Iftar Ramadhan 2016 banyak sedap berpatutan

Menu Utama (Seafood)

Antara menu masakan utama yang disajikan kat Restoran Istana Bambu Prawn Butter Sause,  (sedap seyhh udang dan sos nya), Salted Egg Squid, Deep Fried Ikan Sambal Cili, Tomyam Seafood (yang ni sedap) dan Lala Thai Style.

Prawn Butter Sauce Buffet Ramadhan Istana Bambu

Sedap weii…. Prawn Butter Sauce ni..!! Nina dok gatah udang jer. Hehe . . . .

Lala Thai Cili Buffet Ramadhan Istana Bambu

Lala Thai Bercili ni memang sedap! Penuh dengan rempah yang menyelerakan… Tak puas jer semalam ambik semangkuk. hehe . . . .

Tomyam Seafood Buffet Ramadhan Istana Bambu

Tomyam Seafood. Nina sukakan kuahnya yang tak berapa pedas. Selamba boleh hirup-hirup…

 

Menu Utama (Nusantara)

Yang ini pula ala masakan kampung yang pastinya membuat korang terkenang-kenang akan kampung halaman nun jauh di mata. Sambil berbuka dalam hati nanti nangis rindu kat Mak! Huhuu…. Huwaaaa…. Ok, poyo! Abaikan….

Meh tengok antara menu yang dihidangkan tuk Buffet Ramadhan Istana Bambu. Antaranya Ikan Patin Tempoyak, Daging Salai Masak Lemak, Ulam-ulaman bersama pencecah Sambal Tempoyak, Sambal Belacan, Budu dan macam-macam lagi…

Restoran-istana-Bambu-Ikan-Patin-Tempoyak-Buffet-Ramadhan-2016

Haa… Yang ini memang membuka selera. Ikan Patin Tempoyak dia pun sedap!

Rendang Ayam Buffet Ramadhan Istana Bambu

Rendang Ayam.. Kalau lah ada roti buku ni, boleh habis sebuku roti Nina buat cecah rempah bumbu rendangnya…

Pelbagai stall menu yang macam-macam ado….

Selain tu, Restoran Istana Bambu ada menyediakan beberapa stall (banyak stall dia) yang akan membuat korang buntu nak makan apa nanti… Ada stall Kambing Golek, stall Stemboat, stall Ikan Bakar, stall Western, stall Noodles, stall Kerabu (aduhh…. Sedapnya kerabu mangga dia), stall minuman (ada cendol, air panas, air sejuk, ice-cream), stall Kuih-muih (giler laaa banyak sangat pilihan)… Gerenti laaa korang termanggu kat sana nanti!

Kambing-Golek-Buffet-Ramadhan-2016-Restoran-istana-Bambu

Kambing Golek … Jangan Korang lak tergolek makan sampai tak larat nanti.. hahahaa

Kuih Muih Tradisional Buffet Ramadhan 2016 Istana Bambu

Pelbagai jenis kuih muih tradisional yang menggamit selera.. Paling Nina suka Kuih Binga Ubi sama Koci dia. kenapa sedap sangat ni…. erkk~

kerabu Mangga Sedap Buffet Ramadhan Istana Bambu

tak tahu kenapa…. Kerabu Mangga Istana Bambu telah membuat Nina jatuh cinta. Gigitan pertama tatkala merasai Kerabu Mangga ni sukar di ungkapkan.. Sedapnya..!!

Tauhu Sumbat Buffet Ramadhan Istana Bambu

Tauhu Sumbat .. Sosnya mengancam selera dok panggil suruh tambah lagi dan lagi …. Oh Tidak..!!

Western Pasta Spaghetti Buffet Ramadhan 2016 Istana Bambu

Ada stall Western menyajikan Spaghetti, Macaroni dan juga Mee Goreng, Kuey Teow Goreng dimasak panas-panas.

Ahaaa… betul tak Nina cakap macam-macam ada…!! Samada korang larat tak larat je makan nanti. Sebaiknya ambik laa sikit-sikit dan dapat merasa semua. Jangan membazir ehh…. (tu kan amalan syaitonnirrajimmmm) jangan ikut naa… Buffet Ramadhan 2016 Restoran Istana Bambu menu sedap. Berpatutan

Surau

Restoran istana Bambu Surau Selesa Iftar Ramadhan 2016 Restoran Istana Bambu menu banyak. Berpatutan

Kat Restoran Istana Bambu ni paling Nina suka disediakan surau yang amat selesa untuk pelanggan.  Cantik lak tu…  Berkonsepkan buluh ala kampung. Sambil berbuka nanti, korang boleh laa nak solat dulu atau rehat kejap solat dan kemudian makan lagi..!! hehe . . .

Parking

Tak payah risau… Ruang parking yang luas dan banyak, kat sekeliling kawasan Restoran ni amat memudahkan pelanggannya.

Ruang Makan yang selesa

Lanscape Menarik buffet Ramadhan Istana Bambu

Sukakan suasana ala kampung yang damai, ruang makan yang luas, kemas, selesa… Nampak tak Gazebo tuu? best ni makan ngan family dok bersila. Nina suka!

Hurmm… Ini yang paling Nina suka. Ruang yang luas, banyak, selesa. Korang ada banyak pilihan. Samada korang nak dok kat dewan – meja kerusi ala buluh kat perkampungan  atau pun dok bersila santai bersama keluarga kat gazebo yang menenangkan. Kalau tanya Nina, paling suka dok kat gazebo. Senang nak control anak-anak sambil suapkan si kecik makan. Abahnya suap sendiri ehh…. #ehh… Hahaha…!!

Menu Buffet Ramadhan 2016 Istana Bambu

Menu Buffet Ramadhan 2016 Istana Bambu

Harga

RM55.60 (Dewasa)
RM28.35 (Kanak-kanak berumur 5-11 tahun)
** bawah 4tahun percuma**

Waktu Operasi

Bermula 6petang-10malam

Untuk tempahan hubungi :-

018-374 9920
03-4251 4717
012-2497 142 Aida (Pengurus Restoran)
03-4252 4718
Email : aida@istanabambu.com.my

Haa…. Yang ini amat disarankan sebaiknya korang tempah awal-awal sebab selalunya memang penuh. Janganlah main terjah jer ehh.. Nanti tak de tempat kesian lak kat korang. **Jangan cakap Nina tak pesan ehh**

Katering

Selain menyajikan Buffet Ramadhan, Restoran Istana Bambu juga  menyediakan katering untuk Majlis Kawin, Majlis Hari Jadi, Jamuan Korporat  pun boleh… Nanti kalau korang nak buat ‘Open House’ pun dah boleh mula buat tempahan. (jangan lupa ajak Nina tau..) hehee . . .

Kot korang masih nak intai-intai menu dan info berkenaan Restoran Istana Bambu :-

Web : www.istanabambu.com.my
Facebook : istana bambu restoran
Email : info@istanabambu.com.my

Alamat

Restoran Istana Bambu
Lot 841-842, MRR2
Jalan Ampang Ulu Kelang, Selangor

** tak susah pun nak ke Restoran Istana Bambu ni, korang waze jer**

Ikut MRR2 (dari Batu Caves arah ke Ampang sebelum flyover simpang Keramat ikut bawah (kiri), korang terus akan nampak Restoran belah kiri)

Amacam…?? Lepas ni korang dah ada  banyak pilihan Buffet Ramadhan yang korang nak terjah. Kot nak cuba lak berbuka kat restoran yang santai dan selesa bersama keluarga boleh lah datang Restoran Istana Bambu.

Akhir kata, buat yang belum ganti puasa sila ganti dulu yaa…. Jangan dok usha Buffet Ramadhan jer dulu.. hehe . . .

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubabaraq buat semua… Restoran Istana Bambu Buffet Ramadhan 2016 sedap berpatutan

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review Tagged With: Buffet Ramadhan 2016, harga buffet, Harga Buffet Ramadhan 2016, Iftar Ramadhan 2016, Jalan Jalan Cari Makan, Katering, Restoran Istana Bambu, tempat makan best

  • IDEA Resipi Mudah Bekal  Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
    IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .



Comments

  1. umminani says

    May 20, 2016 at 11:09 pm

    wah…kak best kan…rasa nak p lagi…nk duduk kt gazebo…mesti best kan.

    Reply
  2. YULIA FAJRIN says

    May 21, 2016 at 2:19 am

    Kambing golek tuuuu. T.T

    Reply
  3. anuar says

    May 21, 2016 at 5:59 am

    Uniklah restoran Istana Bambu ni… hidangan pun nampak cukup menyelerakan..
    Tentu ramai orang suka berbuka puasa dkt sinii..

    Reply
  4. Mieza Suhaini says

    May 21, 2016 at 8:45 am

    Teringat kerabu mangga.

    Reply
  5. Shiqeen sattar says

    May 23, 2016 at 6:28 pm

    Best rasa mcm kat kampung

    Reply
  6. Suriaamanda says

    May 27, 2016 at 3:36 pm

    Kambing golek tu seksi

    Reply
  7. Rita says

    June 7, 2016 at 1:35 am

    Wow.. this is looks so so yummy. Can’t wait to cook for my kids, they would absolutely fall in love with this one.

    Love your blog.

    Reply
  8. Joe Labu says

    June 7, 2016 at 4:21 am

    hooo nak kena cuba jugak nih

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Benarkan wujud potong 'queue' untuk suntikan Covid-19 ?
    By : Ben Ashaari
  • AIR FRYER BOLEH MENYEBABKAN KANSER?
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI LAKSA LEMAK
    By : Tiffin Biru
  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa