• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Tips jaga kulit muka dan pilih Serum yang bagus! EHPYRA SKIN NANO

March 21, 2016 by Nina Mirza 7 Comments

As’salamulaikum dan Salam Sejahtera buat kengkawan Nina  semua… Tengah buat apa tuu?? Hari ni Nina nak share tips Nina jaga kulit muka. Baru-baru ni ramai dok pm, whatsapp Nina tanya cara Nina jaga kulit muka. Awat nyer? Tetiba Nina nampak cantik ker?? Ker baru tau kulit kita cantik?? Aaahh… Sudah. Perasan lebey. Hahhaa….  Tips jaga kulit muka pilih serum EPHYRA SKIN NANO

Tips jaga kulit muka dan pilih serum yang bagus

Macam biasa, tips Nina jaga kulit muka basic sama macam korang juga. Memula haruslah cuci muka dan kemudian mesti pakai pelembap muka. Wajib! Kedua-dua benda alah ni kalau tak buat camner muka nak maintain cun ?? Pelembap muka yang Nina guna sekarang adalah jenis serum. Maklumlah dah berusia gini kannn.. bukan tua okey! Hehee… Tapi Nina lebih titikberatkan jenis pelembap yang kita guna.

Nina Mirza Tips jaga muka dan pilih serum yang bagus EPHYRA

Kenapa perlu Serum? 

Sebab serum lebih efektif. Kulit dah matang kannn… tak lut kalau pakai yang biasa-biasa aje. Pelembab muka yang biasa tuu tugas dia untuk melembab dan menjadi pelindung kulit jer… Hok luar jer. Serum plak dirumus untuk menembusi jauh ke dalam liang-liang kulit wajah. Pastu kan serum ni lebih efektif menyerap khasiat bahan aktif yang ada dalam serum tuu. Kalau rasa muka dok sama aje, dah  tak apa-apa perubahan dengan produk yang biasa kita pakai, ini lah masa kena tambah pakai serum. Gerenti akan ada perubahan!

Walaupun Nina dah berumur hampir 38tahun ehh… tercakap lak umur sebenar!! Hehee… namun bila kita memilih produk yang bagus, proses kedutan kat kulit muka kita lambat nak ada. Bukan tegang sampai tua umur 90-an!! Bohong lah tuu… Pasti akan ada sikit-sikit wrinkle tuu, tapi idok lerr banyak macam rakan sebaya kita yang tidak menitikberatkan penjagaan wajah depa. Nina bukannya rajin sangat nak belek-belek dan jaga muka tapi Nina pentingkan guna produk yang bagus dan berkualiti.

Kulit sihat cantik flawless tak perlu make up tebal

Paling sadis lagi tragis yang muda-muda belaka dah ada banyak jeragat kat muka tuu… Kesian nengoknyerr… Pastu dok tepek foundation tebal-tebal 5 inci nak tutup jeragat dan jerawat. Udah-udah lerr makeup tebal-tebal gitu. Dah habis  trend gitu. Laa ni, trend semua orang nak kan kulit muka yang bersih, natural look tak yah makeup tebal pun dah flawless.  Bayangkan kengkonon masa bercinta si boyfriend tengok aweknya cun melecun, sekali dah kawin buang cuci makeup,  tetiba tup-tup suami tanya “eeh ehh… awak ni sapa??” terus hilang cantik, tak kenal lak isteri sendiri!  Ayooo tak tahu! kannn ker haru lagi tragis gamaknya!! hahahaa….. kann?? Dari membazir duit beli makeup, baik duit tuu digunakan tuk beli skincare yang bagus. Back to basic!

Ok, dari dok dengar  ehh… baca Nina berleter bab penjagaan muka ni, mesti korang nak tahu Nina guna serum apa kann tuk maintain kulit muka Nina??

Serum-terbaik-efektif-hilangkan-jerawat-jeragat-kedutan-EPHYRA-SKIN-NANO-SERUM

Tadaaa….!! Ini lah serum yang Nina guna. Bagus tau serum ni….

Kenapa Nina pilih Ehpyra Skin Nano Serum?

So far Nina sukakan tekstur Ehpyra Skin Nano Serum sebab dia ringan, tak melekit, tak berminyak, cepat meresap bila kita sapu kat muka. Sekejapan dah siap. Tak yah tonyoh lelama… Ada tau produk yang berminyak, melekit pastu kena gosok lama sambil urut-urut. Tak de masa you! Dengan Serum Skin Nano Ephyra jimat masa. Suka..!!
Selain tuu, apa yang Nina perasan dengan penggunaan Serum  Ephyra ni kulit wajah Nina tampak lebih cerah, flawless dari sebelum. Walaupun  kulit Nina dah sedia cerah lagi flawless Ceehhh….perasan tak sudah Nina ni, Tapi kannn, betul laaa… Ada beberapa kengkawan tegur kulit muka Nina nampak lebih cerah dan lagi anjal dari sebelum ni.  Depa segan nak cakap Nina nampak muda dari depa  lah tuuu… betul kann?? Ngaku jer laaa.. hahaa..!!

Paling best kann, kalau ada jerawat! Lepas Nina sapu Ephyra Serum jerawat tuu cepat kecut. Tau dia takut! Pernah Nina lupa cuci muka sebelum tido, bukan malas ya penat sangat masa tuu tak sengaja tertido esoknya jerawat manja ngade-ngade keluar seketul kat bawah dagu. Nina sapu serum ni sehari tuu dalam 4kali kot kat jerawat tu. Esoknya hilang…. Magic seyhh…!! Seronok sungguh… Sangat tak percaya… Bayangkan kalau korang yang muka banyak jerawat tuu, InsyaAllah.. kecut jerawat jahat tuu nanti.

Tips-jaga-kulit-muka-dan-pilih-serum-yang-bagus-EPHYRA-SKIN-NANO

Sapa yang sedia maklum, Nina ni orangnya waktu tido memang tak menentu. Kadang tengah malam lagi buzy membaking. Maklumlah homemade bakers. Nina lak tak suka baking siang hari. Nak focus ngan tugasan surirumah aka supir tuk anak-anak aje. So tengah malam buta baru nak buat kek atau tempahan lain. Kot nak  resipi kek coklat sedap mudah . Sebab resipi ini lah Nina dok baking memalam.  Mata Nina memang macam panda! Ada beg tergantung kat mata memburukkan wajah yang kengkonon flawless ni. Dengan Serum ni, Nina dapati beg mata eye-bag semakin ringan begnya dan lelama beg tu dah kurang. Bagus lah Serum ni….!! Tak de beg mata, baru laa leh nampak mata Nina yang kecik sepet ni… Kalau cantik macammana pun, ada beg kat mata memang memburukkan keadaan. Sila ambik perhatian yaa…

Nina sukakan botolnya yang cantik. Warna coklat gelap – botol ni nampak mahal. Kelas! Ada drop lagi… So dengan satu drop dah cukup boleh cover seluruh muka dan leher. Kalau muka korang perlukan 2titik kot…  Titikkan satu drop kat telapak tangan, pastu titikkan guna jari beberapa tempat sekitar muka dan leher. Pastu ratakan.  Nina suka dengan adanya drop ni, serum yang dalam botol tak rosak sebab tak kena jari kita tiap kali kita guna. Sangat menjaga kualiti…. Terbaik!

Nak citer banyak pun letih dah tulis type ni… Tolong picitkan jari… hehee… Korang baca sendiri antara kelebihan yang ada dalam Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum ni.  Jeles tengok Memey ni semakin cantik! Dia pengguna tegar Ephyra rupanya. Tak caya pi tengok kat IG dia…

EPHYRA-SKIN-NANO-Serum-muka-bagus

Macam best kann, macam menarik ajer kann…?? Haishhh …. Memang best! kalau tak best tak kan Nina share kat korang. Maklumat lanjut korang terjah aje web, facebook page atau IG Ehpyra. Kat sana nanti  korang lagi teruja tengok testimoni mereka.

Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Website : www.oceanlife2u.com

Setahu Nina, sekarang ni tengah ada harga promosi tau…!! Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni korang  boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 – 7373770 / 019 -3800779

Jangan biar TUA mengejar kita….  Moga tips Nina jaga kulit muka dan pilih serum yang terbaik ini dapat memberi manfaat dan semangat tuk korang jaga aset kita.  Pilih produk yang bagus,  berkesan, berkualiti dan selamat. Salam sayang dari Nina. Senyum sokmo juga mengekalkan awet muda. 🙂

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review, Tips Tagged With: Cerahkan kulit, EHPYRA, Ephyra Skin Nano, flawless, hilangkan jeragat, info - kecantikan, Kecutkan jerawat, nak cantik, produk kecantikan, serum, skincare, Tips dan Petua, Tips kecantikan, tips penjagaan wajah

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. lynda says

    March 21, 2016 at 8:29 pm

    Makin berseri la akk nt

    Reply
  2. UMMINANI says

    March 23, 2016 at 1:10 pm

    Gambar tudung purple nampak 20an lawa.

    Reply
  3. Julia Johari says

    March 30, 2016 at 9:44 am

    Memang kagum dgr akak share pengalaman guna skin nano serum….sehari 4x akak guna serum tu esok kecut jerawat wowwwww rajin betul akak…juju pun jatuh cinta kt serum ni cpt meresap

    Reply
  4. UMMINANI says

    March 30, 2016 at 10:58 am

    Serum ni boleh tutup pori ker, pori2 terbuka,yg lubang2 di muka

    Reply
  5. Farah dafri says

    March 30, 2016 at 11:00 am

    tgh tercari2 serum gak sbb serum yg ada ni dh hbs. Boleh cuba serum ephyra plak hehe

    Reply
  6. Nurul Nadiah Yunus says

    March 30, 2016 at 11:01 am

    Makin cantik Kak Nina kita ni…. Comel sangat…

    Reply
  7. cik nor says

    March 30, 2016 at 11:02 am

    awet mula kak nina ni..maintain cun..:)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Sudah daftar untuk vaksinkan diri korang ?
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN
    By : Tiffin Biru
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • KHASIAT DAN MANFAAT TIMUN JERUK UNTUK KESIHATAN
    By : Saidila Lifestyle
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa