Resipi Bihun Goreng Hailam tak pedas menu anak-anak

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Cuti sekolah telah bermula. Pelbagai ragam dan kerenah anak-anak pasti meriuhkan keadaan seharian. Ibu-ibu gerenti buntu nak sediakan menu untuk si manja. Anak-anak ni pula ada yang cerewet bab makan. Tak mau nasi laa, tak mau ikan laa, tak mau sayur laa, tak mau pedas laaa.. Itu lumrah! Kalau tak biasa, belajar terima dengan redha ya! hehee…

Menu yang kerap Nina sediakan untuk anak-anak adalah Bihun Goreng Hailam. Yang penting ianya tak pedas untuk anak-anak! Senang semua pun boleh makan… Nak pedas just sediakan cili jeruk, sambal goreng tak pun cili sos aje.  Senang kann?? hehee . . . .

Ini antara menu siaran ulangan yang paling kerap Nina masak untuk family. Lagi pun ini menu favorite anak-anak. Kot rajin nak tengok entry sebelum ni, cincai-cincai masak Mee hoon tak pedas …

Jom tengok resepi Bihun Goreng Hailam Tak Pedas style Nina 🙂

Bihun Goreng Hailam Tak Pedas

Bihun Goreng Hailam Tak Pedas

Bahan-bahan
1 packet bihun – Nina rendam dulu sebelum masak
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak
Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air
rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm (sayur lain pun boleh – taugeh ke, kobis ke, ikut suka)
Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …
Bahan hiasan;
Daun kuchai – dipotong anggaran 4cm
Bawang goreng
Cara-cara
1-. Panaskan kuali dan minyak. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
2-. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
3-. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
4-. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
5-. Masukkan bihun. Kacau rata kesemuanya.
Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa. Kacau rata bersama daun kuchai
6-. Sedia dihidangkan

Selamat mencuba !!

Senang aje kann…?? Cuba laaa, mana lah tau kot Bihun Goreng Hailam Tak Pedas style Nina ni menepati citarasa sekeluarga..

4 Comments
  • Julia Johari
    Posted at 12:42h, 10 February Reply

    Wowwww pandai kak nina masak, julia selalu masak yg pedas2…leh cuba versi baru ni

  • nadia johari
    Posted at 13:20h, 11 February Reply

    Sedapnyaaa..rajin akk..hehe

  • Showbox
    Posted at 16:11h, 31 December Reply

    Many times, people will only have a vague idea of their goal. This isn’t a problem- starting broad will actually help you map out a clear path towards more specific, attainable goals.

  • Tutuapp
    Posted at 16:11h, 31 December Reply

    This is a very large and vague goal, but it can be specified in time. Right now, what’s important is that you’ve identified a big idea that will help guide you through the process of finding your goal.

Post A Comment