• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Bendi masak apa? Asam rebus paling mudah dan sedap…

January 21, 2016 by Nina Mirza 4 Comments

Bendi masak apa sedap?

Selalunya korang masak apa ngan sayur bendi? Bendi masak asam rebus, masak sambal, goreng tepung atau asam pedas? Atau tak pernah beli pun….  sedap ke bendi?? Kot ada yang tak pernah makan lak kann…. Sedap laa..!! hehee..  Apa menu yang menjadi pilihan hati korang? Bendi Asam Rebus Sedap 

Maklumlah, bendi adalah sayuran yang kurang femes berbanding kobis, sawi.  Kadang kita selalu nampak bendi dimasukkan sebagai sampingan dalam kuah kari, asam pedas, asam rebus kan…..

Kalau tanya Nina.. Bendi masak asam rebus aje … Mudah dan cepat. Sebelum ni pun Nina dah pernah share Resepi bendi yang mudah ni. Hanya campak-campak, rebus, mendidih –  siap!. Nina sukakan kuahnya yang masam, pedas, sesuai buat hirup-hirup.. Kalau demam, dengan tekak payau – menu yang agak masam gini yang menjadi pilihan Nina.

Bendi juga punya banyak khasiat yang tidak kurang hebatnya. Ada artikel mengatakan , Orang yang punya kencing manis, elok amalkan makan bendi atau kuahnya. Rebus bendi, pastu amalkan minum air rebusannya.  Paling senang buat aje lauk Bendi Masak Asam Rebus. Pasti berselera makan ngan nasi.  Nina bukannya expert sangat pun bab ni, sekadar perkongsian petua orang dulu-dulu…  Nina muda lagi tau, jangan lak pasni panggil nenek lak! hahaha . .  .

Sebelum Nina melalut jadi mak-mak  nenek, jom tengok resepi mudah dan cepat tapi sedap ni.. Kot mana yang tak pernah beli bendi atau masak bendi, meh ler try menu senang ni. .. belajar-belajar lah menu lain pulak yaa. Hehe… Nina tak paksa tau! Resepi ni pun bagus untuk korang yang diet tuu.. tak de minyak, tak de kolestrol, tak de lemak, tak de MSG.  Sedap seyhh …. Part kuahnya paling win! Bukan ayat memujuk.. huhuuu . . . .

Bendi masak asam rebus mudah sedap

BENDI MASAK ASAM REBUS

Bahan-bahan
10 batang Bendi – terpulang banyak mana nak masak.
1 biji bawang besar – dimayang
5 keping cili kering – potong dalam 2inch (nak pedas letak cili padi lagi sedap!)
2-3 keping asam keping
Sedikit ikan bilis – tumbuk-tumbuk atau gitu aje (udang kering pun sedap)
Air
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya
1-  Bendi dicuci bersih dahulu. Kemudian potong sikit pangkal dan hujungnya.
2-  Masakkan kesemua bahan dalam periuk kecuali bendi masak hingga mendidih
3-  Selepas mendidih masukkan bendi dan masak seketika. Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4-  Tutup api dan sedia dihidangkan

sambil makan ngan nasi panas, memang layan lauk bendi asam rebus ni… makan tuuu, ingat-ingat sikit orang belakang belum makan ni .. hehe . . .

Orang demam memang syiokk layan hirup kuahnya. wallaaa~

Amacam? Senang jer kan…. Hanya campak-campak, rebus sampai mendidih pastu siap! Bendi ni kan, tak perlu masak lama sangat. Lembik tak sedap. Agak-agak kuah dah mendidih, dalam 30saat-1minit dah boleh tutup api. Fuhh …. heaven seyhhh hirup-hirup kuahnya! Slurppp slurpppp~

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi Tagged With: asam pedas, asam rebus, bendi, menu cepat, menu jimat, Resepi, resepi mudah, resipi, Tips dan Petua

  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
  • Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!
    Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!



Comments

  1. lia ummiirfan says

    January 21, 2016 at 10:49 am

    memang sedap masak gini. simple dan sihat. :))

    Reply
  2. lisa says

    January 21, 2016 at 11:23 am

    tak suka makan bendiiiiiii , mungkin sebab berlendir ..hehhe

    Reply
  3. mila says

    January 21, 2016 at 4:43 pm

    campur dlm asam pedas pn sodappp ni

    Reply
  4. Bella Idura says

    January 25, 2016 at 10:30 pm

    SEdapnya!! tapi x suka masak sayur. hehehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa