• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Mee Hailam Mudah dan cepat…. Menu kegemaran anak-anak

November 5, 2015 by Nina Mirza Leave a Comment

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rata-rata ramai sedia maklum bahawa kanak-kanak payah nak suka makan nasi. Tak tahu kenapa. ..
Mereka lebih suka makan menu lain terutama berasaskan roti dan Mee. Anak-anak Nina pun sama. Terutama sekali Eilyana. Nak suruh makan nasi umpama panas menanti beku. #ehh… Macam tak kena ehh… Erkk~ buat-buat faham je laa ehh Hahahaa..

Dipendekkan cerita, mamanya kena laa rajin masak yang bukan berasal dari nasi. Kadang Nina gantikan menu bihun, Mee dan pasta. Amboi Yana, taste omputeh gitu! Layankan aje janji dia makan. Settel… 
Mee Hailam Mudah ini antara menu yang kerap Nina masak. Lagi pun cepat penyediannya. Masuk aje apa rencah yang ada dalam fridge. Kadang Ayam, Udang, daging (daging malas sikit pasal lambat empuk).
Untuk anak-anak tak perlu nak bersakan sangat masak, nanti depa tetiba tak mau makan kita yang stress. Keikhlasan dan kebersihan yang utama. 

Kita lebih arif akan kehendak dan kegemaran mereka. Hargai lah citarasa mereka sekali sekala. Yang penting ianya berkhasiat.

Mee Hailam ni masak time nak makan. Kalau lelama terendam ngan kuah, tak sedap! Nanti Mee kembang tak feel nak makan. Atau cara lain buat kuah asing, nak makan baru tuang  kuah atas mee yang dah dicelur. 

Mee Hailam Mudah
Bahan-Bahan
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam – nina hiris nipis
100 gm udang kecik

1 cawan air

4 ulas bawang putih  – Nina ketuk aje
1 sudu besar lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
3 sudi besar sos tomato
minyak masak untuk menumis

Bahan sampingan
sawi hijau -potong anggaran 2inch
bunga kubis
kobis
1 biji cili merah

bahan hias
3 batang daun sup
3 batang daun bawang

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


Selamat mencuba!



Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Mee, Resepi

  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
  • Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!
    Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa