Roti sausage roll.. Menu yang mudah untuk anak-anak.

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera … Roti antara menu kegemaran  anak-anak Nina.  Stok roti sentiasa ada kat atas meja.  Kadang anak-anak akan sediakan sendiri samada sapu marjerin, kaya, chocolate cream atau apa saja ikut kegemaran mereka. Dan nina juga kerap pelbagaikan menu berasaskan roti untuk mereka. Resipi Roti Sausage Roll   

Roti berintikan sausage antara menu yang paling kerap Nina buat. Sebab penyediannya yang senang dan ini merupakan menu  kegemaran mereka so gerenti licin habis! Tak de pembaziran… Tak baik membazir, tu kan amalkan syaitonnnnnn..

Buat yang bekerja tuu, boleh prepare malam bab gulung-menggulung dan esok paginya hanya celop telur dan goreng.  Anak-anak boleh buat bekalan ke sekolah. Jimat duit belanja…. Simpan dalam ‘tabung. Kita pun sama boleh bawak bekal. Maklumlah semuanya mahal yang amat sekarang. Why why….?? Huwaaaa…..

“Keadaan ekonomi sekarang ini, rakyat perlu bijak berbelanja dan menguruskan perbelanjaan mereka” 
Sila take noted yaa pesanan penting dari pak menteri kita. Hadam kan! Roti sausage roll.. Menu yang mudah untuk anak-anak

Ok, tak mau ulas lagi bab politik, ekonomi, menteri… Sapa lah saya! nanti ulasan boleh jadi ke arah bebelan tanpa henti. Payah nanti! Tetiba sakitnya tuh disini didalam hatiku… Huhuuu

Resipi Roti Sausage Roll

Resipi Roti Sausage Roll

Bahan-bahan
8 keping roti
8 sausage
1 biji telur
sedikit garam
serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
1-  Roti di gelekkan rata (Nina pakai termos ajer – hehee…)
2-  Letakkan sausage dan gulung
3-  Celupkan roti dalam telur yang dah dipukul bersama sedikit garam
4-   Setelah itu goreng (deep fried) hingga keperangan *** pastikan minyak api perlahan/sederhana kerana roti cepat masak, takut nanti sausage kat dalamnya tak sempat masak,  roti dah rentung aka over fried)
5-  Toskan dan sedia dihidangkan

Senang aje kan….?? Cepat dimasak, senang jer buatnya, dan anak-anak gerenti suka! kekadang kita tak perlu buat menu yang susah sangat untuk anak suka makan. Buat simple ringkas gini pun ok. Janji bila kita dah penat masak, anak makan habis kita pun seronok! Kannn . . .
So Jom menggulung roti.
Selamat mencubà!



No Comments

Post A Comment