Menu paling mudah – Telur Rebus Masak Kari. .. Layannn~

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera, Telur Rebus Masak Kari paling mudah
 
Masak Kari?
Menu apa pun sedap dimasak Kari. Samada Kari daging, ayam, ikan mahupun telur. Semua pun sedap dan terpulang ikut citarasa selera masing-masing.
 
Kalau Nina, selalu gak masak Kari sebab balance kuahnya Nina akan buat cecah ngan roti. Favorite Nina dan Gang.. Berbuku-buku roti kasi boleh belasah sampai licin! Hehe
 
Kali ni Nina share menu paling simple – Telur Rebus Masak Kari. Nak prepare kuahnya pun Nina bikin simple as can… Maklumlah, kalau yang remeh temeh memang tak kuasa nak buat. Sekali sekala memang layan menu simple mudah gini… Rare kan…?? 
Telur Rebus Masak Kari paling mudah

Telur Rebus Masak Kari
Beberapa biji telur – rebus dulu kemudian kupas kulitnya
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai

Cara penyediannya


1. Beberapa biji telur dicuci bersih lalu direbus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya dan ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.

3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.

4. Masukkan masukkan air. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar. Nina suka kuah yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.

5. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.

6. Akhir sekali telur rebus tadi. Masak hingga mendidih. Kalau selalu dan kemudian masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…
Telur Rebus Masak Kari paling mudah
3 Comments
  • Yoges
    Posted at 13:17h, 09 October Reply

    Really helpfull for cooking..tq soo much…

    • Rahamah Be
      Posted at 15:04h, 07 December Reply

      Good Recipe… Thanks!! I will use this every month!!

  • Aneka Kue Kering
    Posted at 23:18h, 31 May Reply

    Kak Nina Resep elur Rebus Masak Kari nya sangat bagus dan membantu sekali, semoga sukses selalu yaa .. Aamiin

Post A Comment