Nasi Goreng Ayam leftover… Jimat cermat amalan mulia..

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama Nina tak update enty. Maaf ya…
Baru-baru ni eilhan tak sihat dan alhamdulillah dah kembali sihat, ceria dan lorat. 
Terima kasih banyak buat yang sentiasa ambik berat bertanya khabar. Terharu Nina….

Ok,  kalau ada balance sikit nasi semalam uolls buat apa? Sikit jer…
Simpan fridge, bagi kucing, bagi Mr.Tong (tong sampah) atau pura-pura tak nampak…
Kalau Nina, andai nasi balance tuu sikit nina akan simpan dalam fridge beku dan kemudian dikumpul sampai cukup lalu Nina buat nasi Goreng. 
Kalau banyak, sapa ngada tak makan tuu, Esoknya Nina akan terus buat nasi goreng.

Jangan laa dibuang nasi tuu walau sikit, kesian nanti nasi tuu nangis! Bukan Nina yang memandai cakap, tapi orang tua-tua yang cakap.  ****Jangan melawan -degil, dengar cakap orang tua!**** hehee….
Kan, kan kannn..??

Bukan nasi jer, lauk-pauk pun sama. Terutama sekali kalau ada baki Ayam Goreng. Sayang dibuang. Bayangkan saudara kita kat Palestin. (Tak mau citer lebih, nanti Nina yang over touching) huhuu. . . 

Lagipun buang rezeki tu kan  amalan syaitonnirrojimmm.. .tak baik kann? Nanti kalau anak-anak tengok dan copy paste perangai kita kemudian hari jangan pula masa tuu baru nak ajar erti rezeki dan pembaziran.

Nanti tak pasal-pasal ada lak dialog
“Jikalau 10 tahun dulu bapak melakukan sedemikian barangkali Sazali boleh jadi baik sekarang. Tetapi sekarang sudah terlambat! Bapak yang bersalah dalam soal ini. Bapak yang bersalahh…!!” Kita lak dapat sedas ayat Sazali…  haru kannn?

 Dah dahh…..sebelum Nina terusan ngan dialog P.Ramlee Jom tengok resepi yang jimat cermat tapi sedap! Sedap kerr?? Ahaks!!

Sebelum tuu mari kita sedekahkan Al-fatehah buat Tan Sri P.Ramlee yang banyak menyelitkan kisah dan tauladan dalam filem-filem beliau. 
Moga roh nya dicucuri rahmat hendaknya.. Aamiin…

Tapi . . . , ikut lah cara masing-masing .. Itu cara Nina. Sekadar perkongsian. Kalau rasa menyusahkan dan rela tanpa perasaan nak sedekahkan pada Mr.Tong baki nasi semalam, terpulang lah kat uolls.. Rezeki masing-masing tak sama. Nina bukan orang ada-ada. Sebab tuu  selalu terapkan sifat bersederhana dan berjimat dengan anak-anak.  Jimat cermat kan amalan mulia

NAsi Goreng Ayam
Nasi Goreng Ayam Leftover
Bahan-bahan
4 cawan nasi putih
6 ulas bawang putih – diketuk dan cincang halus
1 labu bawang besar – dipotong dadu

beberapa ketul ayam goreng leftover – dipotong kecik-kecik
3 sudu kecil sos tiram
3 biji telur – goreng bersama 1 sudu mayonnaise hingga jadi ketulan-ketulan kecil.
2 fish cake – dipotong dadu
1 sayur kacang boncis – hiris halus
minyak masak
garam secukupnya

Cara penyediannya
1- Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng telur bersama 1 sudu mayonnaise hingga menjadi ketulan kecil dan ketepikan.
2- Panaskan minyak, masukkan fish cake. Goreng seketika.
3- Masukkan bawang putih, bawang besar, isi ayam goreng dan sos tiram. Kemudian masukkan nasi, telur, sayur kacang buncis dan digaul rata.
4- Perasakan dengan garam secukup rasa. Goreng lagi hingga masak.
5- Sedia dihidangkan…

Tips :: Nasi lebihan yang disimpan dalam fridge sebaiknya kukus dulu supaya tahan lebih lama dan nasi lebih sedap. Kalau u all rajin. Hehee….

Antara menu Nasi Goreng yang Nina selalu masak boleh refer sini

– Nasi Goreng Ikan Goreng
– Nasi Goreng Cina
– Nasi Goreng Yunan Chinese Style
– Nasi Goreng Simple

Apapun, sebaiknya elakkan pembaziran…
senyum sikit~ peace no war

Pesanan khidmat masyarakat oleh Nina Mirza. **macam iklan kat radio lak** ha-ha




No Comments

Post A Comment