Mee Goreng KasihKu Ramadhan menu mudah dan cepat buat tetamu….

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera, Dah bosan makan nasi dan roti? Meh Nina share menu Mee lak.. Senang lagi cepat Mee Goreng. Kalau meehoon lambat sikit sebab nak kena rendam atau masak lama sikit supaya meehoon lembut. Mee goreng Kasihku Ramadhan mudah dan cepat buat tetamu

Yang mana tetiba tetamu kunjung rumah,  boleh jer sediakan Mee Goreng buat tetamu. Cuma pastikan stok bahan masak sedia ada kat rumah. Kejap jer masak, kelentang-kelentung kat dapur dan siap dimasak.

Kenapa nama Mee Goreng Kasih ku Ramadhan? Ni dah nak habis Syawal laaaa Nina. Hahaa…

Masa bulan Ramadhan yang lalu, Nina kengkonon joint peraduan Kicap Mahsuri. Verangan nak Menang RM500. Kini tinggal mimpi di siang hari. Hehee~

Masa Ramadhan, Nina suka sediakan menu yang ringkas dan mudah. Mee goreng antara menu kegemaran Nina.  Ok, Jom tengok resepi mudah Nina. Mee goreng Kasihku Ramadhan mudah dan cepat buat tetamu. 
Mee Goreng Kasihku Ramadhan cepat mudah buat tetamu

Mee Goreng Kasihku Ramadhan

Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
1 sudu besar serbuk secukup rasa
minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air

rencah-rencah;
2 biji telur
udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
fish cake dan fish ball
sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm

Carrot – Nina parut jer (nak cepat punya pasal) Hehee …Bahan hiasan;
Bawang goreng

Cara-cara

  • Panaskan kuali dan minyak
  • Goreng  telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..
  • Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
  • Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. 
  • Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
  • Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya.
  • Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa
  • Sedia dihidangkan


Mee goreng Kasihku Ramadhan mudah dan cepat buat tetamu.




No Comments

Post A Comment