Buntu daaaa…. Masak menu campak-campak aje. Mudah dan cepat. Tofu telur bersos tiram.

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera


Lama sungguh Nina cuti Raya. Dan…. Bermula kembali episod masakan menu yang simple lagi mudah buat Nina sekeluarga.
Dan lagi…. Bermula juga sakit kepala kebuntuan melanda bila bab nak masak. Selalu kekeringan idea. 

Agaknya Nina kurang DHA kot… Sebab tuu sel otak kurang berhubung. Mungkin sebab Nina masih susukan Baby Eilhan, pastu dia  dah kaut semua agaknya.. #ehhh memandai jer kan? Jangan percaya ehh ini hanyalah  khayalan  belaka… Hehee~

Apa nak masak hari ni? Tetiba tak tau nak masak apa kan… Selalu terjadi.
Hurmm….  Untuk hari ni Nina masak menu campak-campak aje. Manalah tau kot-kot menu ini dapat membantu uolls kann~
(Uolls pun sama ehh macam Nina – kekurangan DHA) tak mau mengaku sengsorang. Haishh….. Buruk perangai lak Nina ni. hahahaa~

Tofu Telur Bersos Tiram
Bahan-bahan
400g tofu (Nina guna Tofu telur – 2 pack)
1sm halia – dihiris-hiris
Carrot -potongan ikut suka
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa (Nina tak letak punn)
Minyak masak

Cara-caranya
1- Goreng tofu seketika. Ketepikan
2- Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan halia hingga naik bau
3- Masukkan semua bahan dan goreng hingga masak.
4- Tuang ke atas tofu tadi. Sedia dihidangkan….

psssttt …:::: Nina goreng tofu bersama tepung jagung+tepung kastard+ sikit garam.


Memandangkan ini menu campak-campak, boleh aje nak campak bahan lain sebagai sampingan. Usah campak kayu besi dalam tuu udah ler yea ~/hahaaa
Ikut selera masing-masing…

Selamat mencuba..!!






No Comments

Post A Comment