Muffin Coklat….. Mmmm…. nyum nyumm

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Muffin lagi dan lagi … Senang ajer nak buat muffin nie. Godek-godek, kaup balik, bakar dan siap! Muffin juga amat sesuai buat kudap-kudapan anak-anak. For breakfast, minum petang atau bila-bila masa pun ok. 

Kat rumah Nina nie, selalu ada stok muffin. Maklumlah, nak buatnya pun senang. Tak perlu mixer pun….. Dan yang penting bahan-bahannya juga mudah didapati. Nina rasa mostly bahannya juga ada untuk setiap dapur. 

Bila punya anak dah berderet-deret gini, (4orang ramai ker sikit???) hehee… Pastinya resepi yang simple dan mudah akan dok ulang buat, tambahan lagi kalau anak-anak pun suka! Bila terpancar wajah kegembiraan anak-anak tatkala menikmati tiap hidangan yang kita sajikan terasa kepuasan yang tak terhingga dari lubuk hati yang paling dalamm 

ceh ceh cehhhh~~ . Betul kan?? kan kan kannn…..? Semua orang pun alaminya…. Bila pula En Suami aka MyGang pula suka menikmati hidangan kita, bunga-bunga mekar  berkembang dalam hati ini. Ahaks! Macam nampak??  hahaaa…. kelaut sudahh~~

So, Nina prefer menu yang ringkas dan mudah lagi cepat. Yang pasti, dari air tangan kita… Berkat! ++ dapat pahala lagi~ Buat yang punya banyak masa, kesempatan dan belum pernah cuba, disarankan try resepi yang simple dulu contohnya muffin!
Rugi ooo…… kalau masa dan  kesempatan yang ada di sia-siakan begitu saja. 
Selagi termampu dan terdaya, buatlah semampu dan sedaya yang boleh untuk menggembirakan orang tersayang.  Setidaknya untuk diri sendiri.  
Ya, cubalah…… ini pun antara terapi yang paling mujarab untuk diri sendiri.

Hari nie Nina share resepi ulang tayang resepi yang selalu  Nina godek-godek kat dapur kecik Nina. Macam biasa, resepi muffin coklat nie dari sumber: Izah Daut
Dah banyak kali Nina buat, bolehlah singgah jenguk kat Resipi Muffin Coklat…..
Ada masa nie, Nina copy paste kat bawah resepinya~ Zasss >>>>>



MUFFIN COKLAT

Bahan A
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe (Nina tak letak punn , tak der stok nescafe kat rumah)
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick (optional)

Bahan C
3/4 cawan air panas (Nina kurangkan 1/2 cawan ajer)

Cara-caranya
1-.  Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
2-.  Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
3-.  Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
4-.  Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
5-.  Tuangkan adunan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

Selamat mencuba !!

 
ppssttt >>>>> Kalau buat doorgift atau berkat majlis – muffin amat sesuai….

kot-kot berminat nak order muffin boleh lah pm, email Nina yea…….. whatsapp pun buleh.  019340 6454
sempat selit promote!  hahaaa…..

 
 
 
 
 
 
No Comments
  • imm
    Posted at 14:01h, 27 November Reply

    cantiknya kejadian muffin ni..:)

  • Eny Abdullah
    Posted at 20:30h, 27 November Reply

    Sedap nampak muffin nina ni…
    Wah nina dh 4 orang anak ye…. Akak br tau hehe

  • Nina Mirza
    Posted at 11:34h, 01 December Reply

    Eny, aahhh kak…. Dah ada 4 anugerah!
    Berderet-deret daaa…. Hehee
    Tetiba rasa dah tua lak. Hahaaa

  • Nina Mirza
    Posted at 11:35h, 01 December Reply

    imm, TQ banyak imm….
    Kalau imm buat tentu lagi cantik!

  • adaa-inspiration.com
    Posted at 10:26h, 02 December Reply

    Nina..bunyi mcm senang sgt buat muffin ni huhu adaa ni kuat makan kek..dessert..bakery..tp membuatnye…idok reti! Haha meleleh tgk muffin

  • Rosnita Mohd
    Posted at 17:04h, 05 January Reply

    Salam Nina..best tengok pic muffin n cake yg Nina letak kat Corat coret Nina Mirza ni.Resepi2nya pun sempoi.Gaya bercerita yang bersahaja syok baca n terasalah sangat ingin mencubanya.Akak sebenarnya baru nak try buat muffin.Cari punya cari jumpalah ngan Nina.Heeey berkenan bebenorlah rasanya ngan resepi2 Nina ni.Akak dah copy n paste (untuk simpanan sendiri je).Al maklum nak menyalinnya alahaiiii..tak berapa rajin.Harap Nina relakan.TQ…sysss jangan risau.akak bukan blogger resepi.hihi

  • Nina Mirza
    Posted at 17:22h, 05 January Reply

    Rosnita,
    Terima kasih banyak sudi singgah teratak / blog Nina yg x seberapa nie….
    Nak copy paste resepi ehh? i rela you…… Hehee….
    Sudi2 lah cuba nanti yea…. Moga ianya memberi berjuta keceriaan buat akak sekeluarga.
    Ppsssfftt >>>>> tadi selongkar dapur Nina cari resepi dah kemas2 balik tak? Hehee….

Post A Comment