Kek Pisang Cepat Siap!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera ..
 
Kek Pisang antara resepi kek yang sangat lama Nina perap. Tiap kali Nina beli pisang selalu berangan nanti kalau ada balance nak buat kek, dan tiap kali itu juga pisangnya cepat licin! Maklumlah… pisang merupakan antara buah kegemaran anak-anak Nina. Pantang ada atas meja sekejap ajer dah licin~ Beli extra pun extra lah licinnya! hehee . . ..
Dan ….. baru-baru nie, Nina pun beli lagi pisang,  dan Nina berangan juga andai ada balance nak buat kek… 
Keesokkannya >>>>> Eh ehh ….. kenapa pisang nie tak sapa makan? Kanak-kanak nie tak nampak pisang atas meja ker? dah tak suka pisang ker? naper ehh..??
Rupa-rupa >>>>> anak-anak Nina kurang gemar pisang emas! Oooo …. selama nie Nina selalu beli pisang montel ajer. Hah! Dah tahu daaaa…. Lepas nie kalau nak beli pisang, Nina akan beli pisang montel untuk anak-anak makan dan pisang emas untuk buat kek 🙂
 
 
Resepi nie Nina selongkar dari dapur sifu Nina Che Mat Gebu. Mohon copy paste dan halal yea Che Mat. Nina suka sangat resepi yang mudah dan cepat. Terima Kasih di atas perkongsiannya~ Nina suka akan rasanya yang moist… Dan paling penting mudah penyediaanya. Tak perlu mixer bagai 🙂
 
Ada Nina nak story mory kat sini, kalau membaking kek pisang nie kannnn…. pastikan kekuatan mental yang strong gitu pasal >>>> tak terkata seyhh kewangian aromanya mengharumkan seluruh pelusuk rumah kecil Nina. Sangat wangi! Tak keruan Nina dibuatnya tau! First time Nina tak sabar nak merasa air tangan sendiri!!
MyGang yang sedang lena dibuai mimpi pun boleh terbangun dan jenguk Nina kat dapur tanya masak kek apa? Hehehee . . . .
 
Jom tengok resepinya …. Zasssss~~
 
 
 

KEK PISANG CEPAT SIAP

Bahan-bahan
200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor
Secubit garam
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (Nina guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan (Nina gantikan dengan sunflower seed)

Cara penyediaannya


1-  Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
2-  Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. 
3-  Masukkan telur, kacau hingga rata. 
4-  Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh..
5-  Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..
 
 
Selamat mencuba….
 
 
 
 
 
No Comments
  • adda syuhada
    Posted at 12:44h, 23 April Reply

    salam…
    sedapnya..nanti nak cuba jgk la resepi nih…

  • Nina Mirza
    Posted at 15:53h, 23 April Reply

    Adda Syuhada,
    nanti cuba ehh …. gerenti tak rugi sebab resepi nie sedap!

  • Rohah
    Posted at 21:01h, 23 April Reply

    menarik…

  • Nina Mirza
    Posted at 21:53h, 23 April Reply

    Terima kasih kak Rohah ….
    nanti akak try ehh~

  • HomeKreation
    Posted at 21:59h, 24 April Reply

    Aslmkm Nina. Wah, nampak gebu & sedap tambahan ada sunflower seed tu! Serimuka Jagung dah abis, ni Along datang hanto lauk ikan….hehe

Post A Comment