• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Ayam Bakar Satay Nina Style. Sedapp seyhh…

January 16, 2013 by Nina Mirza Leave a Comment

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Ayam Bakar Satay Sedap Mudah 

Apa khabar teman tersayang? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.. Aamin…
Terasa lama Nina tak update entry kat teratak Nina nie… Kesibukkan yang amat baru-baru nie menyekat aktiviti Nina untuk berblog apatah lagi nak BW kat kengkawan yang lain. Maaf lah yea.. Nanti bila keadaan kembali seperti sedia kala, In Syaa Allah Nina akan selalu ziarah teman-teman yang lain.

Buat yang bertanya akan keadaan Nina … Terima kasih banyak di atas keperihatinan anda 🙂 (terharuuu Nina.. Kemungkinan  besar kesibukkan Nina nie sehingga penghujung February nanti. Tugasan harian, menerima tempahan, disamping tuntutan Nina sebagai pelajar harus Nina utamakan. Mohon kengkawan doakan Nina memperolehi result yang baik untuk last paper nanti yea..
Aamin..


Semalam Nina masakkkan menu sihat (sihat sangat ker… hehee …) untuk family tersayang. Very simple menu – Ayam Bakar! Cuma kali nie Nina buat kelainan untuk perapannya. Nina buat ala-ala satay gitu dan cara bakar pula Nina balut dulu dengan aluminium foil agar ayam tersebut lebih moist, lembut  dan empuk hingga ke tulang ….!! Bila berbungkus, akan terhasilnya  air ayam iatu kuah yang sedapp untuk buat hirup-hirupp. 

Serius >>>>> sedapp!!!

Seronok Nina tengok anak-anak makan laju~~ (abahnya lagi lah lajuuuuu….)) 
Habislah diet tuuuu~~ hehee . . . .

Penyediaanya  pun amatlah senang. So kalau yang bekerja tuu, pepagi boleh lah perap dulu atau pun malam hari sebelumnya then lepas balik keje  boleh lah terus bakar. Lagi lama perap lagi lah sedapp! Nina prepare  pagi dan sejam sebelum dinner time baru Nina bakar. Makan panas-panas memang Uummph!! 

Ok laa…. Jom tengok resepi simple ini. >>>

Ayam Bakar Satay Sedap Mudah Style Nina

Gambar direct dari pintu oven. Tak sempat nak deco, prop bagai ….. Masing-masing dah tak sabar tunggu

Ayam Bakar Satay Nina Style
Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 tangkai cili kering
3 sudu makan  jintan manis
2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
2cm kunyit hidup
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaanya
1-  Ayam dibersihkan dan ditoskan
2-  Kisar kasar kesemua bahan, perasakan dengan garam dan gula.
3-  Perap ayam bersama bahan kisar tadi selama 1jam atau lebih. (Nina perap pagi, simpan dalam fridge, malam baru bakar)
4-  Panaskan oven pada suhu 250c 
5-  Ayam dibungkus dengan aluminium foil  dan dibakar selama 1jam atau sehingga masak. 
6-  Sedia dihidangkan..

Selamat mencuba! 

Yang ini pula versi bakar atas pembakar  arang.  Masa nie malam new year, Nina dan family mertua semua kumpul-kumpul, makan-makan … (mak mertua sukaaa… katanya sedap lah ayam nie! ngeeeee… Kembang vontot Nina) hehee..

Rahsianya  : : : : jangan dikisar halus bahan perapan supaya time makan nanti akan tergigit serai, bawang dan lain-lain. Itu yang sedappp!

Ada cerita belakang tabir bab kisar tak halus tuu …..sebenarnya kan, blender Nina yang rosak! Hahahaa…
So lepas nie kalau nak buat sesedap Nina, kena lah pinjam blender rosak Nina tuuu. Hehee . . . .(masih ada dalam simpanan : : : : khas untuk buat perapan ayam sahaja)

ok…. Daaaa …
sampai jumpa lagi.. take care  Ayam Bakar Satay Sedap Mudah 

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi Tagged With: Ayam, Ayam Bakar, Ayam Bakar Berempah, Ayam Bakar Mudah Sedap, Ayam Bakar Satay Sedap Mudah Style Nina, menu anak susah makan nasi, menu anak-anak, menu kegemaran anak-anak, resepi mudah, resipi ringkas

  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL



Comments

  1. sury@25february says

    January 16, 2013 at 8:18 pm

    salam nina..pekabar..kite baik2 je..mmg busy je kan..ni pun tgh relak2 sbb cikabg g main futsal..blh lh lepak jap depan lappy..hihi..sedap ayam nina style ni..ayam menu yg x jemu2 kn..budak2 semua suka..:-)

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa