• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Dessert, Durian, Crepe dan Dot Dot Dot…. Ahaks! Bak nama filem laaa plak~

November 29, 2012 by Nina Mirza Leave a Comment

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera ….  Apa khabar? Buat apa tuu ….? Sihat ker? Nina harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Maklum lah sejak dua menjak nie, dengan cuaca yang tak menentu – statistik sakit  demam, batuk dan selsema meningkat diserata klinik dan hospital.. Resepi Cara Buat Crepe Durian Paling Sedap Mudah

Ditambah lagi dengan purata pengidap kencing manis dan darah tinggi turut meningkat. Ini adalah penyakit yang standard dialami oleh penggemar buah-buahan bermusim di Malaysia nie. Antaranya buah yang tengah meletop sekarang ni adalah buah manggis, rambutan dan semestinya paling Hot = ‘Durian’..

Hah! Demam Durian Crepe masih berleluasa dimerata-rata tempat dan virus ini semakin berleluasa. Sememang nya virus ini tak der penawarnya. Malah doktor-doktor yang bertauliah di hospital pun turut tersampuk dengan demam Durian Crepe nie… Bukan apa, pabila dah pekena seketul, gerenti nak lagi seketul pastu 3ketul dan lagi dan lagi dan lagi…..  Bak kata kawan Nina, durian crepe nie bikin ketagihan yang melampau! D_d_h pun kalah katanya.. Hehhe . . .

Oleh itu, jika terasa macam diri tuu macam terkena sampukan demam durian crepe nie, Nina ada penawarnya dan sukatan obatnya >>>>> kena menjamah seketul atau 5ketul durian crepe (bergantung kepada tahap meroyan) setiap hari  selepas makan. Maaf lah Tuan Doktor, minggu depan datang jumpa Nina lagi ehh, ambik obat (Durian Crepe) lagi tau~ Ahaks! Hehehe .. . . (ini bukan rekaan semata-mata, ini adalah kisah benar dan nama sebenar tidak disertakan –  off record gitu) Hahahaa…

Kali nie Nina nak share resepi dari teman fb Nina yang bernama Eyna Haneyna. Nina suka sangat akan resepi beliau yang mudah, lcepat masak, lembut, licin, tak lekat, tak mudah koyak, senang dilipat, kenyal (boleh ditarik masa melipat) dan juga sedappp!

Amboi Nina ….. puji melambung-lambung kat resepi nie. Sungguh~~ Tak tipu ….. inilah komen positif kawan-kawan yang dah order ngan Nina…

Anak-anak  Nina pulak suka sangat cilok crepe nie – ala-ala iklan kat TV tuu ::: enak dimakan begitu saja~ hehehe .. . .
Mamanya dok penat bergelek kat dapur menyiapkan crepe, tau-tau ajerr nanti dah surut>>>>> sabar ajer laaa . ..

Semalam Nina dok meng’crepe’ ala-ala polka dot. Comel kan…. Hah …! tengok nie, wabak virus demam durian crepe semakin serius, dah bertomok-tompok laaa plak, tahap ke-3 dah nie kottt~~ Hahahaa …!! Ok laaaa…

Jom semak resepi nyer~ Lupa pula nak inform, kalau nak resepi kulit yang simple dan tak guna banyak bahan tapi sedap boleh refer entry Nina yang terdahulu kat Resepi Crepe Durian Mudah Sedap Sukatan Cawan … for me, kedua-dua resepi nie pun sedap!

Resepi Cara Buat Crepe Durian Paling Sedap Mudah

picture yang dipotong tengah tak done nak snap! Asal potong ajer anak bongsu Nina ngap, asal potong ajer, anak no2 Nina ngap, asal potong lagii…. Anak sulong Nina pula yang ngap! Lama-lama ….. Nina pulak yang dok ngap ngap ngapppp! Cobaan sungguh~
Hehhe . …

Resepi Crepe Durian Paling Sedap

Bahan-bahannya
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning
perisa durian – Nina gantikan dengan esen vanilla

 : : : : mix semua dalam blender kecuali pewarna dan tapis (buangkan buih-buihnya supaya nanti crepe tak berlubang-lubang)
1-  Adunan dibahagi kepada 2 dan campurkan pewarna yang digemari.  ..
2-  Sediakan kuali leper yang tak melekat
2-  Panaskan kuali dengan api kecil hingga kuali benar-benar panas
3-  Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali, terus mendadar  dan terus buat dot dot. (Nina guna picagari baby tuk dot dot)
4-  Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
5-  Tak perlu di balikkan 
6-  Terus angkat
7-  Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan

Durian Filling

1 cawan Non dairy Whipping Cream 
Isi durian secukupnya
1-  Pukul Non dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
2-  Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
3-  Bentangkan 1 keping crepe
4-  Paipkan Whipping Cream di tengahnya
5-  Letakkan isi durian
6-  Tutupkan semula dengan Whipping Cream
7-  Lipatlah crepe
8-  Kemudian simpan dalam peti ais sebentar lebih kurang 1-2jam (kat bawah ajerr, jangan lak simpan kat beku tau~)
9-  Sedia dimakan….. makan sejuk-sejuk >>>> Walla!

Kat sini Nina nak share juga resepi cream kastard…. Sejujurnya, Nina prefer resepi whipping cream ajerr tapi kalau ada sesiapa yang punya kerajinan tahap tertinggi bolehlah mencuba filling cream kastard. Kalau ikut tekak Nina, kombinasi whipping cream sahaja pun dah cukup sedapp bersama isi durian D24 yang segar! Tepuk dada (pelan-pelan ehhh) tanya lah selera~
 

Filling Cream Kastard
bahan-bahan

200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat. Biarkan seketika hingga sejuk…

250 gm whipping non dairy ~ putar sehingga kental dan kaku
Caranya : : : : Setelah adunan susu, kuning telur dan gula yang telah dimasak double boiler tadi sejuk, satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik. Pastu boleh lah memulakan episod ‘crepe’ meng’crepe…

Selamat meng’crepe!


ppsstttt >>>>>>> kalau malas nak buat dan berminat nak order ngan Nina pun boleh…
email nina.azlan1@yahoo.com tempahan sekitar Kuala Lumpur dan kalau nak collect sendiri pick up point kat Petronas sebelah Giant Batu Caves. Update terkini – Sorry yaa, buat masa ni Nina belum open order. Nanti once Nina open for order Nina roger kasitau dalam blog eh…  TQ

Resepi Cara Buat Crepe Durian Paling Sedap Mudah. Kulit elastik tak koyak, inti kastard. Jual confirm customer repeat order.




Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi Tagged With: Cara buat, crepe durian, Dessert, kudap kudapan, Kuih Muih Warisan Kita, resepi mudah, resepi ringkas, Western Menu

  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL



Comments

  1. FARAH deeb says

    November 29, 2012 at 12:25 pm

    Wahhh pestaim nengok crepe berlainan ghupe! Comel! Comel! Kite pun baru je belajo wat crepe ni haritu. So buruklah ye hahaha…
    My latest Entry 🙂
    Resepi: Durian Crepe

    Reply
  2. Rozita says

    November 29, 2012 at 12:29 pm

    cantik! suka yg ni…done follow..

    Reply
  3. adzliena says

    November 29, 2012 at 4:58 pm

    dah cuba…..mmg sedap
    cream castard kalau ada lebih boleh simpn berapa lama?
    cam ne nk bg buat kulit tu nipis ye?
    anak sy suka betul….ni nak kena buat lg

    Reply
  4. Nina Mirza says

    November 29, 2012 at 8:32 pm

    FARAH …
    masa Nina 1st time buat crepe dulu pun tak cantik juga
    practice make perfect
    nanti cuba lagi ehh~~

    Reply
  5. Nina Mirza says

    November 29, 2012 at 8:40 pm

    Terima Kasih Rozita 🙂

    Reply
  6. Nina Mirza says

    November 29, 2012 at 8:49 pm

    Adzliena,
    — setahu Nina cream castard boleh simpan dalam fridge dalam tempoh 3-4hari
    tapi Nina tak praktikkan simpan semula so Nina buat sikit jer..

    — untuk buat nipis-nipis crepe tuu, Nina hanya tuang sesenduk jer kat pan then dadarkan (pusing2 pan) kasi adunan tersebut rata sekeliling pan

    — dun give up, nanti cuba lagi.. Tentu cantik dan nipis setelah beberapa kali buat. Nina pun dok hari-hari meng'crepe sebab Nina sekeluarga hantu durian crepe nie! Hehehe ….
    All the best! 🙂

    Reply
  7. Anonymous says

    July 25, 2013 at 8:25 pm

    sis,,,mcm mane yer nk jadikan dot2 mcm tu???

    Reply
  8. Nina Mirza says

    July 25, 2013 at 9:44 pm

    1) Mula-mula tuangkan sesenduk adunan kuning dalam pan, pusing2kan pan supaya adunan rata…
    2) Bila dah rata – kalau ada balance (supaya nipis) kak Nina tuangkan lebihan dalam mangkuk
    3) Kemudian kak Nina titikkan adunan hijau pula buat dot-dot (gunakan picagari baby)
    4) Tunggu sebentar adunan kering & masak dan keluarkan dari pan
    5) Apabila Crepe dah sejuk bolehlah lipat. (Yang ada dot-dot tuu kat belah luar)

    Moga penerangan ini dapat membantu~

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Jangan kongsi jika tak pasti !
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa